Sudah sah, berulang lagi kes pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak di Malaysia. Laporan di Utusan Online hari ini telah melaporkan bahawa Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. Takziah penulis ucapkan kepada keluarga mangsa.
Penulis secara peribadi berpendapat bahawa peristiwa tragis ini masih terus berlaku disebabkan oleh sikap pentingkan diri ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia. Disebabkan gilakan kuasa, setiap masa dan waktu akan diisi dengan aktiviti berpolitik keterlaluan. Apa sahaja isu yang boleh dipolitikkan akan dipolitikkan.
Ceramah demi ceramah, perhimpunan demi perhimpunan sama ada yang halal atau yang haram diaturkan untuk mendapatlkan sokongan.Cuma belum ada logo halal atau haram JAKIM aje lagi terhadap perhimpunan berkenaan. Situasi ini menyebabkan majoriti tenaga pihak keselamatan ditumpukan menangani isu politik dan keselamatan negara gara-gara kerapnya perhimpunan diadakan.
Jika polis menembak penjenayah sekalipun, polis juga disalahkan juga sebaliknya suspek penjenayah pula yang disanjung dan isu berkenaan dipolitikkan. Keadaan yang demikian menyebabkan aspek keselamatan awam agak terabai dan makin terus terabai. Masyarakat seolah-olah tidak memberi sokongan yang padu kepada pihak polis, terutama di kalangan ahli-ahli politik yang rakus. Polis semua dianggap salah, mahkamah juga tidak dianggap adil jika keputusan tidak menyebelahi mereka.
Agaknya jika kena batang hidung sendiri baru nak cari polis agaknya. Mereka tidak peduli perasaan keluarga mangsa. Kecewa, sungguh kecewa penulis rasakan apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Penulis amat kecewa dengan ahli-ahli politik di Malaysia.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment