Jom Follow.....

Thursday, February 9, 2012

Aku Dan Arak ?

17 Rabiulawal 1433

Akhir-akhir ini banyak dipaparkan di media masa akan masalah sosial yang sedang melanda muda mudi dikalangan umat Islam di Malaysia berkaitan pengambilan arak. Sudah jelas bahawa arak telah diharamkan dan ianya telah termaktub di dalam Al Quran.

Antara punca-punca gejala ini ialah disebabkan oleh lemahnya iman dikalangan umat Islam. Selain daripada itu tumbuhnya pusat-pusat hiburan telah menyebabkan gejala ini bertambah parah. Lebih malang lagi terdapat juga perselisihan dikalangan orang-orang politik di Malaysia terhadap penguatkuasaan pengharaman arak dikalangan umat Islam. Ini menyebabkan krisis sosial bertambah kritikal. Semuanya kalau boleh hendak dipolitikkan demi kepentingan undi. Keadaan sekarang, kalau boleh semuanya nak dipolitikkan, bak kata kiasan yang tak pataya nak dipatayakan, yang tak tomyam nak ditomyamkan  atau yang tak dalca nak di dalcakan semua(meminjam nama blog salah seoarang rakan ).

Ramai juga yang tidak sedar, ada juga yang terpengaruh mengambil minuman berkenaan apabila menghadiri rumah terbuka perayaan. Penulis semasa remaja pernah dijemput ke majlis rumah terbuka sebuah perayaan orang bukan Islam, iaitu majikan penulis sendiri ketika bekerja sebagai nelayan sewaktu zaman remaja dahulu.

Mula-mula kita disajikan dengan air kotak serta kacang tanah. Namun lama-kelamaan bila dah syok bersembang, mulalah ditawarkan untuk dijamu dengan minuman keras. Yang menyedihkan ada rakan-rakan yang sempat berkata " Ini kalau minum, alamat 44 hari ibadat kita tak diterima..! "kata salah seorang rakan. Namun pengetahuan berkenaan tidak mampu membendung hasutan syaitan, dan akhirnya ramai rakan-rakan yang tewas. Tegurpun tak guna dan tak makan saman.

Alhamdulillah, iman penulis masih ada dan penulis mengambil keputusan terus meninggalkan majlis berkenaan ketika beberapa rakan mula meneguk air syaitan berkenaan. Bagi penulis, itu adalah cabaran remaja pada lebih kurang 15 hingga 20 tahun yang lalu. Sesungguhnya penulis percaya, cabaran yang ada pada masa sekarang sudah semestinya lebih hebat lagi. Bersamalah kita berdoa agar dijauhi diri kita dan keturunan, saudara-saudara serta sahabat-sahabat kita daripada gejala berkenaan.

Wallahualam

1 comment:

  1. terkejut.. boleh pulak tajuk entri aku dan arak... hihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...