Jom Follow.....

Friday, September 23, 2011

Benarkan Sahaja Hudud Dilaksanakan Di Kelantan

Cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan Kelantan baru-baru ini agar Hudud dilaksanakan telah menarik perhatian penulis. Beliau sebelum ini meminta Menteri Besar Kelantan memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan belieu tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

Tambah beliau,"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakannya(hudud)? Pi la tanya Najib(Perdana Menteri sekarang), kot dia nak bagi..ni dia(Menteri Besar) dok salahkan saya kononnya pasai saya, tak dapat laksana hukum berkenaan".

Namun begitu, menurut mStar hari ini "Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan boleh disekat dengan adanya Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1995 pindaan (1984) yang mengehadkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri.

Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz, di bawah akta ini mana-mana kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman denda kurang daripada RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali boleh disekat dengan menggunakan akta berkenaan.

“Dalam kes ini, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan selagi akta ini wujud. Akta ini diluluskan oleh Parlimen, jadi mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan akta ini akan terbatal secara sendirinya.

“Berdasarkan jadual 9, senarai 2, butiran 1 Perlembagaan Persekutuan ia memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk menetapkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga pakar perlembagaan berkata, sekiranya kerajaan Kelantan masih mahu melaksanakan hukum hudud mereka perlu memohon kepada Parlimen untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

“Jika di lihat daripada sudut perundangan kerajaan Kelantan memang tidak boleh laksanakan hudud, kerana badan perundangan negeri tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.
“Hukum hudud juga termasuk di bawah akta ini. Justeru, adalah lebih baik untuk kerajaan negeri merujuk kepada pakar undang-undang terlebih dahulu sebelum mereka mahu melaksanakannya,” katanya."

Penulis berpendapat sudah tibalah hukum berkenaan dibiarkan agar dilaksanakan di negeri berkenaan. Lagipun jumlah komposisi penduduk berkenaan hampir keseluruhannya beragama Islam dan bidang kuasa agama adalah terletak di pihak kerajaan negeri. Bagi kerajaan persekutuan yang diketuai UMNO, biarlah dan janganlah dihalangi usaha Pas di Kelantan untuk melaksanakan hukum berkenaan. Buat sahaja kenyataan "Itu bidang kuasa kerajaan negeri". Langkah berani ini perlu dilakukan memandangkan akta ISApun kerajaan sudah berani nak hapuskan. Lagipun isu hukum ini telah menjadi halangan utama perpaduan di antara dua parti politik yang berteraskan Agama Islam dan Kaum Melayu. Kerajaan pusat dan BN pula sebaliknya lebih fokus kepada usaha menaikkan pendapatan rakyat dan menyelesaikan masalah negara yang lebih besar serta meningkatkan perpaduan sesama parti dan parti komponen sekarang. Biarkan Pas dan Pakatan pembangkang nak lakukan inisiatif berkenaan, walaupun mereka sedang bercakaran di media-media sekarang ini.

Jika ini dapat dilakukan, penulis percaya ianya akan memberi demensi baru dalam segi sikap berpolitik dikalangan orang Melayu yang mewakili etnik majoriti di negara ini. Namun penulis juga berharap pusingan 360 darjah ini  tidak berpusing sekali lagi apabila selepas tamatnya pilihanraya umum akan datang nanti.Ini kerana pada Muktamar Pas sebelum ini, resolusi hukum berkenaan seolah-olah sudah terkubur dan digantikan dengan istilah berkebajikan. Namun sebagai umat Islam, penulis bersyukur dengan perubahan mendadak ini dan semoga adanya Istiqamah selepas ini dan bukannya hanya bermusim. Namun, kita tunggu dan lihat babak-babak seterusnya.

Wallahualam

4 comments:

  1. kedua-dua belah pihak sekarang ni 'takut' kepada rakan sekutu politik masing2 mengenai hudud ni...walaupun TGNA bersuara tetapi ia seperti tidak menjadi dasar PAS sebab hendak menjaga hati rakan dlm pakatan...boleh cakap saja nak buat hudud...sama le dgn sebelah yang satu lagi...terus bagi mcm2 alasan...tapi saya bersetuju dgn pendapat Dr. MAZA mengenai hal ini...kita perlu cari masa itu...banyak lagi yang wajib kita umat Islam dinegara ini lakukan dan tegakkan...

    ReplyDelete
  2. pasal duit burn tu... cadangannya...
    jgn klik iklan yg sama...
    at y nffng detect..
    so lepas ni saya akn klik iklan yg tak pernh klik.
    thx yup....
    sama2 maju utk blog.

    ReplyDelete
  3. sebab tak ikut hukuman yang islam anjrknlah terlalu banyak jenayah yang berlku kat negara kita ni. kekadang nak jalan sorg2 pun rasa tak selamat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...