Jom Follow.....

Thursday, September 8, 2011

Muak Dengan Politik Tidak Berkesudahan

Aku semakin muak dengan politik yang tidak berkesudahan di Malaysia. Masing-masing nak tunjuk hebat, kononnya mereka-mereka mendapat sokongan rakyat. Kalau mereka yakin mendapat sokongan kenapa melalak melalut sana sini? Kurangkanlah bercakap kerana jikalau kita makin banyak bercakap makin banyak pula yang silap. Bila dah silap bercakap maka susahlah pula nak tarik balik dek kerana ego dan sebagainya.

Kenapa sesama saudara sering hendak bermusuhan dan bercakaran ? Adalah lebih baik kita mengeratkan tali silaturrahim sesama Islam. Jika tidak mahu bersatu atau bersaudara atas dasar kebangsaan atau kemelayuan, setidak-tidaknya bersatulah pada jalan Allah dan jauhilah perpecahan dan persengketaan. Kenapa asyik menunding jari menyalahkan pihak lain jika kita ditimpa musibah tertentu? Kenapa kita tidak bermuhasabah diri kita atas kelemahan kita?Kenapa nak angkat musuh Islam sebagai rakan karib oleh kerana salah faham, perbezaan pendapat  dan dendam sesama saudara seagama sebelum ini? Sedangkan salam persahabatan yang dihulurkan oleh sesama muslim ditolak mentah-mentah.

Bersatulah kita semua dan kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah agar kita semua mendapat keredhaan Ilahi. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara.

Wallahualam.

2 comments:

  1. Muni pon..s abis dgn mrka y gila kuasa

    ReplyDelete
  2. itu lah yang akan jadi apabila politik di pisahkan dari agama....segala perkara di dunia dari apa sudut sekali pun apabila di pisahkan dari agama maka akan terdapat cacat cela nya benda itu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...