Jom Follow.....

Sunday, February 12, 2012

142 Lagi Kes Jangkitan AGE Dikesan Di Perak

20 Rabiulawal 1433


IPOH, 12 Feb , 2012 - Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi.

Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.

Sementara itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil apa sahaja tindakan perlu bagi memastikan kes tersebut tidak berulang.

 "Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.

Sumber- BERNAMA

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...