Jom Follow.....

Wednesday, March 27, 2013

Jatuhnya Air Mata Perajurit

16 Jamadilawal 1434

Akhir-akhir ini seolah-olah jejari ini kaku untuk melakarkan coretan di blog. Ini kerana emosi agak terganggu dengan isu-isu keselamatan negara. Yang lebih menikam kalbu ialah tragedi di Lahat Datu. Emosi terganggu bilamana melihat, kanak-kanak kecil kehilangan ayah kerana mempertahankan negara. Bancik amat faham kesedihan mereka kerana Bancik juga pernah menjadi anak yatim.

Lebih mencengkam jiwa bila mana ada pihak yang seolah-olah memperlekehkan usaha perajurit berkenaan. Kalau nak berpolitik tu , agak-agaklah sikit. Jangan main ikut sedap mulut aje. Kalau tak dapat membantu atau memuji , janganlah pula menghina. Ini soal keselamatan negara. Walaupun Sabah jauh di sana, namun bagi Bancik, Sabah ialah Malaysia dan Malaysia itu adalah Sabah. Sungguh amat pilu bila melihat gambar beberapa anggota perajurit menitiskan air mata pada beberapa hari lepas di akhbar-akhbar.Mungkin mengenangkan rakan-rakan mereka yang telah terkorban dan mungkin juga atas penghinaan yang mereka terima.

Kepada rakyat Malaysia semua, marilah kita bersatu dalam hal melibatkan kedaulatan. Kalau tak mahu juga, maka Bancik rasa mereka yang berkenaan mungkin tidak sesuai jadi rakyat Malaysia. Janganlah kita menyesal akan kehilangan maruah pada suatu hari nanti. Samalah kita lahirkan kesedaran agar dapat kita mempertahankan sebelum kita kehilangannya..

Wallahualam



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...