3 Jamadil Awal 1433
Hati penulis terasa amat marah bila mendengar akan berita bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membuat keputusan menjual sekeping tanah yang sebelum ini telah dipersetujui untuk dibangunkan sebagai masjid. Amat malang sekali bagi mereka yang sebelum ini melabelkan atau menganggap pemimpin negeri berkenaan yang gaya pemerintahannya mengikut gaya Khalifah Umar Abdul Aziz, jika isu berkenaan adalah benar.
Cuma penulis tertanya-tanya, di manakah mereka-mereka yang sanggup berguling-guling di jalan raya sebelum ini? Apakah mereka tidak mahu berguling bagi mempertahankan tapak masjid berkenaan? Kenapa demi Islam tidak mahu berguling sedangkan demi politik boleh pula? Ternyata sekali umat Islam terus dikecewakan lagi...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment