Jom Follow.....

Monday, March 25, 2013

Mati Didera Ibu Tiri

14 Jamadilawal 1434

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati, disyaki didera ibu tirinya, di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan kanak-kanak malang itu, yang dihantar bapanya ke Hospital Tumpat untuk rawatan awal.

Mangsa, Ummi Amilia Azman, kemudiannya dipindah ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Isnin.

Mazlan berkata mangsa, anak seorang peniaga sate ikan yang berusia 32 tahun dan tinggal bersama ibu tirinya di kampung itu.

Beliau berkata pihak hospital membuat laporan polis pada hari sama berikutan terdapat kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu, dipercayai akibat didera.

Mazlan berkata polis kemudian menahan bapa mangsa dan ibu tirinya pada 6 petang bagi membantu siasatan polis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...