Pada senja tadi penulis ke stesen Keretapi Tanah Melayu( KTM) di Sungai Buloh untuk menjemput isteri penulis pulang dari pusat bandar Kuala Lumpur. Seperti biasa, peluang mendapatkan tren masih lagi sukar walaupun bilangan gerabak dikhabarkan baru-baru ini telah ditambah dan beliau sampai agak lewat.
Namun, sebaik sahaja mendapat panggilan dan pengesahan bahawa tren sudah sampai, penulis mengambil keputusan masuk ke kawasan parkir KTM berkenaan yang mensyaratkan kadar percuma hanya selama 15 minit berada di dalam kawasan berkenaan untuk melalui kawasan tersebut. Oleh kerana hujan agak lebat, penulis terpaksa masuk juga kekawsan berkenaan memandangkan secara luarannya keadaan nampak terkawal. Walau bagaimanapun, keadaan berubah bila kenderaan penulis memasuki kawasan parkir berkenaan, di mana berlakunya suasana kesesakan teruk di dalam parkir tersebut bila mana banyak kenderaan terpaksa beratur untuk membayar parking.
Kesesakan berlanjutan dianggarkan lebih daripada 30 minit untuk menjemput isteri penulis di stesen tersebut. Malangnya sebaik sahaja tiba di kaunter pembayaran lalu pandu, bayaran masih dikenakan walaupun diberitahu tujuan kita hanya untuk melalui kawasan berkenaan. Penulis cuba mempersoalkan, "sesak-sesakpun kena bayar juga ke? "Dengan selamba aje, juruwang menjawab,"Nak buat macam mana, lebih daripada 15 minit. Lain kali, encik jangan masuk le" kata beliau.
Persoalannya :
1. Tahap perkhidmatan KTM masih teruk, di mana pengguna terpaksa menunggu lama dan perlu bersesak-sesak dalam gerabak dan perjalanan tren selalu tertangguh.
2.Proses pembayaran di parkir agak lembab dan perlahan.
3. Turapan di bahagian pakirpun tidak berapa sempurna serta agak berlopak dan tak berapa memuaskan.
4. Bayaran pula dikenakan di kawasan pakir walaupun hanya untuk menjemput seseorang pada cuaca yang buruk.
Jika keadaan seperti ini tidak diberi perhatian, lupakanlah hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Maka, tidak hairanlah mengapa warga kota di lembah Kelang masih memilih untuk memandu kenderaan sendiri ke bandar setiap hari dan manyebabkan semakin hari kesesakan jalanraya semakin buruk.Diharapkan pihak suruhanjaya perkhidmatan darat mengambil perhatian terhadap kesusahan yang dialami oleh pengguna seperti kami. Pihak pengurusan KTM perlulah melakukan transformasi minda dan tindakan yang drastik bagi memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Pemikiran perlulah dibuat secara pantas dan "Express".....bagi membela nasib rakyat.
Wallahualam
This is nice post... Have a great day...
ReplyDeleteUniforms