Jom Follow.....

Thursday, September 1, 2011

Kematian Di Jalan Raya : Kerajaan Digesa Tingkatkan Kualiti Jalan Raya

Saban hari pada sambutan Aidilfitri pada kali ini menunjukkan kes kemalangan maut yang tidak berkesudahan. Kementerian yang bertanggungjawab seolah sudah berputus asa apabila melihat kes kemalangan maut yang seolah tidak  berkesudahan.

Pelbagai kempen telah dilakukan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran pengguna tentang betapa pentingnya sikap berhati-hati ketika di jalan raya.Ini sudah tentu melibatkan kos yang banyak apabila setiap kali kempen terpaksa dilancarkan. Namun kesan atau keberkesanannya masih belum menampakkan hasil walaupun sebuah institut juga telah ditubuhkan untuk mengkaji aspek keselamatan di jalan raya.

Namun begitu penulis mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa kemalangan maut disebabkan faktor kualiti jalan raya yang ada di Malaysia terutama bukan di lebuhraya di mana kadar penyelengaraannya amat rendah. Kadangkala, bila sebaik sahaja selesai jalan raya baru diturap dengan cantik, masa itulah pula ada pihak yang hendak mengorek semula jalan yang baru diturap tersebut.

Kadangkala, proses penurapan juga tidak dilakukan dengan baik yang mana ianya mungkin menyebabkan jalan berkenaan cepat berlubang. Kebanyakan kemalangan berlaku juga disebabkan pemandu ingin mengelakkan lubang-lubang di jalan raya. Penulis yakin, tidak semua orang hendak mati dengan mudah terutamanya di jalan raya. Mungkin kini tibalah masanya pihak berkenaan melihat pula dari segi kualiti jalan raya yang kita ada sebagai punca utama kemalangan maut. Wang yang digunakan bagi menggerakkan kempen seharusnya pula disalurkan bagi meningkatkan atau menambahbaikkan kualiti jalan raya.

Mungkin faktor ini adalah penyumbang secara tidak langsung. Sebagai contoh, apabila jalan berlopak atau berlubang, kos penyelenggaraan tayar makin meningkat. Kadangkala, pemandu yang telah terlanggar lopak tidak perasan bahawa bahagian tayar di sebelah dalam kenderaan telah terhakis dengan cepat secara dengan perlahan tanpa disedari, akibat ketidak seimbangan tayar.Rata-rata pemandu hanya dinasihatkan agar membuat "servis" di bahagian engin sahaja dan tidak ditekankan pada bahagian tayar. Jika keadaan ini tidak disedari, peluang kemalangan akan berlaku amat tinggi apabila tayar pancit ketika memandu dalam keadaan yang agak laju.

Justeru itu, penulis mengutarakan cadangan ini agar dapat kita semua renung-renungkan bersama. Jika sesuatu inisiatif yang telah dijalankan berkali-kali tetap gagal, kenapa tidak kita mencuba inisiatif lain?

Fikir-fikirkan....

2 comments:

  1. rasanya faktor "kesedaran diri pengguna jalan raya" itu sendiri perlu diberi keutamaan...kalau pemanduan dengan berhemah pastinya kemalangan boleh di kurangkan...

    ReplyDelete
  2. faktor kerjasama antara pengguna jalan raya pun perlu jugak.....
    takdelah sampai penting kan diri sendiri...
    kadang2 tu diorang seakan berlumba2 tapi perlu nak fikir pasal pengguna lain...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...