Jom Follow.....

Thursday, August 18, 2011

Simbah Asid - Masyarakat Dan Pihak Berkuasa Digesa Lakukan Sesuatu

Hati penulis hari ini terasa terguris bila melihat liputan utama di Utusan Malaysia yang memaparkan mangsa terbaru simbah asid. Ini kerana abang sulung penulis iaitu Bancak telah kembali ke hadrat Ilahi pada tahun lepas disebabkan musibah yang sama.

Mangsa terbaru seperti yang dilaporkan , iaitu "Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, ketika berada di dalam keretanya, di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Rafie berkata, semasa insiden dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.- Utusan Malaysia

Persoalannya, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia?Kita sering memperjuangkan dan berbalah tentang kepentingan politik yang seolah-olah tak akan ada kesudahan, sedangkan banyak isu-isu seperti ini yang memerlukan perhatian semua pihak. Pihak berkuasa dan keselamatan seharusnya tidak diganggu dan dibebankan dengan isu-isu yang tidak mendatangkan produktiviti.

Mungkin tidak penting bagi sebahagian kita kerana ianya tidak pernah kena pada batang hidung masing-masing. Bagi penulis dan keluarga-keluarga mangsa yang pernah mengalaminya, ianya merupakan salah satu tragedi yang menyayat hati.

2 comments:

  1. memang sedih sangat tengok mangsa yang di simbah asid....punah masa depan...
    yang tak faham nyer kenpa diorang sanggup buat keje macama ni..
    dah takde keje lain ke.....
    cuba asid tu di simbah kepada dia...apa agak2 nya yang diorang rasa....

    ReplyDelete
  2. Em dunia oh dunia. Ape la nk jadi. Hmm. T_T

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...