Jom Follow.....

Saturday, October 6, 2012

Hypp TV Perkenal Dua Saluran Sukan Untuk Pelanggan, Saingi Astro

21 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 6 Okt,201- Pelanggan HyppTV, perkhidmatan televisyen berbayar Telekom Malaysia Bhd (TM), kini boleh menikmati liputan sukan secara langsung dengan pengenalan dua saluran sukan baru, iaitu HyppSports HD Channel (Saluran 174) dan FOX Football Channel (Saluran 173).

Naib Presiden Eksekutif HyyppTV New Media Jeremy Kung berkata peminat sukan Malaysia kini boleh menonton liputan terkini di kedua-dua saluran selain mengikuti di saluran sedia ada seperti MUTV, Trace Sports HD dan HyppExtreme HD, yang bakal bersiaran menerusi UniFi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM.

"Kami berbangga mengumumkan buat pertama kali bagi perkhidmatan televisyen berbayar di Malaysia, peminat boleh menikmati empat perlawanan langsung Kejohanan Liga UEFA dan Liga Eropah UEFA menerusi HyppSports HD dan saluran sukan lain, secara serentak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran saluran itu di sini Sabtu.

Hyppsports HD Channel, yang merupakan usaha sama TM dan saluran sukan 24-jam Pan Asian, iaitu All Sports Network (ASN), akan memaparkan pelbagai acara sukan berkualiti Amerika seperti Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Liga Hoki Nasional (NHL).

Mengulas kerjasama dengan TM, Ketua Pegawai Eksekutif ASN Thomas Kressner berkata pihaknya gembira bekerja dengan HyppTV kerana ia membolehkan mereka menawarkan saluran penuh kepada penonton Malaysia buat pertama kali.

"Menerusi kerjasama dengan TM, liputan kami kini diperluas kepada 15 pasaran di seluruh rantau Asia, dan kami berharap untuk berkembang bersama HyppTV bagi memenuhi penawaran kandungan yang kian meningkat selain memenuhi selera pelanggan yang mahukan aksi sukan berkualiti," katanya.

Sementara itu, FOX Football Channel merupakan saluran tanpa henti yang memaparkan antara liga bola sepak terbaik di dunia seperti LaLiga BBVA Sepanyol, Eredevisie Belanda, Liga Perdana Rusia dan Divisyen Primera Argentina.

Selain itu, peminat kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Manchester City, kini boleh menikmati program dari ChelseaTV dan CityTV di saluran tersebut.

Maklumat lanjut :BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...