6 Safar 1433
Di sekitar tempat tinggal penulis telah dinaikkan kempen 901 oleh para penyokong seorang pemimpin pembangkan terkemuka di Malaysia buat masa kini. Ianya sebagai salah satu usaha gerakan pembebasannya jikalau kes yang bakal disebut pada 9 Januari 2012 ini tidak menyebelahinya. Setakat ini pelbagai laporan polis dibuat untuk menghalang perhimpunan berkenaan.Untuk menghormati para penyokongnya, tak perlulah penulis menamakannya dalam artikel ini.
Kempen demi kempen dibuat bagi menghimpun seberapa ramai penyokong pada hari berkenaan. Namun bagi penulis, dengan ini menasihati diri penulis agar berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin secara membuta tuli. Namun penulis secara peribadi tidak dapat menyokong beliau atas beberapa perkara:
1. Beliau tidak menunjukkan standart yang penulis tetapkan secara peribadi dari segi keperibadian beliau sebagai seorang muslim.
2.Beliau tidak menentang kempen seksualiti merdeka dan salah seorang orang kuat beliau adalah penyokong kumpulan berkenaan.
3. Dasar-dasar yang beliau dan rakan-rakan beliau bercadang memperkenalkan sekarang cuba menambah kelebihan kepada suatu pihak yang mungkar dan mengurangkan apa yang ada sekarang termasuk apa yang termaktub dalam perlembagaan.
4.Kerajaan-kerajaan yang diwakili oleh paksi politik beliau seolah-olah menghalang umat Islam melakukan seperti dari kebiasaan seperti larangan pembacaan al-quran menerusi pembesar suara, pertikaian ibadah qurban oleh rakan pakatan beliau, merobohkan gerai peniaga-peniaga secara pilih kasih dan sebagainya.
5. Sokongan paksi politik beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam
6. Dan banyak lagi, yang mana penulis tak perlu sebutkan.
Isu terkini ialah tindakan rakan sekutunya di sebuah negeri yang sedang angkuh hendak merobohkan madrasah yang telah berusaha lebih daripada 100 tahun tanpa mahu melakukan dialog dengan penduduk yang berkepentingan.
Persoalannya sekarang, sebagai seorang yang beriman, mana satukah yang lebih relevan perlu dipertahankan? Secara peribadinya penulis berpendapat bahawa Madrasah berkenaan lebih relevan dipertahankan tanpa mengira fahaman politik berbanding isu 901. Bagi pemimpin berkenaan, beliau sudah diberikan peluang untuk membela diri melalui proses mahkamah. Jika takdir menyebelahi beliau, beliau mungkin terlepas. Tetapi adilkah jika beliau memilih mengheret orang lain bagi membebaskan beliau jika nasib tidak menyebelahi beliau dan mengorbankan maslahat awam. Adakah adil jika wujudnya risiko jiwa yang terkorban semata-mata ingin membela beliau. Mungkin berbaloi jika sekiranya beliau secara hakikinya tidak bersalah, tetapi apakah yang terjadi jika secara hikikinya beliau adalah seorang yang bersalah pula?Itu belum mengambil kira kesusahan yang dihadapi oleh pihak lain seperti golongan awam yang menuju ke tempat kerja ,peniaga dan sebagainya?
Jika permainan seperti ini dibenarkan, bayangkan jika ada seorang penjenayah yang telah mengumpul harta kekayaan yang banyak , kemudian pihak berkuasa cuba mengambil tindakan ke atas beliau, tetapi beliau mampu mengupah sebanyak mungkin penyokong beliau membuat kekacauan dan berjaya melepaskan diri, apakah ini suatu keadilan?
Memang sistem perundangan manusia memang ada kelemahan, namun kelemahan dari segi perundangan juga boleh digunakan sebagaimana yang mana beliau gunakan sebelum ini bagi melepaskan diri. Namun kita perlu ingat bahawa di akhirat nanti, kita semua tidak akan terlepas daripada pengadilan Allah S.W.T. Maka dengan itu bersama-samalah kita renung-renungkan bersama agar keselamatan dan kepentingan umat Islam di negara ini terus terpelihara.
Ya Allah, peliharalah keamanan dan keselamatan serta pengembangan syiar Islam di negara ini. Janganlah Engkau uji kami dengan ujian-ujian yang tidak mampu kami pikul. Sesungguhnya kami adalah golongan yang teraniaya.
Wallahualam
p/s:
Penulis akhiri tahun Masihi ini 2011 dengan artikel ini yang ke 222. Nombor 222 ini menggamit kenangan penulis ketika melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam sekitar tahun 90an lampau.Nombor ini ialah nombor Bas yang berulang alik dari Shah Alam ke Hentian Bas Kelang (KL). Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua pembaca yang Budiman.
Jom Follow.....
Saturday, December 31, 2011
Gempar 9 Kepala Babi di Masjid
5 Safar 1433
JOHOR BAHRU 30 Dis, 2011 - Jemaah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam.
Pengerusinya, Kassim Darim, 62, berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi ditemui di pagar belakang masjid itu oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut.
Beliau berkata, dalam kejadian kedua kira-kira pukul 5 pagi tadi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.
"Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut.
"Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Setakat ini, kami tidak tahu motif perbuatan ini dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berikutan itu, menurut Kassim, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Desa Cemerlang.
"Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama. Saya sangat dukacita dengan kejadian seumpama ini," ujarnya.
Susulan kejadian itu, satu perhimpunan secara aman diadakan di pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat melibatkan kira-kira 100 orang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida).
Sementara itu, Presiden PPPMM, Abdul Rahman Mahadi berkata, tindakan biadab dan kurang ajar itu menunjukkan masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif terhadap masyarakat majmuk selepas beberapa siri perlakuan serupa di seluruh negara sebelum ini.
"Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kita minta Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat perkara tersebut secara menyeluruh.
"Pasukan khas sudahpun ditubuhkan dan kita akan cari mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut sampai dapat. Semua pihak diharap bersabar dan jangan membuat andaian dan spekulasi serta bertindak di luar batas undang-undang," ujarnya.
Dalam Pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon menyifatkan perbuatan meletakkan sembilan kepala babi di masjid berkenaan sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu menimbulkan sensitiviti agama dan perkauman.
Beliau berkata, kepimpinan tertinggi masyarakat dan agama di negeri ini sepakat mengecam tindakan tersebut yang tidak dapat diterima langsung.
Sumber : Utusan Malaysia
Komen Penulis :
Umat Islam perlu sedar bahawa sentiasa terdapat ancaman ke atas amalan dan kehidupan Islam di Malaysia. Bersamalah kita bermuhasabah dalam memelihara Islam di Negara ini. Jika kita tidak pertahankan, siapa lagi?

Sudah Sampai Masanya Sejarah Islam Diberi Perhatian
5 Safar 1433
KEPALA BATAS, 31 Dis, 2011 - Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.
Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukan memusnahkannya demi tujuan komersial.
"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini hari ini.
Sumber- BERNAMA
Bagi penulis, dalam hal seperti ini semua pihak perlu mengenepikan fahaman politik bagi memelihara nilai-nilai sejarah Islam di negara ini. Jika tempat ibadat bukan Islam boleh dipelihara, mengapa tidak dalam hal-hal yang berkaitan sejarah Islam. Sudah sampai masanya kita berubah dengan memberi pengiktirafan dan mengkagumi sejarah asal usul kita sendiri berbanding orang lain.
Lebih mengecewakan apabila melihat dalam paparan Aduan Rakyat di TV3 sebentar tadi, di kala penganut agama lain sedang sibuk membesarkan rumah ibadat mereka di sekitar tempat berkenaan, madrasah berkenaan mendapat nasib yang disebaliknya. Namun penulia anggap ianya sebagai salah satu lagi ujian Allah S.W.T. kepada kita semua dan sememangnya kita dituntut berfikir dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Friday, December 30, 2011
Ujian
Kita diutuskan ke dunia ialah untuk mengabadikan kepada Yang Maha Esa. Namun usahlah kita mendabik dada bahawa kita adalah seorang yang beriman jika kita tidak sanggup menempuhi ujian di muka bumi ini.Kedatangan kita ke dunia ini ibarat tetamu yang bertandang dan akan pulang bila tiba masanya.
Wallahualam
Wallahualam
Thursday, December 29, 2011
Karipap Besar Di Kemunting Taiping
4 Safar 1433
Kira-kira beberapa minggu lepas, penulis berkesempatan pulang bercuti di utara Semenanjung Malaysia. Seperti biasa penulis mengambil kesempatan mencari menu-menu atau makanan kegemaran penulis ketika bercuti di sesuatu kawasan.
Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca akan satu jenis karipap yang dijual di sekitar gerai di Taman Kemunting Jaya, Taiping. Kalau dari Kuala Lumpur, jika keluar dari tol Taiping Utara, dan masuk terus ke kemunting lokasinya ialah di sekitar jejambat baru di Kemunting. Turun sahaja kenderaan dari jejambat, anda akan bertemu lampu isyarat dan terus sahaja ke simpang ke sebelah kiri. Disitu akan terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan dan salah satunya menjual karipap berkenaan.Masa perniagaannya di sekitar 2.00 p.m hingga 4.30 p.m.
Apa yang istimewanya ialah karipap ini selain bersaiz besar, iaitu sekitar saiz tapak tangan, ianya juga diintikan dengan telur sahaja serta dicampur adunan-adunan tertentu. Namun rasanya amat menarik dan enak bagi penulis, sehingga tak cukup satu hendak dua pula dibuatnya, walaupun saiznya besar. Harga sebiji ialah di sekitar RM 1.50 dan anda perlu beratur atau menunggu agak lama bagi mendapatkannya kerana ianya digoreng terus di gerai berkenaan.
Jika anda berkesempatan ke sana, cuba-cubalah mencari dan mendapatkannya.Selamat mencuba.
Wallhualam
@MyBancik

Karipap Besar@MyBancik 2011 |

Jangan Sewenang-wenangnya Mengangkat Seseorang Pemimpin Sebagai Imam Mahdi
4 Safar 1433
Penulis agak tergamam bila terbaca sebuah artikel dalam satu portal yang berunsurkan politik yang menyatakan bahawa seseorang yang dikenali sebagai guru agama yang berkelulusan tinggi yang aktif dalam politik di Malaysia(tetapi bukan parti politik yang bertemakan Islam sebagai perjuangan) telah mengangkat seorang pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.Penulis tidak perlu menamakan pihak berkenaan kerana , dalam sumber portal politik seperti ini, kesahihan cerita perlu diperolehi dari pelbagai sumber yang lain juga. Jika sahihpun, penulis tidak akan mendedahkan nama pihak berkenaan atas prinsip-prinsip tertentu .
Jika kenyataan portal berkenaan benar, penulis menasihati diri penulis dan yang lain-lain bahawa, jika kita nak sokong pemimpin kita sekalipun, janganlah sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang sedemikian rupa. Sudah-sudahlah... , cukuplah dakwaan oleh sesetengah pihak dalam sebuah politik parti tertentu yang amat menjengkelkan di mana seorang Ketua Menteri bukan Islam di sebuah negeri di utara semenanjung tanah air telah diagungkan-agungkan dikalangan segelintir ahli mereka telah mengamalkan cara pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.
Penulis percaya, banyak kajian dan rujukan kitab tertentu yang memberikan panduan tertentu apakah ciri-ciri yang perlu ada pada Imam Mahdi. Kalau setakat gerak laku dan tindakan yang ada pada semua pemimpin politik yang ada di seluruh Malaysia sekarang ini(termasuk kerajaan atau pembangkang),penulis yakin tiada satupun yang belum layak dan menepati akhlak setaraf Imam Mahdi setakat ini.
Sebagai orang yang beriman, kenyataan seperti berkenaan tidak sepatutnya dibuat kerana ianya bakal memberi kekeliruan kepada umat Islam, tambahan yang membuat kenyataan itu ialah seoarang yang amat dikenali sering memberikan ceramah ugama.Namun penulis hentikan isu ini setakat ini sahaja, kerana biarlah hal-hal seperti ini ditangani oleh pihak alim ulama yang lebih muktabar melakukan siasatan terhadap isu ini jika terbukti adanya isu.

Wednesday, December 28, 2011
Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid
4 Safar 1433
Oleh IBRAHIM ABDULLAH (Utusan Online)
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.
Tanah liat
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.
Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.
Sumber : Utusan Malaysia 27 Disember 2011

Tuesday, December 27, 2011
Besar Sangatkah Status Graduan Universiti Al Azhar?
3 Safar 1433
Seorang Menteri Besar telah dilaporkan berkata menerusi akhbar perdana pada 26 Disember 2011 bersamaan 1 Safar 1433, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.
Ini merujuk kepada isu Madrasah Salihiah di Alor Setar yang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan komplek membeli-belah. Bagi penulis, sebagai seorang Islam, penulis menasihati diri penulis, sepandai-pandai manusia, pandai lagi Allah S.W.T.
Tak perlulah kita memperagakan status kelulusan kita dari mana.Yang penting hindarilah diri kita dari sebarang sikap ego, angkuh atau takbur. Bagi penulis, kita semua sama sahaja, cuma yang beza ialah amalan kita.Allah S.W.T. tidak memandang pada paras rupa, harta dan pangkat seseorang tetapi sebaliknya melihat kepada hati dan amalan kita.Moga kita semua dikasihi dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

Monday, December 26, 2011
Apabila Pusat Beli Belah Didahulukan Berbanding Madrasah
1 Safar 1433
Hati penulis hari ini amat terusik dan kecewa bila sebuah kerajaan negeri di utara tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.
Sambil menempelak lawan politik beliau, menteri besar berkenaan berkata, "Dia nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanyanya, seperti yang dilaporkan dalam sebuah sebuah akhbar arus perdana hari ini.
Di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.
Beliau juga mendakwa, sokongan pemimpin lawan terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.
Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.
“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.
Bagi penulis ini adalah dugaan Allah kepada Menteri Besar berkenaan.Mungkin kekuasaan telah mendatangkan sikit sebanyak sikap takbur ke dalam diri kita. Namun begitu, penulis berpendapat tak salah mendengar pendapat orang lain atas kepentingan umat.
Walaupun bagi beliau isu ini kecil, bagi penulis sebagai rakyat biasapun, hati boleh amat terguris membaca berita berkenaan. Dan dari segi organisasi ianya seolah "paku dulang paku serpih", di mana sebelum ini , organisasi yang dianggotai menteri besar ini juga sering mempolitikkan perpindahan masjid atau surau baru yang baru dibina, di mana masjid lama terpaksa dirobohkan.Bahkan dipropagandakan kepada pihak lawan mereka dengan perkataan yang lebih dasyat seperti "Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya. Maka natijahnya apabila kita mencela orang lain, maka Allah S.W.T. pula mungkin akan menduga keimanan dan kewarakan kita dengan situasi yang sama.Selain itu apa yang penting, takut-takut ada pihak yang teraniaya, dalam isu kemudahan ini di mana doa orang-orang yang teraniaya sering mendapat perhatian dari Yang Maha Esa. Sekarangpun dah ada bekas menteri besar yang sedang menghadapi dugaan yang besar akibat tindakan beliau di masa yang lalu semasa berkuasa.
Namun begitu, penulis kuat berpegang dan berpendapat bahawa Madrasah perlu diutamakan berbanding kompleks beli-belah. Lainlah kalau ianya melibatkan pembinaan jalan yang tidak boleh dielakkan, atau keuzuran yang mana suatu kawasan ganti yang lebih baik perlu disediakan ditempat berdekatan dan mewujudkan keadaan "menang menang".
Namun begitu, jika begitulah sikap yang akan dimiliki oleh penulis jika berkuasa di mana-mana organisasi, penulis hanya mampu berdoa, biarlah penulis menjadi orang biasa asalkan tiada sifat buruk bersarang di hati penulis. Penulis lebih senang seperti sekarang berusaha mencari dan terus mencari keredhaanMu Ilahi. Semoga diperkenankan harapan ini.

Sunday, December 25, 2011
Tragedi Sebuah Kek: Aku Takkan Muram Oh Kerananya
1 Safar 1433
Di musim cuti persekolahan, sudah semestinya banyak kenduri perkahwinan dilangsungkan.Menyorot lebih kurang 35 tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki kecil turut bergembira di kala kenduri perkahwinan salah seorang ibu sedara sebelah ibunya dilangsungkan.Mungkin diadakan sekitar cuti persekolahan juga.
Ibu dan ayah kepada si kecil sedang sibuk bertungkus lumus bergotong royong menjayakan kenduri berkenaan di rumah Tok dan Tok Wannya.Namun si kecil ini hanya mampu bermain di atas rumah bersama sepupu-sepupunya yang lain yang ramai. Dalam ramai-ramai itu ada yang menjadi cucu kesayangan dan sebaliknya.
Tiba-tiba si kecil terpandang sebuah kek yang diseliputi krim diletakkan di dalam almari kaca sebagai salah satu hantaran balas daripada lawan kepada pasangan agaknya.Maklumlah pada zaman berkenaan, kek seperti itu susah diperolehi. Bukan itu sahaja, nak menjamu lauk berasaskan ayam atau dagingpun susah, apatah lagi kek yang berkrim dan berbunga-bunga pulak.
Si kecil tak dapat menahan kehendak dan teringinnya terhadap kek tersebut.Secara tak semena-mena dia menerpa dan menjilat cermin kaca yang meliputi almari yang meletakkan kek berkenaan.Namun beberapa pihak menariknya dari lokasi cermin berkenaan.Namun si kecil berharap agar diberikan sepotong daripada kek berkenaan.
Akhirnya, hasrat si kecil tidak kesampaian. Sampai di rumah , si kecil bertanya kepada ibu, kenapa tiada siapa yang bersimpati memberikan sepotong kek berkenaan kepadanya. Kata ibu, "Nak, belajarlah rajin-rajin ye, nanti bila dah pandai dan besar nanti boleh beli kek banyak-banyak", tambah ibu. "Oh! Nak makan kek kena belajar pandai-pandai ye? tanya si kecil lagi. Si Ibu hanya mampu mengangguk sahaja sambil menangis serta kesal kerana, membiarkan si kecil keseorangan di majlis berkenaan kerana terlalu sibuk.
Menyorot kenangan lalu, si kecil yang telah dewasa bersyukur kerana peristiwa berkenaan telah menjadi satu anjakan kepada dirinya untuk berjaya. Seringkali menyertai seminar, pelbagai kek dan pencuci mulut dijadikan santapan. Bahkan sampai tidak termakan lagi kek-kek yang pelbagai corak dan warna. Itu tidak termasuk dengan sambutan harijadi anak-anaknya lagi. Bahkan kek tidak akan lupa dibeli pada setiap hari jadi anaknya, kerana bagi memastikan anak-anaknya tidak kempunan seperti beliau, sampaikan anak-anak tidak mahu lagi kek kerana selalu dimakan.
Di hati si kecil,"Moga jadi pengalaman dan pengajaran bagi anak-anakku dan bukan menjadi dendam dan aku tak akan muram oleh kerananya.."Pedih ku buang dan Aku akan terus berusaha..."Namun kenangan dan mimpi kadangkala menggamit pulang...

Aku Siapa?
29 Muharram 1433
Siapakah aku?
Adakah aku paling bijak?
Apakah aku paling kuat?
Apakah aku paling kaya?
Apakah aku paling berkuasa?
Apakah aku paling bahagia?
Adakah aku paling alim dan berilmu ?
Rupanya aku hanyalah suatu kejadian.
Kejadian yang tak punya apa-apa
Sekadar menunaikan amanah di muka bumi
Siapakah yang paling Berkuasa?
Siapakah Yang Kekal Selamanya?
Dialah Allah S.W.T yang Maha Besar
Tuhan Semesta Alam
Wallahualam
@MyBancik
Siapakah aku?
Adakah aku paling bijak?
Apakah aku paling kuat?
Apakah aku paling kaya?
Apakah aku paling berkuasa?
Apakah aku paling bahagia?
Adakah aku paling alim dan berilmu ?
Rupanya aku hanyalah suatu kejadian.
Kejadian yang tak punya apa-apa
Sekadar menunaikan amanah di muka bumi
Siapakah yang paling Berkuasa?
Siapakah Yang Kekal Selamanya?
Dialah Allah S.W.T yang Maha Besar
Tuhan Semesta Alam
Wallahualam
@MyBancik
Saturday, December 24, 2011
Beg Ajinomoto Vs Beg Agry Bird Di Musim Baru Persekolahan
29 Muharram 1433
Ketika ini ramai ibu bapa yang sedang sibuk membeli belah kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Pelbagai ragam yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa alaf ini terhadap karenah anak-anak sekarang. Semuanya nak angry bird. Kalau boleh baju , kasut dan pensil serta lain-lain peralatan sekolahpun nak di"angrybird"kan juga.
Kalau zaman penulis dahulu, tak banyak beg-beg sekolah yang berjenama. Kalau adapun cuma jenama kasut seperti Alif, Ba dan Ta. Tetapi sekarang , yang masih kekal ialah jenama Ba dan Ta sahaja. Alif pula dah hilang entah ke mana.
Beg pula, rata-rata tak berjenama dan pilihannya agak terhad. Cuma yang berjenama pada masa itu ialah beg plastik berjenama Ajinomoto yang pelbagai guna fungsinya dan tidak terhad kepada perisa makanan semata-mata.. Selalunya beg berkenaan digunakan ketika di peringkat tadika kerana buku tulis adalah sedikit. Namun bila ke peringkat berikutnya , beg berkenaan masih digunapakai sebagai beg sampingan untuk menyimpan buku tulis
Namun, anak-anak sekarang tanpa mengira pelbagai peringkat amat suka kepada jenama "angry bird". Hinggakan mahasiswi di IPTA dan di IPTS pun kadangkala masih menyukai ikon berkenaan. Oleh kerana phenomena ini, tak hairan jika ibu bapa pula yang menjadi "ANGRY" di musim baru persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hasan Ali Nafi Kaitan Dengan UMNO, Tarik Balik Kritik Dasar Negara Berkebajikan
29 Muharram 1433
KUALA LUMPUR, 24 Dis , 2011- Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.
"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.
"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.
Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.
"Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.
"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.
Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.
"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya.
Berhubung isu beliau dilihat menggunakan "media Umno" untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.
"Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya," katanya.
Beliau mendakwa akhbar "Harakah" terbitan PAS tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.
Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung "negara berkebajikan" pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti.
Sumber-- BERNAMA

Friday, December 23, 2011
Kepada Siapakah Syaitan-syaitan Selalu Mendekati?
28 Muharram 1433
Tahukah kita, kepada siapakah gerangannya syaitan-syaitan sering mendekati? Menurut firman Allah yang bermaksud:
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh-sungguh(apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Al Quran; SurahAsy-Syu'araa; 221-224
Maka , pengajaran yang boleh kita renungkan ialah, sifat berbohong atau berdusta bakal memberi implikasi yang amat buruk kepada kehidupan kita.Kadang-kadang lidah kita dengan mudah memberikan istilah bohong sunat bagi menghalalkan cara, namun sebenarnya ianya merupakan pembunuh senyap terhadap jiwa.

Thursday, December 22, 2011
Usah Cabar Mencabar:Damaikanlah Mereka Yang Berbalah
27 Muharram 1433
Melihat kepada senario terkini yang sedang melanda sebuah parti politik di Malaysia, penulis terasa sesuatu perlu dilakukan oleh ahli-ahli parti tersebut. Penulis yakin bahawa ramai golongan yang layak menjadi pendamai dikalangan ahli parti berkenaan terhadap pihak yang sedang berselisihan pendapat dan berbalah ketika ini terutama yang melibatkan dikalangan segelintir pemimpin parti berkenan.
Perbalahan dan kenyataan terbuka melalui media hanya memburukkan keadaan. Yang berkuasa sekarang cuba menunjukkan kuasa masing-masing, manakala yang popular pula cuba menegakkan pendapat mereka.Walaupun penulis tidak menyokong dasar parti tersebut ketika ini(kerana lebih setuju/senada dengan prinsip bekas pesuruhjaya parti tersebut di Selangor), namun penulis berharap perbalahan secara terbuka ini haruslah dihentikan atas semangat persaudaraan sesama Islam.
Maka damaikanlah mereka-mereka ini yang mungkin terpesona dengan keindahan duniawi ini.Moga ada pihak yang menggerakkan usaha ini.

Nasharuddin Tidak Akan Tinggalkan PAS
26 Muharram 1433
KUALA LUMPUR, 21 Dis , 2011- Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Umno.
"Janganlah gunakan alasan mudah untuk membuat kesimpulan terhadap tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Anggota Parlimen Bachok itu berkata dakwaan kononnya beliau terperangkap dalam agenda Umno adalah tidak berasas dan terlalu jauh menyimpang dari kebenaran.
Nasharudin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kebelakangan ini banyak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah membayangkan parti itu telah menyimpang dari matlamat asal.
Ini mengundang pelbagai dakwaan, tuduhan dan tohmahan dari beberapa pihak di media massa, blog serta laman sosial yang mereka akan berpaling tadah untuk menyertai Umno.
Nasharudin menegaskan beliau adalah anggota PAS dan perjuangannya kekal bersama parti itu.

Hasan Ali Tidak Kisah Jika Digugurkan Daripada Jawatan Kerajaan Negeri Dan ADUN
26 Muharram 1433
KUALA LUMPUR, 22 Dis , 2011- Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan Rabu malam.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: "Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.
Sumber - BERNAMA

Wednesday, December 21, 2011
Mahasiswa, Mahasiswi - Belajarlah Baik-baik dan Tekun, Jangan Angkuh
25 Muharram 1433
Hati penulis terasa terusik bila mendengar akan tindakan segelintir yang kononnya memperjuangkan sesuatu dengan melakukan tindakan yang agak biadap. Secara ironinya, jika kita mahu masuk rumah orang, perlulah secara beradap.Jika sekalipun kita berbeza pendapat dengan pemimpin, tak perlulah dengan menurunkan bendera atau gambar di halaman orang.
Bayangkan jika ada pihak yang datang bertandang kerumah kita, dengan tiba-tiba masuk ke rumah kita dengan memakai kasut dan tanpa memberi salam, apa perasaan kita? Apa perasaan jika pihak berkenaan dengan sesuka hati mengubah susun atur kerusi rumah kita mengikut selera mereka, apakah perasaan kita pula?
Apakah ini kualiti mahasiswa yang bakal dilahirkan oleh universiti berkenaan? Sebagai pemain industri, tindakan sebegini sedikit sebanyak akan memberikan persepsi negatif kepada penulis jika ada permohonan daripada graduan daripada universiti berkenaan untuk memohon kerja di pasaran pekerjaan. Reputasi institusi berkenaan selama ini amat berisiko diranapkan oleh segelintir pelajar berkenaan.Nasib baik penulis tidak belajar di universiti berkenaan, kalau tidak , dengan penulispun sekali akan menanggung malu.
Penulis juga ingin tahu, berapakah markah CGPA para pelajar berkenaan sekarang ini yang berlagak kononnya mereka lebih layak memberikan pendapat apa yang perlu dibuat oleh kerajaan dan apa yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan? Jika masih cukup-cukup makan sahaja , elok sahaja memberikan tumpuan memperbaiki markah CGPA mereka. Kalau elok atau cemerlang sekalipun, jika tiada sikap sopan santun dan menghormati juga akan tidak membawa mereka ke mana-mana.
Kepada pentadbir universiti berkenaan, sila beri perhatian sewajarnya dengan mendisiplinkan pelajar-pelajar berkenaan. Jika para pentadbirpun sama, salah kementerianlah yang memilih para pentadbir yang kurang cekap.Jika kementerianpun gagal dan uruskan hal ini, maka menteri berkenaan perlulah bertanggungjawab sepenuhnya. Macam mana nak bertanggungjawab.., tak perlulah penulis beri tunjuk ajar.
Wallahualam.

Tuesday, December 20, 2011
Empat Puluh Soalan Dengan Satu Jawapan
25 Muharram 1433
Diceritakan pada suatu ketila dahulu terdapat seorang cendekiawan yang bermusafir di sebuah desa. Si cendekiawan itu, ketika dia sampai lalu terus bertanya dengan para penduduk desa berkenaan itu,"Siapakah orang yang paling pandai dan bijak di desa tersebut?
"Nasruddin !", jawab para penduduk desa tersebut secara sepontan dan serentak. Cendekiawan tersebut lalu meminta agar ditunjukkan dan dihantar ke rumah Nasruddin yang jaraknya tidak begitu jauh. Setelah bertemu dan berbual, maka si cendekiawan lalu berkata kepada Nasruddin.
"Aku mempunyai empat puluh pertanyaan. Dapatkah engkau menjawabnya dengan satu jawapan?" "Gila agaknya orang ini," kata Nasruddin dalam hati. Tapi bukan Nasruddin namanya kalau aku menyerah begitu sahaja", tambahnya di dalam hati sambil berfikir sejenak. Lalu Nasruddin menjawab, Ya, cuba tuan sebutkan kesemua empat puluh pertanyaanmu itu".
Si cendekiawan lalu mengajukan kesemua pertanyaan tersebut satu per satu. "Apakah engkau menghendaki satu jawapan sahaja?", Nasruddin meminta kepastian sekali lagi."Ya, bukankah sudah aku katakan sejak awal lagi? tegas si cendekiawan berkenaan.
"Kalau begitu, mudah sahaja. Aku tak tahu jawapannya". Si cendiakawan hanya tercengang mendengar jawapan Nasruddin"
Wallahualam
Dipetik dari- Himpunan Kisah-kisah Teladan terbitan Nurulhas

Nik Abduh Bidas Harakah
25 Muharram 1433
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.
‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh. ‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.
Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.
Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.
‘‘Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,’’ katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia

Saturday, December 17, 2011
Berniaga: Kenapa Mahu Menipu?
22 Muharram 1433
Isu minyak masak kitar semula kini hangat semula. Perkara sebegini sebenarnya tidak akan berlaku jika kita berniaga secara jujur. Namun ianya tidak dapat dielakkan jika kebanyakan pembekal bahan berkenaan terdiri dari kalangan orang-orang yang beriman.
Cuba bayangkan jika sumber minyak masak berkenaan yang dikitar semula itu berasal daripada sumber gorengan makanan yang tidak halal seperti babi atau khinzir atau sumber ternakan yang tidak disembelih mengikut Islam.. Ianya kemudian dikitar semula dan dibungkus dengan baik dan dijual kepada para peniaga-peniaga restoran atau pengusaha makanan. Bayangkan berapa ramai umat Islam yang memakan sumber-sumber yang tidak halal dan menjadi darah daging. Maka antara sebab gejala sosial yang berlaku dikalangan umat Islam sejak akhir-akhir ini mungkin berpunca daripada sumber-sumber makanan yang diragui dan dianggap racun kepada iman. Tidak hairan juga semakin ramai golongan yang berfikiran liberal akan konsep perpaduan dan soal halal dan haram dalam cara hidup seharian akibat memakan sumber-sumber makanan yang tidak jelas status kehalalannya dalam Islam..
Penulis dengan ini menyeru agar setiap pembaca mengisytiharkan perang terhadap ketidakadilan yang berlaku dalam hal ini. Kerajaan menerusi kementerian tertentu didesak untuk mewajibkan setiap pengusaha minyak masak membuat ujian sebagaimana kerajaan mewajibkan setiap pembekal barangan Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) membuat ujikaji makmal dengan menanggung sendiri kos ujikaji tersebut yang agak mahal. Jika pembekal KR1M yang rata-ratanya pembekal dikalangan orang Islam dikenakan syarat yang ketat, kita tidak nampak kenapa penngusaha lain perlu dikecualikan.Mungkin penulis tidak sehebat Nurul Izzah atau Tony Phua yang menimbulkan isu-isu di KR1M sehingga memaksa kerajaan mewajibkan setiap barangan KRIM disiasat dan diwajibkan membuat ujian makmal, namun penulis yang mempunyai 1 undi dan sebagai rakyat Malaysia juga berhak membuat tuntutan yang sama terhadap kerajaan agar mengambil tindakan yang sama kepada setiap pengusaha minyak masak dan pengeluar makanan yang lain.
Dalam hal keselamatan pengguna, kerajaan didesak agar tidak takut dengan ugutan politik dan sebagainya bagi mempertahankan hak rakyat kebanyakan. Ini bagi memastikan kebajikan rakyat keseluruhan agar terus terpelihara.

Iman Harta Yang Paling Berharga
22 Muharram 1433
Ramai orang yang tidak sedar bahawa iman adalah harta atau nikmat yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Apalah gunanya harta yang bertimbun jika iman tiada di dalam diri. Apalah sangat diri kita yang sihat walafiat, cantik, seksi, kacak, macho dan sebagainya, jika iman tiada dalam diri kita.
Pangkat dan kedudukan juga tidak memberikan apa-apa jika iman tiada dalam diri. Iman tidak dapat diwarisi dan ianya perlu dicari menerusi keredhaan Ilahi.

Friday, December 16, 2011
Ikan Orang Miskin Semakin Mahal
21 Muharram 1433 Hijrah
Sudah tidak dapat dinafikan, banyak sumber makanan dan perikanan yang dahulunya tidak ada harga , kini semakin mahal. Sebagai contoh, jika dahulunya ikan kembong cukup sinonim dengan orang Melayu yang hanya mampu membeli ikan berkenaan disebabkan harganya amat rendah ketika itu. Begitu juga dengan ikan air tawar seperti Puyu, yang dahulunya tiada seorang peraihpun yang hendak membeli. Hendak menyiangpun tiada siapa yang sanggup. Itu belum sebut tentang ikan Haruan.
Namun pada masa sekarang situasinya amat berbeza. Jika penulis hendak membeli ikan Puyu sekarang, penulis perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 14 untuk sekilogram ikan berkenaan. Ini sudah mengalahkan harga ikan siakap.Itupun harga di pasar borong di Selayang. Situasi ini mungkin disebabkan kejayaan usaha kerajaan (menerusi Dasar Ekonomi Baru atau mungkin Dasar Demokrasi Terpimpin)dan pihak berkenaan sendiri yang berjaya meningkatkan taraf hidup golongan menengah Melayu yang memang dari dahulu menggemari hidangan ikan berkenaan. Disebabkan kuasa membeli yang makin tinggi di kalangan orang Melayu serta bekalan yang makin terhad, ianya telah melonjakkan harga hasil perikanan berkenaan.
Kesimpulannya, perubahan ini adalah seiring dengan perubahan zaman dan taraf hidup penduduk di sebuah negara terutama di Malaysia amnya.Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sudah semestinya kita sering mendambakan perubahan ke arah kebaikan.
Wallahualam
Ikan Puyu@MyBancik 2011 |

Ibubapa Sibuk, Anak Sakit Mental
20 Muharram 1433 Hijrah
Berita di akhbar hari ini telah memaparkan bahawa ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak. Sumber telah memetik bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai telah membuat kenyataan bahawa isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.
Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.
Menurutnya lagi memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.
Oleh itu bagi ibu-ibu, bapak-bapak yang bekerja , maka perkara ini perlulah diberikan perhatian bersama agar masalah inidapat dielakkan.Itu belummasuk lagi gelagat ibu bapa yang stress di tempat kerja dan membawa pulang pula gejala tersebut ke rumah.

Ikan Kembong Oh Ikan Kembong
20 Muharram 1433 Hijrah
Peniaga Ali Harun, 43, berkata cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut.
Ali, yang mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah, berkata sebelum ini dia boleh mendapat sehingga 500 kilogram sehari tetapi kini hanya memperoleh 60 kilogram.
"Harga dari peraih RM8.50 menyebabkan kami terpaksa jual RM10. Keuntungan berkurangan tidak seperti sebelum ini kerana pelanggan enggan membeli banyak," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar Jumaat.
Seorang lagi peniaga Ghazali Abdul Rahman, 72, berkata disebabkan harga ikan melambung, ada pelanggan tetapnya terkejut dan mengeluh kerana ia terlalu mahal walaupun bukan pada hari perayaan.
Katanya ada antara pelanggan yang mengetahui situasi semasa harga ikan tidak merungut malah hanya membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnya tetapi dia percaya harga ikan itu akan kembali normal setelah bekalan mencukupi.
Tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar di sini mendapati rata-rata pelanggan membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelum ini yang membeli tiga hingga lima kilogram.
Mohd Khir Hamid, 48, yang sering membeli ikan kembung di Pasar Besar itu, berkata kenaikan harga yang mendadak itu dirasai terutamanya oleh keluarga miskin atau berpendapatan rendah.
Tinjauan di Pasar Pekan Tokai di Pendang pula mendapati rata-rata peniaga terpaksa menjual ikan kembung pada harga RM12 sekilogram disebabkan harga yang dibeli dari peraih terlalu tinggi iaitu RM9.50 sekilogram.
Mohd Khairul Hisham Senaman, 25, berkata hasil jualannya sejak sebulan lalu menurun memandangkan pelanggan mula beralih kepada makanan lain yang lebih murah.
Sumber - BERNAMA
Thursday, December 15, 2011
Jangan Tinggah Jemaah-Nasrudin
20 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.
Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.
‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.
‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.
Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).
Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.
Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.
‘‘Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.’’ katanya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.
Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.
‘‘Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.
‘‘Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,’’ ujarnya.
Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.
‘‘Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,’’ katanya.

Banjir Luar Kebiasaan Di KL - Manusia-Manusia di Malaysia Perlu Bermuhasabah
20 Muharram 1433 Hijrah
Pada 17 Muharram yang lepas iaitu pada hari Selasa yang lalu, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat terutama di sekitar Jalan Semarak dan Jalan Tun Razak. Banjir berkenaan adalah yang terburuk berlaku di mana kawasan yang dahulunya selamat didapati sudah tidak selamat lagi.Penulis turut terkejut ketika melawat ke kawasan berkenaan dan melihat kesan kemusnahan yang berlaku di beberapa tempat berhampitan sungai Bonus.
Antara puncanya ialah limpahan air hujan yang turun lebih daripada kebiasaan. Namun sebagai umat manusia kita perlu menilai dan berfikir kenapakah ianya berlaku?Adakah ini merupakan amaran Yang Maha Esa disebabkan beberapa golongan Manusia di Malaysia ini sudah mula terang terangan melakukan aktiviti yang dilarang oleh Allah dan berani mempersendakan hukumNya. Apakah kita yakin bahawa Malaysia cukup selamat daripada bala bencana seperti di Bangkok , Thailand atau Tsunami?
Dengan itu, kita perlu bermuhasabah dengan beberapa peringatan yang telah diberikan. Sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah untuk mengatasi kekuasaan Allah. Hendaklah kita bekerjasama memberi peringatan kepada manusia-manusia di Malaysia yang lupa akan kebesaran Allah S.W.T. agar sebarang bencana alam dapat dielakkan.

Hentikan Mempersendakan Hukum Allah
20 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR 14 Dis.2011 - Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.
Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak.
''Kita menolak pelaksanaan hudud di Kelantan bukan disebabkan hukum hudud, tetapi disebabkan oleh hudud yang didatangkan dalam bentuk versi sedangkan ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
''Selain itu terdapat kesalahan yang perlu diperbetulkan sebelum hukum ini dilaksanakan. Kita juga tidak kata semua peruntukan dalam enakmen hudud ini salah. Oleh itu, saya minta mereka yang tidak ada ilmu tentang hukum ini supaya jangan bercakap. Akibatnya dari segi akidah amat buruk,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga penggerak utama ulama muda UMNO berkata demikian ketika mengulas rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Youtube yang jelas mencerca hukum ciptaan Allah itu.
Dalam rakaman tersebut terdapat beberapa pelakon termasuk bukan Islam yang membincangkan soal pelaksanaan hudud secara salah hingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.
Fathul Bari berkata, pelaksanaan hukum hudud juga bergantung kepada kesesuaian namun kewajipan untuk melaksanakannya pada satu masa paling sesuai tetap menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam terutama pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari yakin rakaman itu bukan tajaan UMNO sebaliknya oleh pihak tertentu yang sengaja mempermainkan hukum Allah.
''Cuba kita amati ucapan dasar dan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung sebelum ini bagaimana beliau menegaskan bahawa UMNO akan membela kesucian Islam, bangsa dan negara.
''Saya tidak fikir UMNO yang lakukan kerana UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara Islam. Saya percaya ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan umat Islam menjadi resah,'' katanya lagi.
Fathul Bari berkata, beliau terpaksa tampil membuat kenyataan kerana apa yang dipaparkan dalam Youtube itu dari segi hukumnya adalah haram dan wajib diperbetulkan.
Apatah lagi, katanya, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghayati maksud satu hadis Rasulullah riwayat ibnu Majah; ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.''

Isu Air Zam Zam Pulak
19 Muharram 1433Hijrah
KUALA LUMPUR, 15 Dis, 2011- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk melarang penjualan air zam-zam di negara ini.
Beliau berkata sekatan itu tidak dapat dilakukan kerana tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk menyekat mana-mana pihak berbuat demikian di Malaysia.
"Memang air zam-zam percuma di Arab Saudi. Biasanya apabila kita bertanyakan penjual-penjual, itu (harga jualan) adalah atas caj perkhidmatan sebab air itu diangkut balik. Mereka bukan jual air itu tetapi caj membawa air itu dari Arab Saudi.
"Ini bukan kuasa hendak sekat dan sekarang tiada peraturan hendak sekat air itu dijual," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau berkata air zam-zam adalah sumbangan syarikat penerbangan kepada jemaah haji dan ia tidak boleh dihantar lebih awal kerana tidak dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Jika hendak dihantar ke pejabat Tabung Haji (TH) negeri atau daerah, ini akan menjadi tambahan kos dan masa. Oleh itu, majoriti jemaah memilih untuk mengambil air zam-zam sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana mereka mahu tiba di kampung halaman bersama air zam-zam.
"Apa yang pasti, bekalan air zam-zam dari Arab Saudi akan dikeluarkan dari satu sumber atau dari satu syarikat sahaja. Ini kerana kerajaan Arab Saudi mengesan adalah penipuan-penipuan air zam-zam telah dicampur (dengan air lain)," katanya.
Sumber : BERNAMA

Tuesday, December 13, 2011
Saya setia kepada Allah - Hasan Ali
18 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR, 12 Dis , 2011- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.
"Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.
"Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.
Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.
"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.
Kata Hassan sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.
"Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?" tanyanya.
Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.
Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.
Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.
"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.
"Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DUN Hulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.
Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.
"Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.
"Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti," katanya.
Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulasi darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.
Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.
Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: "Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama".
Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam.

Sunday, December 11, 2011
Apabila Pinggan Pecah Hancur Berderai
16 Muharram 1433
Kelmarin, penulis mempunyai peluang untuk meluangkan masa untuk pulang ke kampung. Apabila sampai di kampung , penulis, ibu dan isteri di sebelah malamnya bersedia untuk makan malam.Namun dengan tidak semena-mena pinggan yang diletakkan telor goreng yang baru diangkat dari kuali telah meletup dengan kuat , berkecai dan berderai di atas meja makan, selepas beberapa minit dihidangkan. Ianya berlaku ketika kami semua sedang mula hendak makan. Salalunya jika panaspun ia hanya akan menyebabkan pinggan retak sahaja.Kejadian ini amat pelik kerana ianya hanya melibatkan telur goreng yang tengah panas sahaja. Lainlah jika ianya melibatkan makanan berkuah yang panas.
Ini adalah pengalaman pertama penulis menghadapi keadaan sedemikian.Jika bersikap negatif, penulis mungkin menganggap sesuatu yang buruk sedang berlaku, ataupun sesuatu benda yang tidak baik sedang dilakukan oleh kejahatan makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, arwah ayah penulis pernah mendapat pengalaman yang sama, namun ianya melibatkan gelas yang diisi dengan ais batu ketika minum di kedai makan.
Mungkin ini disebabkan penulis membaca doa-doa yang pernah diajar oleh guru penulis sebelum ini? Ini juga penulis tidak dapat mengesahkan.Penulis hanya mampu berserah kapada Allah S.W.T. yang segalanya lebih Maha mengetahui.
Namun dari segi jika bersikap positif, mungkin agaknya pingan tersebut sudah usang agaknya dan ianya bukan rezeki penulis dan keluarga untuk meneruskan sajian berkenaan.Namun, penulis perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Friday, December 9, 2011
Tidak Menjual Nasihat
14 Muharram 1433 Hijrah
Pada suatu masa dahulu terdapat seorang ulama yang bernama Abdul Rahman Al-Auza'iy. Beliau dilahirkan di kota Syam, Syria pada tahun 88 Hijrah. Dari lahir lagi beliau memegang status anak yatim dan hidup dalam keadaan miskin. Beliau dibesarkan oleh ibunya sehingga dewasa dan kemudian mereka berpindah dan menetap di Beirut, Lubnan sehingga akhir hayatnya pada sekitar tahun 157 Hijrah.
Pada suatu hari, beliau bertemu Khalifah Al Mansur dibawah pemerintahan kerajaan Abbasiah di kota Syam. Beliau mengambil peluang menyampaikan nasihatnya;
"Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya tuan adalah pemegang amanah hati nurani rakyat. Padahal sebelumnya telah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung, namun mereka semua menolaknya. Ingatlah , Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, " Seseorang pemimpin itu ketika menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkannya masuk syurga.".
Wahai Amirul Mukminin, barangsiapa benci terhadap kebenaran, maka bererti dia benci kepada Allah , kerana Allah adalah Zat Yang Maha Benar. Sesungguhnya, seberat-berat amal adalah menegakkan kebenaran, dan semulia-mulianya perbuatan menurut Allah adalah taqwa.
Sesudah memberi nasihatnya, beliau segera beredar untuk pulang. Ketika bersalaman, Khalifah menyelitkan wang sebagai bekalan di perjalanan. Namun begitu, pemberian tersebut ditolak sambil memberi nasihat, "Aku tidak memerlukan wang. Aku tidak akan menjual nasihatku dengan harta benda."
Beliau hidup dalam keadaan sederhana.Diceritakan ketika beliau meninggal dunia, beliau hanya mempunyai harta sebanyak tidak lebih daripada 7 dinar sahaja.
Wallahualam
Sumber : Dipetik dari Himpunan Kisah-kisah Teladan, Syarikat Nurulhas

Wednesday, December 7, 2011
Muzium Kapal Selam di bumi Hang Tuah-KOSMO
12 Muharram 1433 Hijrah
NEGERI ‘Hang Tuah’ tidak pernah jemu dikunjungi pelancong dari dalam negeri mahupun luar negara.
Kota A’Famosa, bangunan Stadthuys, perigi Hang Tuah dan bermacam-macam lagi. Semua itu tidak pernah membosankan walaupun sudah dilawati berkali-kali.
Kali ini Melaka mahu memberi sesuatu yang baharu. Negeri penuh tinggalan sejarah itu menawarkan tarikan baharu dengan pembukaan Muzium Kapal Selam. Muzium ini diselia Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Muzium kapal selam ini menambah lagi koleksi artifak sejarah negeri ini yang sudah mempunyai 23 muzium.
Terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang, pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.
Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.
Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.
Ramai antara kita pernah menyaksikan aksi mencabar seumpama seperti mengangkut kapal atau rumah dari satu tempat menggunakan treler dalam dokumentari Discovery Channel atau National Geographic.
Rekod dunia
Sudah pasti ia antara program yang sangat menyeronokkan.
Jika adapun seperti kapal selam yang dipindahkan ke Surabaya, Indonesia sebenarnya dileraikan kepada dua bahagian sebelum ditempatkan di situ menggunakan kapal laut.
Bagaimanapun, Felda Transport Services Sdn. Bhd. ada cara tersendiri dalam mengangkut kapal selam itu ke Melaka.
Kapal yang beratnya lebih 1,000 tan itu dipindah dan diangkut tanpa dileraikan sekali gus mencipta sejarah dan dipuji pasukan marin Perancis.
Proses itu melibatkan dua buah kren khas yang masing-masing berkeupayaan mengangkat beban 900 tan. Operasi mengalihkan kapal selam dari kapal ‘Jumboship’ ke kapal ponton mengambil masa selama tiga jam.
Ia berukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter manakala 6.5 meter lebar. Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat!
Menyingkap sejarah kapal itu, Agosta 70 digunakan untuk melatih kru pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.
Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia menandatangani satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan wakil Kementerian Pertahanan Perancis, Yves Blanc.
Menariknya, kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport, Zainal Abidin Ujud memberitahu, kerja menaikkan kapal selam itu merupakan pengalaman pertama syarikatnya apabila proses mengalihkan kapal selam itu menggunakan kaedah ‘heavy lift’ yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.
“Kami pada mulanya mahu mencuba kaedah tali balut atau bellishing namun (teknik itu) dianggap tidak sesuai sebelum beralih pada ‘heavy lift’.
“Ini adalah yang pertama di dunia dan kita terpaksa mendapatkan kepakaran jurutera marin dengan melibatkan kajian menyeluruh daripada Universiti Delft, Belanda bagi membuat penilaian mengenai proses mengangkut kapal selam ini.
Trelar 480 tayar
“Ia melibatkan beberapa kepakaran termasuklah ‘salt water Engineering dan Lloyd’ kesemuanya melibatkan kepakaran marin laut,” katanya.
Ujar beliau, meskipun kapal selam itu diperbuat daripada besi, namun ada beberapa bahagian kapal itu rapuh. Petugas pengangkutan perlu berhati-hati ketika operasi mengangkut kapal dilakukan.
“Bayangkanlah kerja itu selesai pukul 6 petang di Pelabuhan Marin Brest, selepas dibawa ke situ dari Rotterdam, pangkalan tentera marin Perancis,” katanya yang turut menyelia dari mula hingga akhir pendaratan di Klebang, Melaka.
Lebih mendebarkan, pukul 9.30 pagi kapal ponton perlu membawa kapal selam terbabit dengan berhati-hati ke jeti sementara di Klebang, Melaka pada 17 November lalu.
Satu lagi cabaran menanti apabila kru terpaksa menempuh perjalanan sejauh 1.8 kilometer untuk ke kawasan lapang Dataran 1Malaysia, Klebang.
Dengan menggunakan treler ‘Multi axle’ yang disewa khas dari Singapura, proses pendaratan penuh mencabar itu selesai dalam tempoh kurang 100 minit.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, operasi membawa kapal selam berkenaan bergerak ke tapaknya dengan bantuan air pasang kerana air pasang membantu kapal ponton terbabit berada sama paras dengan jeti sebelum kapal selam ditarik ke darat.
“Dalam kedudukan satu kilometer dari pesisir pantai jeti sementara, kami meletakkan kapal selam di atas treler 480 tayar yang berada di atas ‘barge’ atau tongkang sebelum ditarik perlahan ke arah jeti sementara sebelum dipindahkan ke darat menggunakan alat kawalan jauh.
Zainal Abidin memberitahu, bagi melancarkan operasi menaikkan kapal ke darat, beberapa plat keluli diletakkan di atas laluan bagi mengelak tanah menjadi mendap.
“Namun semuanya lancar kerana jeti sementara dan laluan yang diwujudkan khas untuk kapal selam memang kukuh,” jelasnya lagi.
Selepas semua proses selesai, kira-kira pukul 4.40 petang, kapal selam itu akhirnya berjaya diletakkan di posisi yang ditetapkan dengan sokongan dua ‘saddle’ atau besi gergasi pada badannya.
Sumber: KOSMO
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

![]() |
KAPAL selam Agosta 70 selamat ditempatkan di Klebang, Melaka.- Gambar-KOSMO |

PELAN pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka-Gambar KOSMO |
“Ini adalah yang pertama di dunia dan kita terpaksa mendapatkan kepakaran jurutera marin dengan melibatkan kajian menyeluruh daripada Universiti Delft, Belanda bagi membuat penilaian mengenai proses mengangkut kapal selam ini.
Trelar 480 tayar
“Ia melibatkan beberapa kepakaran termasuklah ‘salt water Engineering dan Lloyd’ kesemuanya melibatkan kepakaran marin laut,” katanya.
Ujar beliau, meskipun kapal selam itu diperbuat daripada besi, namun ada beberapa bahagian kapal itu rapuh. Petugas pengangkutan perlu berhati-hati ketika operasi mengangkut kapal dilakukan.
“Bayangkanlah kerja itu selesai pukul 6 petang di Pelabuhan Marin Brest, selepas dibawa ke situ dari Rotterdam, pangkalan tentera marin Perancis,” katanya yang turut menyelia dari mula hingga akhir pendaratan di Klebang, Melaka.
Lebih mendebarkan, pukul 9.30 pagi kapal ponton perlu membawa kapal selam terbabit dengan berhati-hati ke jeti sementara di Klebang, Melaka pada 17 November lalu.
Satu lagi cabaran menanti apabila kru terpaksa menempuh perjalanan sejauh 1.8 kilometer untuk ke kawasan lapang Dataran 1Malaysia, Klebang.
Dengan menggunakan treler ‘Multi axle’ yang disewa khas dari Singapura, proses pendaratan penuh mencabar itu selesai dalam tempoh kurang 100 minit.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, operasi membawa kapal selam berkenaan bergerak ke tapaknya dengan bantuan air pasang kerana air pasang membantu kapal ponton terbabit berada sama paras dengan jeti sebelum kapal selam ditarik ke darat.
![]() |
KAPAL selam diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship itu di Melaka-Gambar KOSMO |
“Dalam kedudukan satu kilometer dari pesisir pantai jeti sementara, kami meletakkan kapal selam di atas treler 480 tayar yang berada di atas ‘barge’ atau tongkang sebelum ditarik perlahan ke arah jeti sementara sebelum dipindahkan ke darat menggunakan alat kawalan jauh.
Zainal Abidin memberitahu, bagi melancarkan operasi menaikkan kapal ke darat, beberapa plat keluli diletakkan di atas laluan bagi mengelak tanah menjadi mendap.
“Namun semuanya lancar kerana jeti sementara dan laluan yang diwujudkan khas untuk kapal selam memang kukuh,” jelasnya lagi.
Selepas semua proses selesai, kira-kira pukul 4.40 petang, kapal selam itu akhirnya berjaya diletakkan di posisi yang ditetapkan dengan sokongan dua ‘saddle’ atau besi gergasi pada badannya.
Sumber: KOSMO
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Sunday, December 4, 2011
Ke Mana Perginya Pepatung?
9 Muharram 1433 Hijrah
Dalam penulis menjenguk blog ini, penulis terpandang semula gambar yang penulis gunakan sebagai profile di blog ini. Gambar ini diambil secara sepontan pada masa Hari Raya Aidilfitri lebih kurang 2 tahun lepas semasa beraya di rumah atuk penulis di kampung. Alhamdulillah disebelah emak, penulis masih mempunyai kedua atuk dan tokwan.
Penulis secara tak sengaja tertarik denga pepatung yang sedang hinggap di pokok bunga. Ini mengimbau kenangan penulis semasa zaman kanak-kanak menagkap serangga berkenaan. Penulis hanya menggunakan getah yang terdapat di pokok mempelam/mangga dan menggulungkan getah berkenaan di hujung lidi kelapa.

mailto:Pepatung@MyBancik 2011 |
Dengan perlahan , getah yang telah dipasang pada hujung lidi kelapa ,perlahan dipancing untuk dilekatkan di sayap pepatung berkenaan yang sedang hinggap di pokok-pokok bunga atau dirumput-rumput. Hati penulis ketika kanak-kanak amat puas bila jerat berkenaan mula mengena. Walaupun nampak kejam, nak buat macam mana..kanak-kanaklah katakan...
Namun bila berada di taman perumahan di sekitar lembah kelang, rasanya belum pernah penulis terjumpa berkenaan sama ada di rumah atau di taman permainan. Agaknya suasana di sini agak tercemar berbanding di desa agaknya. Namun begitu, di kampungpun susah nak jumpa seranggan berkenaan berbanding pada zaman yang lampau. Mana agaknya mereka pergi? Atau mereka semakin pupus. Sayang sekali generasi sekarang yang mungkin tidak lagi teruja dalam hal yang sebegini.
Wallahualam.
Saturday, December 3, 2011
Hati-Hati Dengan Keadaan Lebuhraya Plus(PLUS) di Susur Air Keroh
7 Muharram 1433 Hijrah
Pada Isnin lepas, penulis berkunjung ke Melaka atas urusan tertentu. Namun amat mengejutkan apabila sampai ke susur keluar ke Air Keroh dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan(PLUS), penulis tidak menyangka sama sekali akan terlanggar lubang yang agak besar.
Ini kerana penulis selama ini amat yakin dengan kualiti permukaan jalan di lebuhraya berkenaan. Sesungguhnya jangkaan dan persepsi penulis pada kali ini jauh meleset. Terdapat juga lubang yang agak besar di kawasan yang sama ketika menyusur keluar untuk ke arah Kuala Lumpur semula. Dengan itu penulis berharap agar pihak PLUS atau pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera. Ini lebih-lebih lagi kami terpaksa membayar tol untuk menggunakan lebuhraya berkenaan.

Dedah Kemewahan Tetapi Sorokkan Identiti Suami
7 Muharram 1433
Penulis berasa amat tidak faham apabila membaca berita di surat khabar hari ini tentang penjelasan salah seorang bekas penjawat awam utama yang pernah memegang jawatan utama yang menafikan perkahwinan yang mengaitkan beliau dengan seorang artis. Beliau secara jujur menafikan berita berkenaan dan pada masa yang sama artis berkenaan juga menafikan pihak berkenaan adalah suami beliau.Kepada rakan-rakan blog yang menyebarkan berita berkenaan, penulis berharap agar selidiklah dahulu berita berkenaan,.Kalau nak popularpun janganlah kita menyiarkan berita-berita yang boleh mengganggu ketenteraman orang lain. Bayangkan jika orang buat kepada kita pula.Apa perasaan anda?Sesungguhnya jejari anda di PC/Netbook?iPad/iPhone/Galaxi etc..adalah lebih merbahaya daripada bom nuklear.
Apa yang peliknya, kenapa jumlah hantaran yang melebihi RM10 juta diwar-warkan lebih-lebih sedangkan identiti si suami tidak didedahkan. Namun penulis tidak pasti buat masa ini pihak mana yang mendedahkan perihal berkenaan. Namun penulis berpendapat dan sebagai pengajaran, seeloknya ialah identiti pasangan yang perlu diutamakan untuk dihebahkan di media bagi mengelakkan fitnah dan bukannya wang hantaran dan hadiah mewah. Kalau bermadu sekalipun, biarlah dilakukan secara gentlement,apa nak takut. Bukannya disorokkan kerana ianya berpotensi menyusahkan banyak pihak,seperti golongan datuk-datuk dan Tran Sri- Tan Sri. Kalau betul tak ape, masalahnya jika tak betul, tak pasal datuk-datuk dan Tan Sri bermasam muka dengan Datin-Datin dan Puan Sri-Puan Sri. Oleh itu, peace ..no war...

Friday, December 2, 2011
Penghujung Selatan Tanah Besar Asia Terletak Di Malaysia?
Lokasi Terhujung Di Benua Asia@MyBancik 2011 |
Jika anda bercadang untuk bercuti pada musim cuti persekolahan ini, antara tempat yang boleh dipertimbangkan ialah ke taman negara Telok Piai Johor. Ramai tak tahu disini terletaknya tempat yang paling hujung di Benua Asia, Di sini anda boleh menginap di resort yang berdekatan yang berkonsepkan terapung di atas laut.
Penghujung Selatan Benua Asia@MyBancik 2011 |
Oleh itu, jika berpeluang apa salahnya mencuba melawat ke tempat ini. Wallahualam
Thursday, December 1, 2011
Rasis: Muhyiddin Bidas Media Propembangkang
6 Muharram 1433 Hijrah
KUALA LUMPUR 1 Dis.2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar media propembangkang yang menuduh ucapannya pada perasmian persidangan sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 sebagai rasis.
Sebaliknya beliau berkata, kumpulan media terbabit 100 kali lebih rasis kerana mereka tidak pernah mahu memahami mesej disampaikannya di dalam ucapan tersebut iaitu UMNO sanggup berkongsi kuasa bersama kaum lain demi kesejahteraan rakyat dan negara ini.
Kata beliau, berbanding pihak lain, sehingga hari ini tidak ada bukti yang mereka sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa seperti mana dilakukan oleh UMNO dan parti-parti komponen lakukan.
''Sebagai Timbalan Presiden saya telah menyuarakan satu perkara yang bukan luar biasa. Saya pentingkan kesedaran Melayu kerana bagi saya hanya melalui gaya politik UMNO sahaja yang membolehkan orang Melayu bersatu sesama orang Melayu dan orang Melayu bersatu dengan kaum-kaum lain.
''Namun dalam media-media tertentu yang saya juga baca, mereka kata kita rasis tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka 100 kali lebih rasis daripada kita," katanya pada sidang akhbar selepas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Muhyiddin mengulas laporan portal propembangkang kononnya beliau menggunakan isu perkauman bagi memenangi hati rakyat ketika dalam ucapannya kelmarin.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman mikro 'twitter' pula mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ibu segala penipuan dan perkauman.
Dalam perkembangan berkaitan Muhyiddin berkata, berdasarkan pengamatannya, mereka yang terlalu rasis sahaja akan sewenang-wenangnya menuduh pihak lain sebagai rasis.
''Satu perkara yang perlu disebut di sini, isu yang sengaja ditimbulkan itu telah pun kita andaikan. Mereka sebenarnya tidak faham apa maksud rasis. Seperti mana kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO bukan rasis.
''UMNO bukan sebuah parti yang membela nasib satu kaum sahaja tetapi UMNO juga merupakan sebuah parti yang membela nasib semua kaum," katanya.
Justeru, beliau berkata, tidak seharusnya ada pihak yang dengan mudah menuduh tindakan UMNO mempertahankan Melayu sebagai rasis kerana Presiden UMNO dalam ucapannya telah menegaskan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang sanggup berkongsi kuasa dengan kaum lain.
''Walaupun dalam sejarah dahulu dalam satu peringkat UMNO boleh menubuhkan kerajaan sendiri sebagai contoh dalam pilihan raya pertama dahulu tetapi kita tidak berbuat begitu. Kita sanggup berkongsi kuasa.
''Dalam fasa-fasa pilihan raya selepas itu ada satu ketika UMNO mempunyai lebih 51 peratus kerusi dalam Parlimen tetapi kita tetap berkongsi kuasa.
''Ini bukan dibuat sesekali sahaja tetapi sepanjang masa iaitu sejak 54 tahun lalu," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa ucapannya pada malam itu adalah semata-mata mahu memperkukuhkan semula kesedaran di kalangan orang Melayu khususnya di kalangan tiga sayap UMNO supaya lebih fokus iaitu mereka bukan sahaja memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi turut memperjuangkan nasib kaum lain.
Menjawab soalan lain Muhyiddin berkata, UMNO tidak pernah mengharapkan pembangkang memuji parti itu.
''Kita buat betul pun tidak pernah puji dan bagi kita itu biasalah. Sebagai ahli parti dan pejuang dalam UMNO tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada datang daripada parti pembangkang serta media sosial propembangkang, kami akan teruskan (membela rakyat)," katanya.
Sumber: Utusan Online

Tuesday, November 29, 2011
Kapal Selam Mendarat Di Pantai Kelebang, Melaka
Kapal Selam Di Melaka@MyBancik 2011 |
Baru-baru ini media tanahair telah melaporkan bahawa sebuah kapal selam terpakai telah dibawa ke Melaka. Hari ini penulis berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri.. Bahkan ini boleh dikatakan kapal selam pertama yang dinaikkan ke daratan di bumi Malaysia.
Selain daripada itu, penulis juga kagum dengan suasana pantai Kelebang , Melaka yang telah dibangunkan sebagai lagoon.Kali terakhir berkunjung di kawasan ini, kawasan berkenaan baru mula ditambak.Kini suasana kawasan berkenaan pesat membangun dan semakin cantik.
Kehadiran kapal selam terpakai ini amat menarik perhatian orang ramai. Walaupun baru mula didaratkan, orang ramai semakin berpusu-pusu datang. Penulis yakin ianya bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Bayangkan jika 1 juta pelancong setahun yang datang berbelanja sebanyak RM 40 seorang, di Melaka untuk melihat kapal selam ini, maka senang senang aje Melakan mendapat pendapatan sebanyak RM 40 juta.
Kapal Selam di Pantai Kelebang@MyBancik 2011 |
Namun, hari ini juga menjadi sejarah bagi penulis kerana melihat dari dekat bentuk kapal selam berkenaan. Ianya menambah satu lagi koleksi pengalaman bagi penulis.
Wallahualam
Monday, November 28, 2011
Mengapa Terus Menghina Islam ?
3 Muharram 1433 Hijrah
Beberapa hari lepas media di tanahair telah memaparkan segelintar pihak di negara jiran di seberang tambak dengan secara terbuka menghina Islam dan penganutnya.Gejala ini jika tidak dibendung bakal mengundang reaksi tindakbalas walaupun secara senyap. Yang secara senyap itulah yang bakal mengocakkan ketenteraman di rantau ini. Sesungguhnya semua pihak harus ingat bahawa setiap umat Islam mempunyai tahap kesabaran yang tersendiri.
Tidak kurang juga di Malaysia, di mana ada juga pihak-pihak yang mula mempertikaikan setiap amalan umat Islam. Cuba bayangkan apa pula perasaan mereka jika umat Islam mempertikaikan pula budaya mereka? Sudah pasti orang Islam pula akan dituduh sebagai rasis. Yang sedihnya ada pula segelintir dikalangan umat Islam sendiri memuja golongan berkenaan kerana kuasa politik. Mungkin undi umat Islam di negara ini sudah tidak diperlukan lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)