Jom Follow.....

Wednesday, August 16, 2023

Masa Untuk Bekerja Dan Fokus Ke Masa Hadapan

 30 Muharram 1445

Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, selain daripada agak kecewa dengan situasi politik dan ekonomi sebelum dan sekarang ini, fokus telah diberikan lebih kepada pembentukan keluarga. Keluarga yang sihat akan mewujudkan masyarakat yang sihat. Bila mana masyarakat pula sihat, ianya juga bakal membentuk negara yang sihat pula.

Namun, kesihatan bukan hanya terhad kepada aspek fizikal semata-mata. Ianya juga merangkumi kehidupan beragama serta mental yang stabil. Setelah selesainya pilihanraya baru baru ini, kita berharap masyarakat kita terus pandang ke hadapan bagi meneruskan kehidupan di muka dunia ini bagi persiapan ke fasa kehidupan di akhirat pula nanti.

Wallahualam

Thursday, August 15, 2019

Ketua Armada Bersatu Pusat Perlu Lepaskan Jawatan

15 Zulhijjah 1440

Ketua Armada Bersatu Malaysia pusat, diminta melepaskan jawatan oleh kerana beliau sudah tidak boleh sependapat lagi dengan pengerusi Bersatu  pusat.Memandangkan jawatan yang beliau pegang sekarang adalah dilantik dan belum dipertandingkan, maka penulis berpendapat eloklah beliau berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada mereka yang boleh sependapat dengan pimpinan dalam isu yang amat sensitif terhadap umat Islam.

Wallahualam

Monday, May 28, 2018

Pilihanraya Umum Ke 14 Sudah Berlalu, Masa Untuk Terus Jalani Kehidupan

13 Ramadhan 1439

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Pilihanraya ke 14 Malaysia sudahpun berlalu dan menyebabkan pertama kali dalam sejarah menunjukkan perubahan pemerintahan kepada gabungan baru bagi memerintah Malaysia sejak merdeka. Namun di laman-laman sosial, kita masih lihat banyak lagi provokasi dikalangan penyokong dua pihak masih berterusan.

Kita melihat suasana ini tidak sihat dari segi jangka masa yang panjang. Sebaiknya kita beri peluang kerajaan atau pihak yang menang menunaikan janji mereka dalam tempoh yang dijanjikan. Sebaiknya kita kembali ke kehidupan kita harian, tunaikan kewajipan kita (terutama umat Islam , lebih fokus kepada ibadat di bulan Ramadhan), dan juga tanggungjawab kita yang lain seperti keluarga, di tempat kerja dan sebagainya. Ini , InshaAllah akan dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan kita seharian.

Wallahualam

Friday, October 13, 2017

Wahai Golongan Agamawan: Hentikanlah Perbalahan

23 Muharram 1439

Penulis disini menyeru agar perbalahan terbuka dikalangan agamawan perlulah dihentikan.Ini dilihat bakal merugikan umat Islam itu sendiri.Renungkah seruan ustaz Izhar ini.



Wallahualam

Thursday, September 7, 2017

Bantulah Rohingya

17 Zulhijjah 1438

Umat Islam diseluruh dunia digesa untuk memberi tekanan kepada kerajaan masing masing agar kekejaman yang dilakukan ke atas kaum Rohingya dapat dihentikan. Umat Islam juga digesa agar berhenti berbalah dan berkelahi sesama sendiri dan hilang fokus dalam memberi keutamaan terhadap isu isu yang melanda umat Islam yang lain.

Perbalahan yang berterusan akan melemahkan umat islam itu sendiri. Apabila kita lemah, maka kita tidak dapat membantu umat Islam yang lain yang sedang ditindas seperti yang berlaku pada kaum Rohingya.

Wallahualam

Saturday, September 2, 2017

Alhamdulillah

12 Zulhijjah 1438

Alhamdulillah, bertemu kita lagi pada post kali ini. Jika diizinkan penulis berazam untuk terus menulis dalam menyatakan pendapat berkenaan isu isu semasa dengan konsep nyatakan kebenaran walaupun pahit ataupun diam jika ada berlakunya perbezaan pendapat yang mungkin jika terus berbahas bakal mendatangkan kemudaratan kepada umat.Penulis juga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.

Wallahualam

Saturday, August 13, 2016

Terima Sumbangan Daripada Luar Buka Campur Tangan Asing

11 Zulkaedah 1437

Mana mana parti politik, pemimpin atau penjawat awam yang menerima sumbangan daripada pihak luar negara sebenarnyalah pihak yang boleh menyebabkan campur tangan asing di negara ini. Ini bermaksud tiada dakwaan terpilih boleh dibuat sewenang wenangnya terhadap pihak yang bertanggungjawab sama ada ianya di pihak kerajaan memerintah atau pembangkang.

Tulisan ini dibuat setelah penulis melihat media di arus perdana kini seolah pilih kasih dalam membuat komentar terhadap topik berkenaan. Jika konsep ini dipegang, maka suasana di dalam negara akan terus aman daripada polemik sebengini yang seolah tidak akan berkesudahan.

Wallahualam

Friday, August 12, 2016

Bersatu Sertai Parti Baru

10 Zulkaedah 1437

Orang orang Melayu dan peribumi yang telah dipecat keahlian dan ditolak keahlian mereka di dalam mana mana parti politik sebelum ini digesa bersatu menyertai parti baru yang sedang menunggu kelulusan pendaftarannya. Jika sebelumini ada parti baru yang telah ditubuhkan, tetapi ramai yang ragu ragu dengan asas perjuangannya.

Parti baru ini yang telah didaftarkan oleh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Mahyudin dan dunaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun M dilihat memberi sinar baru kepada golpngan ini untuk turut serta berpolitik secara sihat.Oleh itu sama samalah kits bersatu menyertai pati baru ini.

Wallahualam

Sunday, August 7, 2016

Siapa Yang Membuka Ruang Campur Tangan Asing ?

4 Zulkaedah 1437

Penulis rasa pelik apabila siaran TV menyiarkan kenyataan pemimpin yang menuduh sesetengah pihak lawan mereka membuka ruang campurtangan asing. Namun sedarkah mereka bahawa siapakah dikalangan rakyat mereka yang sebenarnya menjadi punca? Bagi penulis yang menjadi punca ialah mereka yang dinamakan untuk harta-harta mereka yang bakal dirampas oleh negara yang dituduh hendak campur tangan.

Apa yang nak ditakutkan? Jika diri tak bersalah, lakukan pembelaan menerusi undang-undang. Apa yang sebaiknya, pemimpin politik sepatutnya mendesak agar nama ' malaysia official 1" dan beberapa 'official" lagi didedahkan agar, rakyat tidak meragui apa-apa lagi dan menunggu proses mahkamah diselesaikan. Apa yang penting, harta yang bakal dirampas difahamkan akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.

Persoalannya setakat ini.., kat mana campur tangannya?

Wallahualam

Bersih , Cekap Dan Amanah

21 Zulkaedah 1436

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH...Itulah slogan yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir ketika mengambil alih kepimpinan negara. Tak silap , penulis pada ketika itu baru belajar dalam darjah 1. Namun begitu, slogan berkenaanlah adalah menifestasi hala tuju kepimpinan yang diterapkan oleh beliau ketika baru menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu.

Tidak terhenti di situ, beliau juga memperkenalkan slogan " Kepimpinan Melalui Teladan", "Apa Dikata, Dikota". Ianya berlainan dengan keadaan sekarang. Kononnya kita didahulukan, namun sebenarnya kita yang dibebankan. dibebankan dengan GST contohnya.

Oleh yang demikian kita amat mengalu-alukan parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir. Adakah sentuhan politik beliau akan mewarnai dan mengulangi kegemilangan Malaysia semasa pentadbiran beliau dahulu? Apa yang pasti nakhodanya pasti berbeza dan diharapkan membawa konsep perjuangan yang sama.

Wallahualam

Parti Politik Baru Orang Melayu Dialu Alukan

4 Zulkaedah 1437

Penubuhan parti politik baru untuk orang Melayu adalah amat-amat ditunggu tunggu bagi memberikan keseimbangan kuasa dan persaingan yang sihat. Setidak tidaknya ianya memberikan pilihan kepada orang-orang melayu yang telah tidak diterima keahliannya disebabkan kekhuatiran segelintir pemimpin parti politik sedia ada akan kepentingan kuasa politik mereka. Ataupun parti baru ini bakal memberi ruang kepada para pemimpin yang telah dipecat daripada parti parti mereka sedia ada bagi meneruskan idealisma yang diperjuangkan oleh mereka.

Justeru itu, janganlah golongan ini dicemuh, dicela dan dimomokkan dengan pelbagai propaganda disebabkan menyertai parti baru sedangkan ada dikalangan mereka yang telah dipecat tanpa melalui proses disiplin dalaman parti itu sendiri.

Bagi penulis, kemunculan secara rasmi parti baru ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Wallahualam

Saturday, March 12, 2016

Jauhi UMNO & Barisan Nasional

3 Jamadil Akhir 1437

Berdasarkan pada suasana politik semasa di negara ini, penulis telah membuat keputusan untuk menjauhi segala apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional. Ini adalah pilihan penulis dan diharapkan pelbagai pihak menghormatinya.

Wallahualam

Friday, June 5, 2015

Bahana Bila Banyak Gunakan Penasihat Orang Putih?

19 Syaaban 1436

Sejarah telah menunjukkan bahawa negara pernah dalam zaman kegelapan apabila para pemimpin atau raja-raja menerima atau dipaksa menerima orang putih sebagai penasihat. Peperangan demi peperangan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini juga melibatkan negara-negara orang putih.

Pada zaman sekarang inipun di peringkat swasta dan awam, kalau juru perunding tempatan bercakap, pemimpin tidak akan terima idea mereka. Tapi yang anehnya, bila idea yang sama diberikan kepada orang putih dan bentang semula, idea berkenaan diterima dengan mudah. Kalau boleh perdana Menteripun , silap-silap nak orang putih juga.

Bukan apa, sekadar melontarkan persoalan untuk direnungkan bersama terhadap banyak isu yang sedang melanda negara dan di dunia.

Wallahualam

Friday, March 20, 2015

Benarkan Umat Islam Malaysia Amalkan Syariat Islam

29 Jamadil Awal 1436

Penulis mengucapkan syukur kerana DUN Kelantan telah berjaya membentangkan rang undang-undang dengan pindaan bagi membolehkan syariat Islam diamalkan sebaiknya terutama dari segi perundangan. Ianya bakal dibentangkan di parlimen pula bagi membolehkan ianya selari dengan undang-undang persekutuan.

Kepada bukan Islam yang menentang, kami meminta.."Benarkan kami mengamalkan syariat Islam dengan aman  memandangkan kami juga tidak pernah mengganggu amalan kamu selama ini". Ini bukan atas sebab politik. Ini adalah salah satu daripada suruhan daripada Maha Pencipta Kami. Oleh itu, jangan ganggu orang Islam.Biarkan kami mengamalkan Islam dengan bebas.

Wallahualam

Friday, March 6, 2015

Golongan Agamawan Perlu Elakkan Perbalahan

16 Jamadil Awal 1436

Golongan agamawan di negara ini perlu mengelakkan sebarang perbalahan atau perselisihan secara terbuka. Sebarang perbezaan pendapat perlulah dibincang secara bersemuka dan berdialog secara tertutup. Ini berikutan perselisihan yang terkini berlaku di antara seorang mufti dan seorang penceramah bebas.

Apa yang penting, umat Islam sekarang ini dilihat terlalu lemah untuk berbalah sesama sendiri, terutama di Malaysia. Dah la ahli politik nak berpolitik tak berkesudahan, ini pula para agamawan pula. Kalau golongan agamawanpun tak boleh duduk semeja, jangan haraplah rakyat-rakyat yang lain.

Wallahualam.

Saturday, February 21, 2015

Klinik Beri Ubat Lebih Mudah

1 Jamadil Awal 1436

Isu panas kepenggunaan di malaysia timbul lagi dengan cadangan pihak tertentu agar klinik tidak lagi dibenarkan memberikan ubat sebaliknya tugas atau peranan tersebut diberikan kepada kedai farmasi. Ape ke heinya cadangan ini? Ianya amat menyusahkan rakyat kerana terpaksa pergi dua tempat untuk mendapatkan rawatan yang sama. Cadangan ini bakal membebankan rakyat di mana rakyat terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan. Sementara itu caj yang dikenakan juga akan meningkat kerana ianya melibatkan dua entiti yang berbeza. Jika ianya dikeluarkan di klinik yang sama, selalunya pengguna akan mendapat harga pakej disebabkan ubat dikeluarkan di klinik yang sama.

Persoalan lain juga, apa akan jadi jika pesakit perlu mendapat suntikan atau pengambilan ubat segera seperti demam panas melampau atau sebagainya. Apakah perlu dapatkan di farmasi dan suntik sendiri? Oleh itu, hentikanlah daripada mengeluarkan cadangan yang akan menyusahkan rakyat .

Wallahualam

Saturday, February 14, 2015

BN Tak Perlu Tanding di DUN Chempaka, Tetapi Perlu Bertanding Di Permatang Pauh

23 Rabiul Akhir 1436

Penulis amat bersetuju dengan sesetengah pendapat agar BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka, Kelantan bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini adalah kerana, lebih baik dana untuk berkempen disalurkan bagi memulihkan negeri Kelantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Namun begitu, BN perlu berusaha merampas kerusi di Permatang Pauh di Pulau Pinang, bagi memberi peluang kepada  rakyat yang mahu menunjukkan mesej jelas kepada kerajaan Pulau Pinang agar tidak terus menggunakan isu sensitif dalam pentadbiran mereka terutama yang melibatkan kepentingan Islam.

Wallahualam

Pulangnya Seorang Ilmuan

23 Rabiul Akhir 1436

Kira-kira pukul 9.40 malam , 12 Februari 2015 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1436 yang lepas, negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka , Kota Baharu.

Ianya merupakan kehilangan seorang lagi ilmuan islam di Malaysia.Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wallahualam

Thursday, January 29, 2015

MH370 - Sudah Sampai Masa di Sini

9 Rabiul Akhir 1436

Kenyataan kerajaan Malaysia terkini telah menunjukkan bahawa sudah sampai masanya satu  keputusan perlu dibuat terhadap status penerbangan berkenaan. Walau bagaimanapun komitmen untuk mencari pesawat dan mangsa masih lagi diteruskan oleh kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh dibuat ialah, teruskan berdoa agar petunjuk diberikan kepada insan-insan yang lemah seperti kita. Allah yang lebih mengetahui dan berkuasa. Mungkinkah MH 370 "sudah sampai  sini". Di sini bertemu Maha PenciptaNya.

Wallahualam

Kredit dan terima kasih  Untuk pemilik Video ini.

Al Fatihah Untuk MH370

9 Rabiul Akhir 1436

Tak banyak bicara yang mampu diucapkan apabila kerajaan membuat pengisytiharan terkini terhadap pesawat, krew dan penumpang MH370. Menerusi laporan Utusan Malaysia, Kerajaan semalam telah mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Beijing, 8 Mac lalu sebagai terkorban.

Sedih .., memang sedih. ini merupakan dugaan besar Allah s.w.t. kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia. Hanya Al Fatihah dan doa yang mampu dibaca. Bagi yang beragama Islam,semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Wallahualam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...