10 Rabiulakhir 1433
Dengan tidak semena-mena perkataaan kaunseling seolah-olah menjadi popular di Malaysia ketika ini. Ini disebabkan oleh kontroversi yang berlaku di mana adanya kaunselor yang diberitakan menyediakan perkhidmatan kaunseling sehingga ke waktu sekitar pukul 3 pagi. Lebih memanaskan perbualan perkhidmatan kaunseling ini diadakan di kawasan sekitar hotel. Selalunya apabila kita menghadiri majlis ilmu kita diseru menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah. Apakah kaunselor berkenaan terlupa tips berkenaan?
Namun begitu,kemampuan pihak berkenaan menyediakan perkhidmatan kaunseling hingga ke tahap ini(tak mengira masa sampai ke "pukul 3 pagi "- macam lagu allayarham P Ramlee pulak)sesungguhnya telah menewaskan pakar-pakar kaunseling di Malaysia.Mungkinkah peristiwa yang berlaku sekarang bakal membuka dimensi atau tanda aras baru dalam bidang kaunseling di negara ini? Mungkinkah konsep kaunseling kini mula mengalami pencemaran oleh tangan-tangan rakus yang berpandukan hawa nafsu semata-mata?Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama?
Wallahualam
No comments:
Post a Comment