Jom Follow.....

Sunday, December 25, 2011

Tragedi Sebuah Kek: Aku Takkan Muram Oh Kerananya

1 Safar 1433

Di musim cuti persekolahan, sudah semestinya banyak kenduri perkahwinan dilangsungkan.Menyorot  lebih kurang 35 tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki kecil turut bergembira di kala kenduri perkahwinan salah seorang ibu sedara sebelah ibunya dilangsungkan.Mungkin diadakan sekitar cuti persekolahan juga.

Ibu dan ayah kepada si kecil sedang sibuk bertungkus lumus bergotong royong menjayakan kenduri berkenaan di rumah Tok dan Tok Wannya.Namun si kecil ini hanya mampu bermain di atas rumah bersama sepupu-sepupunya yang lain yang ramai. Dalam ramai-ramai itu ada yang menjadi cucu kesayangan dan sebaliknya.

Tiba-tiba si kecil terpandang sebuah kek yang diseliputi krim diletakkan di dalam almari kaca sebagai salah satu hantaran balas daripada lawan kepada pasangan agaknya.Maklumlah pada zaman berkenaan, kek seperti itu susah diperolehi. Bukan itu sahaja, nak menjamu lauk berasaskan ayam atau dagingpun susah, apatah lagi kek yang berkrim dan berbunga-bunga pulak.

Si kecil tak dapat menahan kehendak dan teringinnya terhadap kek tersebut.Secara tak semena-mena dia menerpa dan menjilat cermin kaca yang meliputi almari yang meletakkan kek berkenaan.Namun beberapa pihak menariknya dari lokasi cermin berkenaan.Namun si kecil berharap agar diberikan sepotong daripada kek berkenaan.

Akhirnya, hasrat si kecil tidak kesampaian. Sampai di rumah , si kecil bertanya kepada ibu, kenapa tiada siapa yang bersimpati memberikan sepotong kek berkenaan kepadanya. Kata ibu, "Nak, belajarlah rajin-rajin ye, nanti bila dah pandai dan besar nanti boleh beli kek banyak-banyak", tambah ibu. "Oh! Nak makan kek kena belajar pandai-pandai ye? tanya si  kecil lagi. Si Ibu hanya mampu mengangguk sahaja sambil menangis serta kesal kerana, membiarkan si kecil keseorangan di majlis berkenaan kerana terlalu sibuk.

Menyorot kenangan lalu, si kecil yang telah dewasa bersyukur kerana peristiwa berkenaan telah menjadi satu anjakan kepada dirinya untuk berjaya. Seringkali menyertai seminar, pelbagai kek dan pencuci mulut dijadikan santapan. Bahkan sampai tidak termakan lagi kek-kek yang pelbagai corak dan warna. Itu tidak termasuk dengan sambutan harijadi anak-anaknya lagi. Bahkan kek tidak akan lupa dibeli pada setiap hari jadi anaknya, kerana bagi memastikan anak-anaknya tidak kempunan seperti beliau, sampaikan anak-anak tidak mahu lagi kek kerana selalu dimakan.

Di hati si kecil,"Moga jadi pengalaman dan pengajaran  bagi anak-anakku dan bukan menjadi dendam dan aku tak akan muram oleh kerananya.."Pedih ku buang dan Aku akan terus berusaha..."Namun kenangan dan mimpi kadangkala menggamit pulang...

Wallahualam

@MyBancik

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...