Jom Follow.....

Monday, May 28, 2012

Bas No 13 Vs Bas No 707

7 Rejab 1433

Pada hari Sabtu lalu penulis dan keluarga mengambil keputusan berkunjung ke Singapura. Ketika dalam perjalanan menguruskan tiket ke Universal Studio melalui sebuah agensi pelancongan di Larkin Sentral, penulis terdengar salah satu siaran radio berbahasa Melayu Singapura. Kebetulan tersiarnya sebuah lagu yang seingat penulis menjadi siulan pada zaman kanak-kanak yang dinyanyikan oleh M Nasir bersama kumpulan Kembara iaitu lagu yang berjudul Bas Nombor 13.

Penulis bergurau dengan anak-anak penulis bahawa kita akan menaiki Bas No 13. Tersiarnya lagu berkenaan menyebabkan penulis berfikir apa yang cuba disampaikan oleh M Nasir ketika itu. Dan yang lebih utama M Nasir sendiri sudah berhijrah dan menjadi rakyat Malaysia. Sejarah telah mencatatkan bahawa Singapura pada zaman lampau pernah menjadi salah sebuah negeri dalam Malaysia.

Namun penulis rasa mustahil untuk mencari bas berkenaan kerana destinasi penulis bukan ke sana. Namun lirik lagu berkenaan amat menyentuh hati penulis dan penulis hanya  masuk ke sana menerusi bas bernombor 707 dari Larkin pada hari ahadnya.Namun begitu ini adalah kali kedua penulis ke Singapura. Pada Februari lalu , penulis berkunjung ke sana atas urusan lawatan akademik.

Apapun hanya M Nasir yang boleh memberi penjelasan atas maksud tersirat lirik lagu yang dicoretkannya berpuluh tahun yang lampau. Mungkin Pak Dolah yang dimaksudkannya sudah tiada lagi di atas muka bumi di sana. Mungkin jika ada rezeki dan panjang umur , penulis akan cuba mencari dan menaiki sendiri bas bernombor 13 dan membawa penulis ke Geylang Serai.

Wallahualam

2 comments:

  1. saya suka cara penulisan bancik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Datanglah berkunjung selalu..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...