Pilu dan tumpang gembira apabila melihat saudara seagama yang telah mendapat peluang mengerjakan haji pada tahun ini. Di sudut hati ini hanya mampu berazam untuk ke sana suatu hari nanti. Moga Allah S.W.T mendengar rintihan di sanubari ini. Bukan mudah untuk ke sana pada masa kini. Bilangan yang mendaftar beratus ribu, tetapi qouta haji cuma tak seberapa. Tapi penulis redha, mungkin Allah S.W.T mahukan penulis menuntut ilmu terlebih dahulu dalam selok belok mengerjakan haji agar penulis benar-benar sedia bila tiba masanya nanti.
Kepada sahabat-sahabat yang masih belum mendaftar, eloklah mendaftar dengan Tabung Haji dari sekarang.Lebih-lebih lagi kerajaan, tak silap penulis telah meluluskan dalam Bajet 2012 baru-baru ini untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sejumlah wang daripada KWSP sebagai wang pendahuluan mendaftar untuk ke haji.
Namun penulis berharap agar, kerajaan akan membenarkan sejumlah pengeluaran wang untuk membolehkan terus pencarum mencukupkan jumlah wang untuk menunaikan haji. Ini membolehkan pencarum dapat merasa wang simpanan mereka di tabung berkenaan(KWSP) untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima.Kalau boleh, linkkan terus pendaftaran mereka dengan Tabung Haji apabila pencarum mendaftar di KWSP untuk tujuan haji. Kepada yang telah dapat pangilan haji pada tahun ini, penulis mengucapkan tahniah dan semoga mendapat haji yang mabrur.
Wallahualam
Jom Follow.....
Sunday, October 9, 2011
Friday, October 7, 2011
Balada Warga Tua : Di Luar Kemampuan Ku
Penulis dengan ini menyeru pimpinan Baitulmal di negeri-negeri berusaha mewujudkan pusat sedemikian di setiap negeri. Kalau ramai dari golongan yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup mendesak dan berpiket untuk menuntut pilihanraya yang adil, kenapa tiada pihak yang sanggup bersuara memperjuangkan serta mendesak dalam isu yang berkenaan? Apakah membiarkan warga tua dan tidak berupaya menghabiskan usia mereka di pusat-pusat penjagaan bukan Islam adalah suatu tindakan bijak? Aktiviti di akhir tua mereka sepatutnya diisi dengan penghayatan Islam yang lebih baik dan dibimbing oleh penjaga yang beriman. Kita telah mempunyai NGO-NGO Islam di negara ini, tetapi (maaf dengan izin) bilangan mereka masih lagi bagaikan buih-buih di lautan. Kita masih suka berpolitik yang tidak berkesudahan, berbalah dalam bab yang remeh temeh serta nak ubah sejarah ikut nafsu masing-masing sedangkan golongan yang sepatutnya dibela terus terbiar.
Hati penulis tersentuh bila mendengar ada di kalangan anak-anak menghantar ibu atau bapa mereka ke rumah berkenaan, tetapi terus tidak menjenguk sehingga ibu atau bapa mereka meninggal dunia di rumah penjagaan berkenaan. Akhirnya akibat terlalu kecewa si ibu mengatakan bahawa dia tidak mempunyai anak.Mungkin ibu atau bapa mereka tidak mempunyai harta atau kudrat lagi yang boleh membahagiakan anak-anak lagi, menyebabkan mereka diabai.Dahlah tidak berharta, tenaga nak disumbangkan menjaga cucu pula sudah tiada lagi. Teringat penulis akan lagu dendangan kumpulan UK's untuk renungan bersama :
Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana 'kan lebih bermakna
Suasana akan lebih bermakna jika di akhir usia anak-anak ada bersama.
Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Dulunya anak-anak mungkin pernah berjanji untuk menjaga ibu dan bapa bila berjaya......Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini
Kini anak-anak mungkin malu serta berasa kesusahan dengan kedaifan dan kemiskinan serta kudrat yang tiada lagi oleh orang-orang tua mereka.
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
KU mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu
Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
Satu nyawa, satu cinta
Harapan mereka.... namun mereka cuma ada satu jasad , satu nyawa, satu cinta...
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan
Anak-anak berhak tentukan, namun tiba masanya mereka pasti akan menempuhi zaman tua....
| Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Foto oleh myBancik 2011 |
Semalam penulis telah menyertai program kemasyarakatan di Rumah Jagaan & Rawatan Warga Al-Ikhlas Tua di Kampung Pulau Meranti Puchong, Selangor. Rumah ini dipercayai yang pertama dan hanya setakat ini dilaksanakan oleh orang Islam dan dijalankan secara sukarela oleh seorang wanita Islam bersemangat Waja . Alhamdulilah, Allah S.W.T telah mengutuskan wanita berkenaan menyahut seruan fardhu kifayah ini. Kebanyakan rumah-rumah kebajikan seperti ini dijalankan oleh golongan bukan Islam di negara. Realiti seperti ini menuntut agar umat Islam bersatu untuk mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan buat warga tua kurang berupaya, miskin dan tidak berwaris. Janganlah kita berfikiran negatif bahawa kewujudan rumah-rumah berkenaan akan menyebabkan ada pihak di kalangan waris akan mula lepas tangan.
Penulis dengan ini menyeru pimpinan Baitulmal di negeri-negeri berusaha mewujudkan pusat sedemikian di setiap negeri. Kalau ramai dari golongan yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup mendesak dan berpiket untuk menuntut pilihanraya yang adil, kenapa tiada pihak yang sanggup bersuara memperjuangkan serta mendesak dalam isu yang berkenaan? Apakah membiarkan warga tua dan tidak berupaya menghabiskan usia mereka di pusat-pusat penjagaan bukan Islam adalah suatu tindakan bijak? Aktiviti di akhir tua mereka sepatutnya diisi dengan penghayatan Islam yang lebih baik dan dibimbing oleh penjaga yang beriman. Kita telah mempunyai NGO-NGO Islam di negara ini, tetapi (maaf dengan izin) bilangan mereka masih lagi bagaikan buih-buih di lautan. Kita masih suka berpolitik yang tidak berkesudahan, berbalah dalam bab yang remeh temeh serta nak ubah sejarah ikut nafsu masing-masing sedangkan golongan yang sepatutnya dibela terus terbiar.
Hati penulis tersentuh bila mendengar ada di kalangan anak-anak menghantar ibu atau bapa mereka ke rumah berkenaan, tetapi terus tidak menjenguk sehingga ibu atau bapa mereka meninggal dunia di rumah penjagaan berkenaan. Akhirnya akibat terlalu kecewa si ibu mengatakan bahawa dia tidak mempunyai anak.Mungkin ibu atau bapa mereka tidak mempunyai harta atau kudrat lagi yang boleh membahagiakan anak-anak lagi, menyebabkan mereka diabai.Dahlah tidak berharta, tenaga nak disumbangkan menjaga cucu pula sudah tiada lagi. Teringat penulis akan lagu dendangan kumpulan UK's untuk renungan bersama :
Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana 'kan lebih bermakna
Suasana akan lebih bermakna jika di akhir usia anak-anak ada bersama.
Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Dulunya anak-anak mungkin pernah berjanji untuk menjaga ibu dan bapa bila berjaya......Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini
Kini anak-anak mungkin malu serta berasa kesusahan dengan kedaifan dan kemiskinan serta kudrat yang tiada lagi oleh orang-orang tua mereka.
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
KU mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu
Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
Satu nyawa, satu cinta
Harapan mereka.... namun mereka cuma ada satu jasad , satu nyawa, satu cinta...
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan
Anak-anak berhak tentukan, namun tiba masanya mereka pasti akan menempuhi zaman tua....
Wednesday, October 5, 2011
Doa Nabi Zakaria
(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku;dan aku- wahai Tuhanku- tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu.
Al-Quran: Surah Al Maryam,Ayat 3-4
Al-Quran: Surah Al Maryam,Ayat 3-4
Monday, October 3, 2011
Kisah Nelayan Dan Hartawan
Pada suatu masa seorang nelayan dan hartawan berselisih di sebatang jalan di sebuah kampung yang terletak di tepi pantai. Si nelayan sedang berjalan pulang ke rumah bersama-sama lima orang anaknya yang telah menyambutnya di jeti, manakala si hartawan pula sedang memandu sebuah kereta mewah, bersama seorang isteri yang cantik beserta seorang anak yang duduk di tempat duduk belakang menuju ke suatu kawasan yang berdekatan.
Dalam hati si nelayan berkata, " Alangkah bertuahnya si hartawan ini kerana mempunyai kereta yang mewah, isteri yang cantik dan hanya seorang anak. Aku pula, tiada harta banyak sedemikian, anak-anak pulak ramai dan teruk aku hendak melayan keperluan dan kerenah mereka. Nak dibawa ke majlis, tengoklah perangai mereka, pantang dapat peluang, terlompat ke sana sini bermain."
Pada masa yang sama si jutawan pula di dalam hati berkata, "Bertuahnya si nelayan ini.., mempunyai anak-anak yang ramai. Aku pula hanya mempunyai seorang anak. Kalau anak pergi ke sekolah, aku pula terasa sunyi, nak tambah anak, nanti datin takut pula saiz dan bentuk badannya terjejas". Nak bermain dengan anak, anak pula sibuk dengan "PST"nya atau iPhone.
Jutawan berkenaan juga ternampak seekor ikan pari yang dijinjing bersama oleh anak-anak nelayan tadi. Dalam hatinya pula berkata, " Sudah lama aku tidak merasa makan ikan bakar yang dibakar menggunakan arang kayu, dicicah dengan air asam. Nak minta datin sediakan, dia pula akan minta bibik bakarkan dengan menggunakan ketuhar. Jika dibeli pula, kebanyakan ikan bakar hanya dibakar dengan menggunakan kuali. Nak "complain" pula, nanti tak pasal-pasal perang dingin pula. Bukan aku takut bini, tetapi bini yang tak takut aku." Katanya di dalam hati.
Berdasarkan kepada kisah di atas, sebagai pengajarannya kita kena banyakkan bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Yang lebih penting ialah mendapat ketenangan jiwa serta diredhai Ilahi.
Wallahualam.

Cari Rezeki - Bersabarlah
Kadangkala penulis berasa agak tertekan apabila berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Masalah kesesakan jalan raya serta lebuh raya di Lembah Kelang ini seolah-olah tidak akan berkesudahan. Keluar gelap waktu subuh, bila pulang pula masih bergelap selepas waktu Maghrib.Namun begitu, disebabkan niat untuk mencari rezeki, terpaksalah diri ini banyakkan bersabar dan berserah pada Yang Esa.
Hendak dapatkan rumah di Kuala Lumpur, memanglah agak mustahil sekarang ini. Alternatif yang ada ialah mendapatkan rumah di sekitar pinggiran Kuala Lumpur yang mana penulis lebih mampu milik. Namun penulis berharap agar pihak berkuasa rancangkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah kesesakan ini.
Sebagai contoh, mana-mana kawasan yang boleh disediakan jejambat untuk elakkan lampu isyarat, pertimbangkanlah untuk dibina jejambat berkenaan. Ini termasuk juga di kawasan-kawasan yang melalui kawasan pinggiran kota iaitu di luar Kuala Lumpur, terutama di kawasan yang tidak dilalui sistem Komuter atau LRT.Dengan ini, sekurang-kurangnya beban tekanan rakyat jelata dapat dikurangkan.

Sunday, October 2, 2011
Blog myBancik Mencatatkan Pengikut Ke Seratus(100)
Dengan tidak disangka bahawa pada hari ini blog ini telah merekodkan pengikut yang ke seratus(100). Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah sudi mengikuti blog ini daripada mula ianya dilancarkan dan sehingga kini.Rekod yang ke seratus ini telah dipecahkan oleh seorang pengikut yang telah menggelar dirinya atau nama timbangannya sebagai "Ketua Penyamun".Walaupun bilangan pengikut blog ini agak masih kecil berbanding blog-blog lain yang telah popular, namun bagi penulis, myBancik telah berjaya mencatatkan rekodnya yang tersendiri. Nukilan dari sudut hati dan sanubari tetap menjadi falsafah utama blog ini.
Boleh dikatakan kesemua pengikut adalah rakan-rakan di alam siber yang penulis belum kenal di alam di luar sana. Tiada rakan-rakan taulan penulis yang menjadi pengikut buat masa ini.Dengan kata lain, penulis betul-betul mendapat rakan-rakan baru melalui kaedah blog. Bagi penulis, tiada fikiran negatif bagi kenyataan " You follow me, I follow you". Penulis akan menyokong mana-mana pihak yang berharap agar penulis mengikuti blog mereka, terutama yang baru kerana mereka memerlukan ransangan, motivasi dan sokongan bagi menguatkan semangat meneruskan kesinambungan blog mereka.Jika mana-mana blog yang penulis nak ikutpun, penulis akan ikut, tetapi tiada paksaan untuk mereka mengikuti blog kepunyaan penulis kembali.
Namun selaras dengan perkembangan blog ini, penulis ingin mengucapkan ribuan kemaafan sekiranya ada di antara pandangan-pandangan penulis terhadap sesuatu isu tidak menyenangkan mana-mana pihak terutama sekali dalam segmen politik. Namun begitu, penulis berharap walaupun kita berbeza pandangan, diharapkan agar ikatan ukhuwah serta persaudaraan terutamanya sesama rakan-rakan blogger beragama Islam akan terus terpelihara.Kepada yang masih belum menjadi pengikut, sudi sudikanlah...

Saturday, October 1, 2011
Aktiviti Menimba Air Di Zaman Remaja
Antara salah satu daripada kenangan manis penulis semasa remaja ialah aktiviti menimba bagi mengeringkan air di telaga atau di parit-parit di sekitar sawah. Aktiviti berkenaan dilakukan dengan tujuan menangkap ikan air tawar seperti ikan sepat, keli, puyu dan haruan yang rata-rata berkumpul di parit-parit, telaga atau lubuk di sekitar sawah. Itu sebablah nama tempat asal penulis dinamakan dengan parit, iaitu Parit Buntar. Selain daripada itu banyak lagi kampung-kampung di sekitar kawasan Parit Buntar dinamakan dengan Parit seperti Parit Tok Ngah, Parit Gabis, Parit Tok Him dan lain-lain.
Aktiviti berkenaan bermula apabila ikan-ikan di sawah sudah mula membesar dan padi sudah mula berbunga. Air sawah perlu dikeringkan, bagi membolehkan proses kematangan padi dapat dilakukan sebelum dituai. Selain itu, sawah yang kering bakal menyenangkan proses penuaian. Rata-rata ikan di sawah akan terkumpul di parit-parit di hilir sawah apabila aiar mengalir dari hulu. Bagi lubuk yang cetek, air biasanya akan dikeringkan hanya dengan menggunakan baldi dan dikaut airnya dengan tangan ke parit buang.
Bagi telaga yang agak dalam, alat penimba yang dibuat dengan menggunakan tin minyak tanah dan dirangkaikan dengan empat utas tali di sebelah kiri dan kanan. Dua orang diperlukan untuk proses menimba dengan menggunakan kaedah ini. Air telaga ditimba sehingga kering bagi memudahkan proses menangkap ikan. Yang seronoknya, semasa proses menimbapun kadangkala ikan-ikan turut naik sama bersama air-air yang dikaut naik ke batasan ke parit buang. Ikan-ikan kemudian dikutip dan digagau di parit atau telaga yang telah kering. Penulis lebih suka cara ini daripada memancing ikan. Tapi , disebabkan aktiviti ini seluruh badan pasti dipenuhi oleh lumpur. Tetapi yang hairannya, ada pula rawatan kecantikan zaman ini yang melumurkan lumpur seluruh badan.
Apapun, itu semua tinggal kenangan. Anak-anak penulis nampaknya tak dapat merasa pengalaman ini lagi. Mereka lebih selesa dengan PST dan permainan video di internet sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)