Jom Follow.....

Thursday, June 30, 2011

Rawatan Gigi Menggunakan Paku

Pada suatu ketika dulu, semasa aku kecil ada satu rawatan alternatif yang menggunakan paku untuk mengubati sakit gigi. Pada masa berkenaan, bilangan klinik gigi adalah amat terhad. Oleh yang demikian, rawatan sedemikian adalah amat penting bagi pesakit.

Ianya menggunakan kertas, pelapik kayu, paku dan penukul. Perawat akan menulis sejenis tulisan yang seakan berbentuk tulisan jawi di atas kertas dan kemudian paku diketuk dengan penukul di sudut-dudut tertentu di tulisan berkenaan dengan beralaskan pelapik kayu.

Paku akan diketuk di setiap sudut tulisan berkenaan seolah memalam gigi sebenar.Ianya dilakukan berterusan sehingga pesakit merasakan sakit gigi dah hilang.Namun amat menghairankan aku rata-rata  rawatan berkenaan agak berkesan di mana sakit gigi pesakit berjaya sembuh.

Namun begitu hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui disebalik segala apa yang berlaku. Oleh itu, jangan dibiarkan hidup kalian semua diselubungi misteri.

@MyBancik

4 comments:

  1. sekarang ada lagi tak rawatan macam ni....takut nak gi spital....

    ReplyDelete
  2. Allah SWT maha kaya. Apabila sudah tiada lagi orang yang mampu melakukan rawatan berkenaan, maka digantikan teknologi terkini yang ada di klinik-klinik.Dulu klinik gigi susah nak dapat.

    So, dah tak perlu takut lagi dah...he..he..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...