Akhir-akhir ini banyak berita-berita tang dilaporkan yang boleh menyentap perasaan kita. Berita uang melibatkan kes jenayah seperti simbah asid, pembuangan bayi dari atas rumah pangsa atau pengsapuri, ragut dan sebagainya. Apa yang terbaru ialah kes rompakan yang melibatkan kesanggupan perompak membakar rumah yang dirompak dengan tujuan menghapuskan bukti. Ini seperti yang telah dilaporkan di Harian Metro di http://www.hmetro.com.my/articles/4beranaknyarisrentung/Article dan di akhbar-akhbar serta media masa yang lain.
Situasi berkenaan membayangkan bahawa manusia kini semakin kejam. Tiada langsung perasaan simpati di dalam hati sanubari mereka.Jenayah yang mereka lakukan dibuat tanpa rasa belas kasihan. Sudah sampai masanya juga jika hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah seperti ini juga perlu dibuat tanpa belas kasihan sebagai balasannya. Sudahlah harta benda dirompak serta dirampas, malahan tempat berteduh mangsa juga dimusnahkan dengan dibakar. Alangkah busuknya hati golongan-golongan seperti ini.
Namun, yang menjadi pertanyaan ialah siapakah yang empunya engkaranya dalam kes jenayah ini. Adakah dilakukan oleh rakyat kita sendiri atau para pendatang tanpa izin atau dari negara lain? Sudah sampainya masanya profil DNA diambil bagi setiap pekerja asing yang dibawa atau masuk ke negara ini agar penyiasatan dapat dilakukan dengan lebih rapi lagi jika berlakunya kes-kes yang melibatkan mereka. Jika tiada usaha ke arah itu digerakkan ,percayalah, kualiti keamanan dan kehidupan di negara ini akan terus merosot dan terus merosot.
@MyBancik
Jom Follow.....
Friday, June 10, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Kisah Tembikai Dengan Mempelam
Seorang musafir sedang berehat dibawah salah sebatang pokok mempelam yang besar. Pada masa yang sama berdekatan tempat beliau berehat, beliau ternampak sebiji buah tembikai yang besar terlekat dengan pokok kecil yang menjalar. Dalam hati, beliau terfikir kenapa buath yang besar berpaut pada sepohon pokok kecil yang sedang menjalar manakala pokok mempelam yang besar hanya memaut buah-buah yang kecil.
Sedang beliau asyik berehat dan berfikir, tiba-tiba sebiji mempelam yang masak jatuh di atas kepala beliau dan menyebabkan beliau kesakitan. Dalam keadaan terkejut, beliau terfikir andai kata buah yang jatuh itu ialah buat tembikai, sudah pasti kesakitan beliau semakin parah. Beliau rasa bersyukur atas apa yang dianugerah olehNya.
Kejadian seperti ini menuntut kita sebagai hambaNya sentiasa berfikir atas apa jua kejadian di muka bumi ini. Sesungguhnya Dialah yang lebih Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Sunday, June 5, 2011
PHD oh PHD
PHD yang dipaparkan di sini bukan "Perasaan Hasad Dengki", tetapi pengajianku di peringkat Doktor Falsafah yang sedang aku hadapi. Tahun ini adalah merupakan tahun akhir bagi aku untuk menamatkan pengajian berkenaan secara separuh masa di salah sebuah universiti di Shah Alam. Oleh kerana aku agak tertekan terpaksa jua aku luahkan diblog ini yang "tag line" nya memaparkan nukilan dari sudut hati dan sanubari. Sebelum ini aku agak keberatan bercerita hal ini di blog-blog aku ataupun di facebook.
Pengajianku pada peringkat ini pada kali ini amat mencabar oleh kerana kekangan tugas dan tangungjawab keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Lagipun profession aku bukannya dari sudut bidang akademik, dan aku menyambung pengajian hingga ke peringkat ini sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meneruskan cita-citaku sejak kecil lagi.
Setakat ini lebih kurang 80 peratus telah aku selesaikan, cuma dalam proses menulis karangan yang panjang dan membuat analisa data. Sesungguhnya aku tetap akan meneruskan perjuanganku ini sedaya upaya. Harap-harap agar tahun hadapan aku boleh menggunakan " Dr Bancik" sebagai nama timbanganku di blog ini. Mungkin juga aku akan menulis sebuah buku tentang perjalananku ke arah itu. Realiti atau tidak hanya diri sendiri , masa beserta keizinan Yang Maha Esa bakal menentukan.

Aku Menang Hadiah Wang Tunai 480,000 Pounds Sterling
Menerusi email, aku menerima mesej seperti berikut"Tahniah, email ID anda telah berjaya memenangi Pounds 480,000 yang ditaja oleh salah satu syarikat Email terkemuka sempena mempromosikan sukan olympic 2012. Sepintas lalu, memang teruja dibuatnya.Maklumlah, jumlah dalam pounds jika didarab dengan nilai ringgit Malaysia, bayangkanlah berapa yang bakal aku perolehi. Namun setelah melengkapkan segala butiran yang dikehendaki, aku diminta ke London untuk urusan menuntut hadiah berkenaan setelah beberapa kali berkomunikasi melalui kata laluan tertentu melalui email untuk mengelakkan penipuan.
Namun, aku terpaksa memberitahu kepada pihak berkenaan bahawa aku tidak dapat ke sana atas kekangan masa. Pihak disana sebaliknya memberi alternatif agar aku berhubung dengan peguam yang mereka lantik untuk menuntut hadiah berkenaan bagi pihak aku. Setelah berhubung melalui email, peguam berkenaan meminta agar aku mengisi butiran yang dikehendaki dan meminta sejumlah bayaran pendahuluan bayaran guaman dan perbelanjaan urusan berkenaan.
Namun, daripada awal lagi aku merasa tidak yakin dengan urusan ini dan aku telah menyemak nama peguam berkenaan, agensi dan alamat mereka di direktori peguam London yang sememangnya terdapat di laman web. Setelah menyemak sahlah didapati, tiada nama peguam dan agency yang berdaftaf di dalam direktori. Alamatnya pula adalah merupakan pejabat yang status semasanya tiada berpenghuni seperti tertera di dalam direktori alamat di sana. Dengan itu, aku menghentikan terus hubungan dengan pihak di sana untuk mengelakkan diri dari terus diperdaya.
Aku kemudian juga membuat carian berkenaan skim ini dengan menggunakan "keywords" yang sama, dan aku dapati memang telah banyak berlaku penipuan yang menggunakan pelbagai nama syarikat email terkemuka. Dengan itu pelayar-pelayar internet perlu berhati-hati agar tidak terjebak dalam hal seperti ini. Banyak pihak diberitakan telah kerugian beratus-ratus ribu ringgit disebabkan ingin mendapat hadiah berkenaan. Selama ini kita hanya diingatkan tentang sendiket yang menggodam akaun-akaun bank, tetapi rupa-rupanya banyak lagi skim penipuan yang telah dan yang bakal wujud dari masa ke semasa.Oleh itu, bersamalah kita berhati-hati.

Friday, June 3, 2011
Mana Ada Istilah "Bir Halal"
Baru-baru ini timbul isu tentang bir atau arak yang dikatakan halal. Saya hanya mampu menggelangkan kepala dan timbul rasa kekesalan di dalam hati bila terbaca isu berkenaan di akhbar-akhbar. Nampak gayanya masyarakat kita semakin teruk. Yang haram sudah mula mahu dihalalkan. Sudah jelas bagi seseorang muslim bahawa, arak itu adalah haram seperti mana yang telah diterangkan di dalam Al-Quran.Cukuplah jika ada dikalangan kita yang susah nak menghentikan ketagihannya, tetapi janganlah dihalalkan statusnya pula. Sebagai contoh, samalah juga hukum bahawa mengumpat itu berdosa dan memang susah nak kita tinggalkannya, tetapi janganlah pula kita hendak menghalalkannya dek kerana kelemahan kita untuk meninggalkannya.
Bagi masyarakat bukan Islam jika mereka hendak meminumnya, terpulanglah kepada mereka kerana negara mengamalkan kebebasan beragama. Tetapi mereka tidak sewajarnya membuat kenyataan bahawa ada Bir halal.Tetapi amat lebih dikesali jika kenyataan bahawa ada Bir halal dibuat oleh golongan Islam itu sendiri.
Kepada saudara seagama, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri agar kita sentiasa mendapat rahmatNya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang lemah itu adalah dari saya sendiri.

Thursday, June 2, 2011
Jalan Raya Kita Semakin Teruk
Sejak akhir-akhir ini seringkali aku terjerat dengan lubang-lubang yang tiba-tiba muncul di jalan raya. Ianya bukan hanya berlaku di jalan-jalan biasa, namun terjadi juga di lebuh raya. Di taman perumahan ..jangan cakaplah. Itu belum termasuk dengan bonggolan yang dibuat di mana saiznya mengikut suka hati pihak yang membuatnya tanpa diletakkan tanda amaran.
Sesungguhnya keadaan ini bakal mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Aku sebenarnya berpendapat antara faktor kemalangan yang tinggi di negara ini adalah disebabkan oleh kelemahan dari sudut penyelenggaraan kemudahan jalan raya di negara ini. Lubang-lubang atau jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik bakal mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya.
Selain itu, keadaan seperti ini amat menyusahkan. Pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki kenderaan yang rosak disebabkan kualiti jalan raya yang teruk. Sedangkan wang berkenaan sepatutnya boleh digunakan untuk hal yang lebih penting.
Sudah sampai masanya aspek penyelanggaraan jalan raya diberi keutamaan oleh pihak yang berkenaan. Jangan disalahkan sikap pengguna sahaja tetapi kelemahan dari segi pentadbiran dan penyelenggaraan oleh pihak berkuasa masih lagi dipandang ringan. Namun begitu janganlah pula berlaku bilamana disebabkan hanya beberapa lubang, berkilometer pula jalan diturap secara keseluruhan. Cukuplah sekadar menampung lubang yang berkenaan dengan baik.

Wednesday, June 1, 2011
Bila Uda Dan Dara Bergaduh
Topik di atas bukanlah isu utama yang hendak aku luahkan disini, tetapi hanya sebagai kiasan terhadap pergaduhan terbuka beberapa individu politik terhadap pengurusan salah sebuah syarikat hartanah milik kerajaan yang kini semakin menjadi-jadi. Dalam keadaan kita tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dek kerana kenaikan kos subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, saya berpendapat adalah lebih baik agar tenaga dan perasaan dapat digunakan ini dapat disalurkan kepada aktivti yang lebih produktif. Kenapa hal berkenaan tidak dibincangkan secara tertutup lebih-lebih lagi individu-individu yang berbalah berada dalam kem politik yang sama?
Harus diingat, kami sebagai warga bawahan sentiasa mendambakan pembelaan daripada professional-professional yang digaji atau dilantik oleh kerajaan seperti mereka ini untuk membantu kami. Oleh yang demikian, eloklah polemik berkenaan dapat dihentikan seberapa segera. Sekiranya masih gagal berdamai, eloklah kedua-dua pihak dapat dibersarakan dari arena masing-masing oleh pihak yang lebih berkuasa. Oleh yang demikian eloklah kita semua sentiasa hidup dalam keadaan aman damai serta sejahtera bak kata pepatah orang putih.."Peace..no war..."

Subscribe to:
Posts (Atom)