Jom Follow.....

Monday, March 25, 2013

Aset Pertahanan Baru Untuk Sabah

14 Jamadilawal 1434

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akan ada pembelian aset pertahanan baru untuk memperkuatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Katanya, pembelian aset baru itu ada hubungan dengan penghantaran empat batalion tentera darat ke Sabah untuk memperkasa ESSZONE.

Pembelian itu akan diumumkan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-13 pada Khamis ini, katanya.

"Saya akan umumkan pembelian baru aset, pada 28 Mac dan ketika itu ada senarai yang akan saya umumkan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis makan tengah hari bersama media dan pegawai tentera laut di atas kapal perang KD Kelantan yang berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan aset yang akan dibeli itu.

Zahid memberi jaminan bahawa Langkawi yang menjadi pusat tumpuan masyarakat tempatan dan antarabangsa sempena LIMA adalah selamat walaupun negara masih berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...