Pada sekitar 15 Mac yang lepas, disebabkan kesesakan yang teruk di sekitar parkir stesen komuter KTM di Sungai Buloh, penulis terpaksa bersolat Maghribdi Masjid Jamek Sungai Buloh yang berhampiran stesen berkenaan.Bayangkan disebabkan kesesakan di kawasan parking sahaja, ianya telah menyebabkan hampir terlepasnya solat maghrib. Terngiang-ngiang di fikiran penulis agar solat sepatutnya dilakukan di awal waktu.
Mujur ada masjid berkenaan, dan dapatlah penulis menyelamatkan keadaan. Namun ketika memasuki kawasan solat di masjid tersebut, hati penulis agak terasa pilu bila melihatkan keadaan masjid jamek berkenaan yang memerlukan agak banyak besen-besen dan timba serta periuk bagi menadah air hujan yang turun dari bumbung disebabkan bumbung masjid yang bocor.
Ruangan Solat Di Masjid Jamek Sungai Buloh Terpaksa Ditadah Dengan Baldi Semasa Hujan@MyBancik 2012 |
Apakah para-para pemimpin yang beragama Islam kita sekarang ini asyik berpolitik untuk mendapatkan sokongan dari kalangan pengundi bukan Islam sehinggakan perkara asas seperti ini dipandang sebelah mata? Apakah pengundi -pengundi dikalangan umat Islam sudah tidak penting lagi buat mereka sehinggakan keluhan dan keperluan mereka tidak perlu diambil tahu? Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama dikalangan pembaca terutama yang beragama Islam.
Wallhualam
No comments:
Post a Comment