Jom Follow.....

Thursday, December 22, 2011

Nasharuddin Tidak Akan Tinggalkan PAS

26 Muharram 1433


KUALA LUMPUR, 21 Dis , 2011- Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Umno.

"Janganlah gunakan alasan mudah untuk membuat kesimpulan terhadap tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Anggota Parlimen Bachok itu berkata dakwaan kononnya beliau terperangkap dalam agenda Umno adalah tidak berasas dan terlalu jauh menyimpang dari kebenaran.

Nasharudin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kebelakangan ini banyak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah membayangkan parti itu telah menyimpang dari matlamat asal.

Ini mengundang pelbagai dakwaan, tuduhan dan tohmahan dari beberapa pihak di media massa, blog serta laman sosial yang mereka akan berpaling tadah untuk menyertai Umno.

Nasharudin menegaskan beliau adalah anggota PAS dan perjuangannya kekal bersama parti itu.

 Sumber- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...