Jom Follow.....

Sunday, July 17, 2011

Teknik Yang Agak Baik Dalam Mengekalkan Trafik Di Blog

Setelah beberapa bulan membebel di blog-blog kepunyaan penulis, pelbagai kaedah yang telah diperkenalkan oleh banyak rakan-rakan bloggers dalam usaha menaikkan jumlah pengunjung.Namun penulis telah menemui , membuat kesimpulan dan cadangan tersendiri dalam mengekalkan pengunjung di blog penulis. Antaranya :

1. Sentiasa melawat rakan-rakan yang telah menjadi pengikut. Macam juga wakil rakyat yang melawat kawasan, pengikut-pengikut blog juga mengharapkan agar blog mereka dikunjungi.Tak tahulah macam mana nak buat jika anda sudah mempunyai beribu-ribu pengikut.

2. Memastikan mengikuti/follow semula jika ada bloggers yang mengikuti blog kita. Bloggers lain juga mengharapkan agar blog mereka diikuti.

3. Menggunakan "shoutbox" untuk menjengah blog-blog lain untuk mencari rakan baru. Begitu juga dengan menggunakan kaedah yang sama untuk membalas kunjungan jika dikunjung.

4.Menekan iklan-iklan pihak yang berkunjung ke blog kita apabila berkunjung balas di blog mereka, sebagai cenderahati  dan sebagai tanda penghargaan. Kalau blog mereka tak ada iklan, maka kita redho ajelah.., nak buat macam mana?

5. Elakkan dari menghina mana-mana pihak ketika berbelog.

Berdasarkan hujah di atas, penulis merasakan lebih berlapang dada jika semua perkara di atas dapat dilakukan oleh penulis. Jika kita mahu dihormati, kita perlu menghormati orang lain dahulu, jika mahu diikuti, kita perlulah mengikuti orang lain juga dan jika mahu dihargai, kita juga perlu menghargai orang lain juga.

Wallahualam..Sekian, selamat beramal....

5 comments:

  1. lagi satu, rajin2 komen di blog orang lain dan beramah mesra pun boleh mengekalkan traffic di blog juga kan? :)

    ReplyDelete
  2. komen nak lagi best cari yang ada dofollow, nanti ada backlin sekali.. ;)

    *buang captcha kat komen ni ea.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...