Jom Follow.....

Friday, March 8, 2013

Berhati-hati Buat Kenyataan Atau Laporan Pencerobohan Lahad Datu

25 Rabiulakhir 1434

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Beliau berkata sebaiknya perkara itu diserahkan kepada jurucakap kerajaan yang berada di lapangan yang lebih mengetahui dan mempunyai sumber maklumat tepat mengenai kejadian itu.

"Sepatutnya hal sebegitu tidak boleh dipandang mudah kerana ini soal keselamatan negara. Kita tahu hal yang berlaku di Lahad Datu dan juga kawasan di Sabah itu sesuatu yang amat serius dan mengkibatkan banyak nyawa terkorban.

"Di peringkat di mana pasukan keselamatan sedang berhadapan hal sebegini, kita harap tidak ada pihak yang secara sewenang-wenangnya sama ada dalam bentuk media sosial atau cara bagaimana mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia lebih berautoritatif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Literasi peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai 'lambakan' laporan dalam media sosial dan blog mengenai pencerobohan di Lahad Datu yang mungkin mengandungi maklumat tidak benar yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat dan boleh memberikan kesan terhadap operasi pasukan keselamatan di sana.

Katanya, sebarang kenyataan atau laporan yang hendak dikeluarkan mengenai kejadian itu tidak boleh dibuat secara rambang apatah lagi ia menyentuh soal keselamatan dan kedaulatan negara.

Katanya, seharusnya pengamal-pengamal media baharu dan blogger menunggu atau merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan memastikan kesahihan sesuatu laporan itu sebelum mengeluarkannya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...