Jom Follow.....

Sunday, September 4, 2011

Komunis Tetap Musuh Islam- Datuk Harun Taib

Penulis berasa teramat bersyukur atas kenyataan seorang hamba Allah yang merupakan Ketua Dewan Ulama sebuah parti politik kedua terbesar di Malaysia dari kalangan umat Islam. Ianya seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia pada hari ini :


KUALA TERENGGANU 4 Sept. - Setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, ideologi yang diperjuangkan itu tetap tidak akan 'mati' walaupun sudah terjalin perjanjian damai antara dua pihak yang bertelagah.

"Apa saja ideologi 'songsang' termasuk komunis bukan datang daripada Allah kerana ia atheis ataupun tiada tuhan untuk mereka sembah.

"Selagi mereka ini tak terima Islam sebagai agama, mereka tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun berkata demikian secara berhati-hati dan 'berlapik' ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan dikaitkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Berkenaan.

"Saya tak mahu komen pasal itu, saya hormati beliau sebagai Timbalan Presiden Pas, jangan kaitkan saya dengan kenyataan beliau itu," jelasnya.

Sumber-Utusan Malaysia.
P/s : Penulis keluarkan nama pihak yang dikaitkan dalam hal yang negatif dalam isu berkenaan. Cuma mengekalkan nama pihak yang bersikap positif.

Semoga isu ini dihentikan oleh pihak yang berkenaan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh salah seorang yang amat berpengaruh didalam organisasi berkenaan. Sudah-sudahlah, jangan dicanangkan lagi untuk menegakkan benang yang basah. Penulis akan tabik hormat mana-mana yang berlapang dada dan mengakui kesilapan jika tersalah cakap.

Adalah lebih baik jika tenaga dan kudrat yang kita ada digunakan bagi memajukan umat dan meningkatkan persaudaraan sesama kita.Wallahualam..

4 comments:

  1. betul tu bro...sokong dengan nota bro tu...

    ReplyDelete
  2. sokong tulisan bro...tapi perlu juga ditekankan fahaman kebangsaan yang melampau juga boleh menjurus kepada ketaksuban dan bangga diri dan akhirnya boleh menyebabkan kita tergelincir dari landasan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...