Jom Follow.....

Saturday, March 30, 2013

Kekecohan Semasa PRU-13 Tidak Untungkan Negara

19 Jamadilawal 1434

Sebarang usaha untuk menimbulkan kekecohan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti tidak berbaloi dan tidak menguntungkan rakyat, demikian pendapat beberapa ahli akademik.

Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling berkata taktik seumpama itu semata-mata untuk meraih kuasa tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak.

"Sebarang cetusan idea untuk menghuru-harakan perjalanan PRU-13 boleh menjurus kepada budaya politik tidak sihat, sekali gus menggugat kestabilan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau memberikan contoh ketidakstabilan yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah akibat kekecohan berpanjangan.

Beliau mengulas tentang apa yang didakwa sebagai manual sebuah parti politik yang tersiar dalam sebuah laman blog, dilihat seolah-olah sebagai strategi untuk mewujudkan suasana huru-hara pada pilihan raya umum nanti.

Di peringkat pertama, manual itu merujuk kepada usaha mewujudkan kekecohan di pusat mengundi.

Ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:

* membuat pengundi berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan pusat mengundi

* pengundi bertindak melakukan kekecohan

* mewujudkan perasaan benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

* protes oleh ejen di tempat mengundi

* mewujudkan keadaan pengundi beratur panjang sehingga keadaan tidak dapat dikawal

* memberi tekanan berterusan kepada kakitangan di pusat mengundi.

Bagi 'manual' peringkat kedua, parti berkenaan dikatakan menggunakan media sosial seperti Twitter untuk membangkitkan kemarahan pengundi dengan penggunaan hashtag tertentu.

Selain itu, parti politik itu dikatakan merancang mewujudkan 'nukleus kekecohan' di beberapa kawasan Parlimen.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...