Jom Follow.....

Saturday, March 10, 2012

Malaysia Diancam Penyakit Sosial Yang Paling Dashyat

18 Rabiulakhir 1433

Berdasarkan laporan di muka utama akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, rupa-rupanya Malaysia sedang diancam oleh suatu penyakit sosial yang paling merbahaya selain daripada gejala penagihan dadah . Penyakit yang dihapuskan oleh Allah S.W.T. dengan menurunkan bala bencana yang amat dasyat seperti mana yang diceritakan dalam Al-Quran berkenaan penyakit yang telah menimpa kaum Nabi Luth, iaitu penyakit dimana seseorang itu hanya berminat melakukan hubungan kelamin dengan kaum sesama sejenis.

Lebih malang lagi , menurut laporan berkenaan, gejala ini bukan hanya turut dihidapi oleh golongan biasa, malahan ianya turut melanda terhadap golongan cerdik pandai di dalam bidang agama.Jika ini benar, sememangnya kita sebagai masyarakat Islam di Malaysia perlu menekan butang panik agar gejala ini dapat dibendung serta merta  sebelum ianya didapati tidak terkawal. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini agar bagi memastikan  kita semua selamat dari bala bencana yang bakal timbul disebabkan kemurkaan Allah S.W.T. seperti mana umat-umat terdahulu.

Kita harapkan kepada mereka-mereka yang berkenaan, agar diberi hidayah , kekuatan dan petunjuk untuk bertaubat, disamping memohon daripada Allah agar gejala ini dapat dijauihi dari kita, keluarga, sahabat handai , saudara seislam serta  rakyat Malaysia amnya. Bersam-samalah kita mengucapkan kalimah taubat sebanyak mana yang mungkin.Semoga Malaysia sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Wallahualam


3 comments:

  1. apabila Allah telah memberikan cara untuk menyelesaikan tetapi kita sebagai umatnya tidak menggunakannya, Allah akan turunkan lagi pelbagai penyakit. itu janji Allah. tapi, saya tak ingatlah dalam surah apa.

    ReplyDelete
  2. takut. point yg me nk sampaikan. takut dgn dunia sekarang yg serupa dgn zaman jahiliah.

    ReplyDelete
  3. mmg semakin teruk gejala sosial skrg ni bancik. Mcm skrg ni hot pasal culik kanak2 lak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...