Jom Follow.....

Saturday, December 29, 2012

Kalimah Allah Khas Untuk Islam

16 Safar 1434

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.Beliau berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Harun menjelaskan, dalam agama Kristian menyebut Tuhan bagi seluruh penganutnya adalah Nabi Isa dan bukannya Allah.

"Apa yang saya tahu, kalimah Allah hanya untuk Tuhan kita (umat Islam) dan dalam Kristian ada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus. Isa (nabi) adalah disebut di kalangan penganutnya (Kristian) sebagai anak Tuhan.

"Jadi, kita kena faham bahawa nama Tuhan iaitu Allah hanya untuk orang Islam, kita seluruh umat Islam wajib menyembah Allah Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible dalam perutusannya sempena Hari Krismas baru-baru ini sehingga menimbulkan polemik selain mengundang rasa dukacita Sultan Selangor.

Maklumat lanjut: Utusan Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...