Jom Follow.....

Saturday, December 3, 2011

Dedah Kemewahan Tetapi Sorokkan Identiti Suami

7 Muharram 1433

Penulis berasa amat tidak faham apabila membaca berita di surat khabar hari ini tentang penjelasan salah seorang bekas penjawat awam utama yang pernah memegang jawatan utama yang menafikan perkahwinan yang mengaitkan beliau dengan seorang artis. Beliau secara jujur menafikan berita berkenaan dan pada masa yang sama artis berkenaan juga menafikan pihak berkenaan adalah suami beliau.Kepada rakan-rakan blog yang menyebarkan berita berkenaan, penulis berharap agar selidiklah dahulu berita berkenaan,.Kalau nak popularpun janganlah kita menyiarkan berita-berita yang boleh mengganggu ketenteraman orang lain. Bayangkan jika orang buat kepada kita pula.Apa perasaan anda?Sesungguhnya jejari anda di PC/Netbook?iPad/iPhone/Galaxi etc..adalah lebih merbahaya daripada bom nuklear.

Apa yang peliknya, kenapa jumlah hantaran yang melebihi RM10 juta diwar-warkan lebih-lebih sedangkan identiti  si suami tidak didedahkan. Namun penulis tidak pasti buat masa ini pihak mana yang mendedahkan perihal berkenaan. Namun penulis berpendapat dan sebagai pengajaran, seeloknya ialah identiti pasangan yang perlu diutamakan untuk dihebahkan di media bagi mengelakkan fitnah dan bukannya wang hantaran dan  hadiah mewah. Kalau bermadu sekalipun, biarlah dilakukan secara gentlement,apa nak takut. Bukannya disorokkan kerana ianya berpotensi  menyusahkan banyak pihak,seperti golongan datuk-datuk dan Tran Sri- Tan Sri. Kalau betul tak ape, masalahnya jika tak betul, tak pasal datuk-datuk dan Tan Sri bermasam muka dengan Datin-Datin dan Puan Sri-Puan Sri. Oleh itu, peace ..no war...

Wallahualam.

2 comments:

  1. Betul tuh.. Kalau nak, buat betol2. Kalau tak baik xyah cerita. Lagipon die bkn la femes mne. Tp tu x penting. Cuma xtau ape tujuan yg di war2 kan tu sbnenarnye.

    ReplyDelete
  2. pasti ada sebab lah tu nk rahsia2...
    PEACE NO WAR...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...