Sudah 24 tahun ayah Bancik telah meninggalkan Bancik dan keluarga.Ayah meninggal ketika beliau berusia 47 tahun disebabkan serangan jantung. Pemergian ayah menyebabkan kami hilang tempat bergantung .Ayah tidak meninggalkan harta yang banyak tetapi bagi Bancik beliau banyak meninggalkan kata-kata semangat dan nasihat yang baik.
Menurut kawan-kawan ayah yang merupakan kadi dan guru agama , semasa hidupnya ayah mempunyai ilmu agama yang tinggi.Sebagai contoh, beliau berupaya menulis dan membaca ayat Al-Quran, yang tidak diletakkan tanda baris. Namun ,difahamkan beliau menolak untuk mejadi seorang ustaz, sebaliknya ayah memilih untuk aktif dalam politik sahaja.Namun orang politik dahulu bukan macam orang politik sekarang yang hidup mewah. Oleh sebab kami masih kecil ketika itu, hal yang sedemikian tidak kami ketahui sangat.
Bila ketiadaan ayah , hidup kami seakan-akan terumbang ambing. Barulah kami tahu peritnya menjadi anak yatim. Maka betullah pepatah Melayu, kasih ibu bapa sepanjang masa, kasih sedara masa berada. Namun mujurlah ayah meninggalkan sebuah rumah dan dan sebuah serambi papan sebagai kenangan . Ayah berpesan kepada emak agar tidak tinggalkan rumah walau apa jua terjadi sebelum pemergiannya.
Namun , di serambi rumah itulah Bancik sering mengelamun mengenangkan nasib diri, menanamkan cita-cita dan harapan serta melepaskan kerinduan kepada ayah. Diserambi itulah Bancik menelaah pelajaran hingga ke dini hari. Di serambi itulah dijadikan pencetus dan pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.Namun kini sayang, serambi kayu itu kini tiada lagi disebabkan dimamah usia dan telah dirobohkan disebabkan tuntutan faraid keluarga sebelah ayah. Namun mungkin berkat doa anak-anak yatim serambi berkenaan dapat dipertahankan dalam masa yang agak lama dan dijadikan tempat melepaskan kerinduan dan mengimbau kenangan. Ini kerana di serambi itulah ayah sering berehat ketika beliau mengalami lumpuh di sebelah kaki.
Kini , masa begitu cepat berlalu. Kepada yang masih ada ayah atau, ibu, sayangilah mereka sebaik mungkin sebelum ibu atau ayah tiada...
Wallahualam
Al-Fatihah buat arwah ayah bancik.. moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman dan dicucuri rahmat. Takziah dari aida buat seluruh keluarga bancik.. sedih baca entry bancik.. betul tu sayangilah berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada.
ReplyDelete