Jom Follow.....

Monday, September 5, 2011

Biarlah Urusan-urusan Tertentu Ditadbir Oleh Yang Ahlinya(Pakar)

Penulis bertekat ini adalah entri terakhir penulis untuk memberi komen isu kontroversi terkini berkenaan sejarah Bukit Kepong di dalam blog ini. Utusan Malaysia pada hari ini telah memetik bahawa timbalan presiden sebuah parti berkenaan yang telah menimbulkan kontroversi itu, telah menggunakan buku  Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 bagi menyokong kenyataannya. Namun laporan di akhbar berkenaan menyatakan bahawa kandungan  buku tersebut  tidak menyatakan pihak yang disanjungnya sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya individu tersebut. Menurut akhbar berkenaan:
Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa "beliau-timbalan presiden parti berkenaan" tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.
"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.
"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya"individu berkenaan" yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Sebagai mengakhiri kupasan isu ini di blog ini, penulis berpendapat biarlah urusan tertentu dijalankan oleh ahli-ahlinya. Jika nak berlaku juga, penulis kenalah terima hakikat dan redha bahawa ianya merupakan salah satu tanda bahawa kiamat semakin hampir.


Wallahualam.

4 comments:

  1. isu ini sgt hangat diperkatakan skrg ni.. mcm2 kan...
    btw, nk tanya, pernha tukar nama blog tak?

    ReplyDelete
  2. yep.... saya baru tukar nama blog.. masalah yg dihadapi, dia tak update latest entry... kawan saya kata tak update latest entry...
    memerlukan masa ker?

    ReplyDelete
  3. ohh .. saya ni bukan apa... risau tgk kat blog list tak update terkini entry saya... mmg sgt risau jadinya..
    huhuhu....
    almaklum nk kekalkan viewer.... btw, thx ya..
    mean mmg update lambat lah ea.. bukan ada apa2 effect yg mungkin akn menjejaskan pengunjung saya..

    ReplyDelete
  4. salam saudara...
    kata Imam al-Ghazali "Amal tanpa ilmu itu namanya Gila"..

    jadi kalau kita nak buat atau bercakap mengenai sesuatu perkara biarlah kita bercakap berasaskan ilmu dan fakta bukannya mengikut emosi semata-mata...

    harap2 si timbalan presiden itu jadilah seorang umat Islam yang berbangsa Melayu & berwarganegara Malaysia yg mempunyai Emotional Intelligence & bukan berotak udang.

    wallahu'alam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...