Jom Follow.....

Saturday, February 18, 2012

Ibubapa & Guru - Dulu dan Sekarang

24 Rabiulawal 1433

Penulis sempat menghadiri mesyuarat PIBG(Persatuan Ibubapa dan Guru-guru) di sebuah sekolah menengah di tempat tinggal penulis.Maklumlah umur semakin meningkat dan anak yang sulung telah menjejakkan ke tingkatan satu, maka perlulah penulis turut serta buat kali pertama dalam kehidupan ini .Namun penulis amat terkejut apabila melihat gelagat sebilangan ibu bapa yang seolah-olah menjadikan mesyuarat berkenaan seperti mesyuarat sebuah parti politik. Kadangkala isu-isu yang agak remeh juga boleh mewujudkan suasana tegang.

Ada yang mempertikaikan akan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk kebajikan guru berbanding pelajar seperti menyambut hari guru, meraikan persaraan dan sebagainya.. Bagi penulis dah namanya persatuan ibubapa dan guru-guru, maka tak salahlah kebajikan guru diutamakan. Lagipun para pelajar terlalu ramai, maka, jika nak jaga kepentingan pelajar, maka perlu adakan pula tabung pelajar di sekolah. Hal ini telah menunjukkan bahawa sudah adanya jurang yang semakin luas diantara ibu bapa dan guru-guru. Guru semakin tidak dihormati dan segelintir ibubapa dan ini telah memberikan contoh yang tidak baik kepada pelajar. Segala usaha dan jerit payah guru semakin dipandang sinis dan sering dicari salah.

Ini berbeza jika dibandingkan pada zaman dahulu di mana guru-guru amat disegani dan dihormati. Pantang ibubapa jika mendengar anak mereka dirotan guru, maka bukannya dibela anak-anak, sebaliknya ditambah lagi bilangan rotan kepada anak-anak mereka.Selain daripada itu, kalau dikampung-kampung guru-guru selalunya tidak putus-putus dihadiahkan dengan buah-buahan dan sayur sayuran. Ini berbeza dengan zaman sekarang, ibubapa menyerang guru dan guru pula kadangkala membelasah pelajar.

Bagi penulis, untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu, guru-guru perlu dihormati dan diberi keutamaan. Jika guru gembira, maka yang untungnya ialah anak-anak kita juga dimana insyaallah mereka juga akan menjaga kebajikan anak-anak kita sebagaimana kebajikan mereka dijaga. Sebenarnya tips untuk berjaya dalam pelajaran ialah, dengan menghormati guru. Jika anak-anak menghormati guru, mereka akan datang ke sekolah, memberi tumpuan dan menyelesaikan latihan-latihan yang telah diberikan. Ini sudah tentunya meningkatkan peluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang kepada pelajar.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...