Jom Follow.....

Thursday, December 29, 2011

Karipap Besar Di Kemunting Taiping

4 Safar 1433

Kira-kira beberapa minggu lepas, penulis berkesempatan pulang bercuti di utara Semenanjung Malaysia. Seperti biasa penulis mengambil kesempatan mencari menu-menu atau makanan kegemaran penulis ketika bercuti di sesuatu kawasan.

Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca akan satu jenis karipap yang dijual di sekitar gerai di Taman Kemunting Jaya, Taiping. Kalau dari Kuala Lumpur, jika keluar dari tol Taiping Utara, dan masuk terus ke kemunting lokasinya ialah di sekitar jejambat baru di Kemunting. Turun sahaja kenderaan dari jejambat, anda akan bertemu lampu isyarat dan terus sahaja ke simpang ke sebelah kiri. Disitu akan terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan dan salah satunya menjual karipap berkenaan.Masa perniagaannya di sekitar 2.00 p.m hingga 4.30 p.m.
Karipap Besar@MyBancik 2011

Apa yang istimewanya ialah karipap ini selain bersaiz besar, iaitu sekitar saiz tapak tangan, ianya juga diintikan dengan telur sahaja serta dicampur adunan-adunan tertentu. Namun rasanya amat menarik dan enak bagi penulis, sehingga tak cukup satu hendak dua pula dibuatnya, walaupun saiznya besar. Harga sebiji ialah di sekitar RM 1.50 dan anda perlu beratur atau menunggu agak lama bagi mendapatkannya kerana ianya digoreng terus di gerai berkenaan.

Jika anda berkesempatan ke sana, cuba-cubalah mencari dan mendapatkannya.Selamat mencuba.

Wallhualam

@MyBancik

3 comments:

  1. mmg puas hati makan karipap besar.
    kat sini ada jual.. rm1 satu karipap...
    yummieee...
    mcm kena bedal dua..

    ReplyDelete
  2. x yah mkn nasi dh..kena sebijik pon dh kenyang

    ReplyDelete
  3. nmpk sdap..huhuhu
    bsar lak tu..
    terliur eh =.="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...