Jom Follow.....

Friday, October 26, 2012

Muhammad Haq Bin Idris

10 Zulhijjah 1433

Hati Bancik tersentuh apabila tertonton sebuah drama terbitan TV3 sebentar tadi. Ianya mengisahkan seorang kaya yang bernama Haji Abdullah , lakonan Eizlan Yusof dan seorang tukang kasut bernama Muhammad Haq bin Idris lakonan Fahrin Ahmad dalam drama berjudul Lambaian Baitullah.

Haji Abdullah sering bermimpi terdengar suatu suara yang menyebut seseorang yang bernama tertentu yang hajinya diterima. Malangnya nama tersebut terlindung ketika beliau tersedar dari mimpinya. Namun setelah terganggu dengan mimpi tersebut , beliau menyangka beliaulah yang dimaksudkan memandangkan beliau adalah seorang yang pemurah dan dermawan. Namun malangnya tanpa beliau sedari bahawa derma dan kebaikan yang dilakukan itu atas tujuan menunjuk-nunjuk.

Akhirnya pada mimpi yang terakhir, beliau mendengar nama seseorang yang bernama Muhammad Haq Bin Idrislah yang sebenarnya yang dimaksudkan.Lebih mengejutkan bahawa Muhammad Haq hanyalah seorang tukang kasut yang belum pernah menunaikan ibadah haji berbanding dengan Haji Abdullah yang berkali-kali telah ke tanah suci.

Haji Abdullah meminta Muhammad Haq menceritakan kisah kehidupannya untuk mengkaji maksud mimpi yang sering menghantui dirinya. Rupa-rupanya Muhammad Haq telah terpaksa membatalkan hasrat beliau menunaikan haji kerana terpaksa membantu seorang nenek dan dua anak yatim yang mana ibu mereka dalam keadaan sakit tenat. Cerita berkenaan menyebabkan Haji Abdullah bertaubat dan cuba membawa Muhammad Haq ke tanah suci. Namun di akhir cerita, hasrat berkenaan tidak kesampaian kerana muhammad Haq meninggal dunia.

Bancik menghargai dan mengucapkan tahniah penerbitan drama seperti ini. Semoga lebih ramai penerbit-penerbit yang menyediakan jalan cerita seperti ini bagi mengimbangi cerita-cerita yang penuh dengan genre tahyol, hantu, berunsur dendam , khianat seperti sinetron yang kurang baik dan sebagainya. Masanya sudah tiba untuk para penerbit menghasilkan drama-drama atau filem-filem seperti ini.

Wallahualam



2 comments:

  1. Saya menonton cerita. ..diselang seli bersama alunan zikirnya yg sungguh indah membuatkan air mata saya turut mengalir

    ReplyDelete
  2. Benar, Jalan ceritanya yang menusuk kalbu dan alunan zikir yang syahdu sedikit sebanyak melembutkan hati..wallahualam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...