Jom Follow.....

Saturday, September 15, 2012

Malaysia Sekat Penyiaran Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W.

29 Syawal 1433


BINTULU, 15 Sept, 2012- Malaysia akan menyekat penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata negara Islam lain seperti Indonesia dan Timur Tengah telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

"Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

1 comment:

  1. Harap cepat2 sekat video tu. takut nanti ada orang yang percaya dengan benda2 camni. Nau'zubillah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...