Jom Follow.....

Saturday, December 17, 2011

Berniaga: Kenapa Mahu Menipu?

22 Muharram 1433

Isu minyak masak kitar semula kini hangat semula. Perkara sebegini sebenarnya tidak akan berlaku jika kita berniaga secara jujur. Namun ianya tidak dapat dielakkan jika kebanyakan pembekal bahan berkenaan terdiri dari kalangan orang-orang yang beriman.

Cuba bayangkan jika sumber minyak masak berkenaan yang dikitar semula itu berasal daripada sumber gorengan makanan yang tidak halal seperti babi atau khinzir atau sumber ternakan yang tidak disembelih mengikut Islam.. Ianya kemudian dikitar semula dan dibungkus dengan baik dan dijual kepada para peniaga-peniaga restoran atau pengusaha makanan. Bayangkan berapa ramai umat Islam yang memakan sumber-sumber yang tidak halal dan menjadi darah daging. Maka antara sebab gejala sosial yang berlaku dikalangan umat Islam sejak akhir-akhir ini mungkin berpunca daripada sumber-sumber makanan yang diragui dan dianggap racun kepada iman. Tidak hairan juga semakin ramai golongan yang berfikiran liberal akan konsep perpaduan dan soal halal dan haram dalam  cara hidup seharian akibat memakan sumber-sumber makanan yang tidak jelas status kehalalannya dalam Islam..

Penulis dengan ini menyeru agar setiap pembaca mengisytiharkan perang terhadap ketidakadilan yang berlaku dalam hal ini. Kerajaan menerusi kementerian tertentu didesak untuk mewajibkan setiap pengusaha minyak masak membuat ujian sebagaimana kerajaan mewajibkan setiap pembekal barangan Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) membuat ujikaji makmal dengan menanggung sendiri kos ujikaji tersebut yang agak mahal. Jika pembekal KR1M yang rata-ratanya pembekal dikalangan orang Islam dikenakan syarat yang ketat, kita tidak nampak kenapa penngusaha lain perlu dikecualikan.Mungkin penulis tidak sehebat Nurul Izzah atau Tony Phua yang menimbulkan isu-isu di KR1M sehingga memaksa kerajaan mewajibkan setiap barangan KRIM disiasat dan diwajibkan membuat ujian makmal, namun penulis yang mempunyai 1 undi dan sebagai rakyat Malaysia juga berhak membuat tuntutan yang sama terhadap kerajaan agar mengambil tindakan yang sama kepada setiap pengusaha minyak masak dan pengeluar makanan yang lain.

Dalam hal keselamatan pengguna, kerajaan didesak agar tidak takut dengan ugutan politik dan sebagainya bagi mempertahankan hak rakyat kebanyakan. Ini bagi memastikan kebajikan rakyat keseluruhan agar terus terpelihara.

@MyBancik

3 comments:

  1. orang berniaga dan menipu ini nak untung byk jer...
    apa mereka pk.. untung tu ok.. jgn melampau jer...

    ReplyDelete
  2. tue laa kan org berniaga..ishkk..ishkk...ishkkk

    ReplyDelete
  3. hehehhe...jum meniaga emas..untung gak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...