Jom Follow.....

Sunday, February 26, 2012

Seks Lagi: Pembunuhan Kecam Di Taiping

4 Rabiulakhir 1433

Emosi penulis amat terusik bila terbaca berita pembunuhan terbaru di Taiping. Kisah yang telah dipaparkan di Berita harian bahawa seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.

Penulis berasa amat kecewa kerana penulis selalu menghabiskan cuti di Taiping. Nampak gayanya Taiping dilihat makin tidak selamat. Penulis juga kecewa kerana di Malaysia ini seolah tak ada berita lain. Asyik-asyik skandal seks, jenayah seks sama ada dari peringkat pemimpin hinggalah ke peringkat bawahan. Selain dari gila politik, apakah semakin ramai rakyat Malaysia yang gila seks? Nampaknya sifat keinginan syahwat di kalangan manusia di Malaysia semakin tidak terkawal. Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama .

Wallahualam

Salahkan Diri Sendiri

3 Rabiulakhir 1433

Penulis agak terkejut dengan berita terbaru di arena politik negara di mana salah seorang pemimpin pembangkang diberitakan telah ditangkap khalwat dengan isteri orang. Penulis terasa simpati atas musibah yang sedang menimpa beliau. Namun jika beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu takut.

Sebagai ahli politik , setiap individu yang terlibat perlu faham bahawa gerak geri anda akan sentiasa diperhatikan seperti juga artis. Apapun yang berlaku penulis berharap agar pihak yang terlibat tidak menyalahkan pihak lain. Kadangkala kita perlu bermuhasabah. Bila kita berpolitik, kita mungkin terdedah kepada sifat mengata orang, mencaci dan terfitnah lawan politik yang tak sehaluan dengan kita, seolah -olah kita sahaja yang betul dan maksum. Ini menyebabkan ada pihak yang mungkin teraniaya.

Disebabkan demikian, mungkin Allah S.W.T. hendak menduga kita pula. Semoga kita sentiasa dijauhi fitnah dunia dan akhirat.

Wallahualam


Thursday, February 23, 2012

Baik Tak Semestinya Baik

2 Rabiulakhir 1433

Cerita ini penulis petik dari pengkisahan seorang penceramah motivasi iaitu Ustaz Badlishah Aliuddin yang menceritakan kisah seorang tua yang tinggal di sebuah desa bersama seorang anak lelakinya serta seekor kuda betina yang merupakan satu-satunya harta yang paling berharga ketika itu bagi membantu kehidupan mereka. Setelah kematian isterinya beliau tinggal bersama anak lelakinya di pinggir desa bagi meneruskan kehidupan. Kehidupan mereka agak susah di mana rezeki mereka bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang namun begitu orang tua ini redha dengan apa yang dimikinya dan beliau sering berfalsafah dan percaya "Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik".

Tak berapa lama kemudia keluarga ini mendapati , kuda kepunyaan mereka telah hilang dan mereka tidak tahu sama ada kuda berkenaan melarikan diri atau dicuri. Apabila berita sedih itu sampai ke telinga orang-orang kampung, maka mereka datang berziarah dan memberikan ucapan takziah dan simpati dan rata-rata mereka berkata" Kesian ye..Dahlah miskin, lepas tu di landa musibah kehilangan kuda pula.." Lalu orang tua itu pun berkata"Apa yang tak baik tak semestinya tak baik"dan apa yang baik tak semestinya baik ". Sambil menggeleng kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah betullah orang tua tu.."

Tak lama kemudian, dengan tidak disangka, kuda yang hilang itu pulang kembali. Tetapi kali ini kuda betina berkenaan pulang sambil diikuti kuda liar jantan berjumlah lima ekor kesemuanya. Maka sekarang, orang tua dan anaknya itu mempunyai 6 ekor kuda.Lalu datanglah orang-orang kampung berpusu-pusu ke rumahnya sambil mengucapkan tahniah dan mereka rata-rata berkata, " Untunglah ye, sekarang sudah mempunyai banyak harta. Lalu orang tua itu berkata, "Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik".Sambil menganggukkan kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah betullah orang tua tu.."

Beberapa lama kemudian, ketika anak lelaki orang tua berkenaan sedang melatih dan menjinakkan kuda-kuda berkenaan, beliau telah ditendang oleh salah seekor kuda berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan parah dan kecacatan sementara.Apabila berita sedih itu sampai ke telinga orang-orang kampung, maka mereka datang berziarah dan memberikan ucapan takziah dan simpati dan rata-rata mereka berkata" Kesian ye..Dahlah baru nak senang, lepas tu di landa musibah pula. Isteri dah tak ada, ada anak pula seorang, sekarang cacat pula dan tak boleh bekerja." Lalu orang tua itu pun berkata"Apa yang tak baik tak semestinya tak baik"dan apa yang baik tak semestinya baik ". Sambil menggeleng kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah lagi orang tua ni.."

Beberapa hari kemudia, keadaan gempar berlaku dikampung berkenaan di mana datang wakil-wakil kerajaan memberi arahan ke atas anak-anak muda di kampung berkenaan untuk dikerahkan berperang. Kesemua anak-anak muda lelaki di kampung berkenaan dipaksa berperang kecuali anak muda yang tak berupaya disebabkan kemalangan ditendang kuda beberapa hari lalu. Ditakdirkan bahawa kesemua anak-anak muda yang berperang dari kampung berkenaan terbunuh di dalam medan peperangan.

Keadaan ini menyebabkan anak-anak gadis berkenaan tidak mempunyai calon untuk dijadikan suami kecuali pemuda yang juga anak kepada orang tua berfalsafah tersebut. Maka ramailah orang-orang kaya di kampung tersebut yang mahu mengahwinkan anak-anak gadis mereka dengan pemuda yang tinggal itu. Maka datanglah orang-orang kampung  berpusu-pusu ke rumahnya sambil mengucapkan tahniah dan mereka rata-rata berkata, " Untunglah ye, sekarang sudah mempunyai banyak harta, dan sekarang mendapat menantu-menantu yang baik, cantik dan mempunyai besan-besan yang kaya raya. Lalu orang tua itu berkata, "Dari dahulu aku dah kata ..Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik!".

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Wallahualam

Tuesday, February 21, 2012

Tiga Sekeluarga Mati Kebuluran

29 Rabiulawal 1433


Utusan online hari ini telah melaporkan bahawa di Jepun telah berlaku suatu peristiwa yang menggemparkan bila mana mayat pasangan warga emas dan anak lelaki mereka ditemui di sebuah apartmen di selatan Jepun, selepas dua bulan mereka meninggal dunia dipercayai kerana kebuluran.“Mayat dua lelaki dan seorang wanita itu ditemui Isnin lalu di apartmen di bandar Saitama di utara Tokyo, kata polis tempatan.“Mereka dipercayai pasangan berusia 60-an dan anak mereka berusia 30-an tetapi belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Mayat yang telah reput itu dilaporkan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk menuntut sewa rumah yang tertunggak selama enam bulan.Bekalan elektrik serta gas masak telah dipotong dan mereka dipercayai hanya hidup dengan meminum air sahaja.Tiada makanan ditemui di apartmen itu dan polis hanya menemui beberapa yen duit.

Jika berita ini benar, sesungguhnya kejadian ini adalah merupakan suatu kejadian yang amat trajis di mana ianya berlaku di salah sebuah negara maju. Apa guna negara maju jika masih ada rakyat yang mati disebabkan oleh kelaparan. Bagi kita di sini, bersyukur dan ingatilah Allah S.W.T banyak-banyak atas nikmat yang dikurniakan-Nya

Wallahualam

Sumber- Utusan Online dan AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Monday, February 20, 2012

Alhamdulillah, Aku Semakin Pulih Daripada Selsema

28 Rabiulawal 1433

Alhamdulillah, selsema penulis sudah sembuh. Penulis cuma hadapi selsema cuma dalam masa sehari semalam sahaja. Selain daripada telan panadol yang jenis direndam ke dalam air, penulis sering mengamalkan menyedut air ke dalam hidung , kemudian dihembus keluar setiap kali membersihkan hidung.

Tak sangka , tips berkenaan amat mujarab pada kali ini kepada penulis dengan izin Allah S.W.T. Maka tidak hairanlah bagi umat Islam digalakkan berbuat berkenaan pada tiap kali semasa mengambil wuduk.

Wallahualam

Sunday, February 19, 2012

Kenapa Hendak Menyokong Mereka Yang Terang-terang Menghina Islam Dan Rasulullah S.A.W.?

27 Rabiulawal 1433

Penulis ada terbaca terjemahan Al Quran yang bermaksud:

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya.(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Tidaklah patut mereka(orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,(diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya) Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab(Al-Quran), iaitu ; apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek(oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu  duduk(bergaul) dengan mereka sehinga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.(An-Nisaa' : 138-140)

Nota: Nasihat penulis, sila dapatkan rujukan serta nasihat  daripada  ulama yang muktabar jika berminat mahu dapatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap tafsiran ayat di atas.

Penulis merujuk ayat ini bagi menasihati diri penulis dan para pembaca agar berhati-hati dengan tindakan masing-masing dalam menghadapi hidup ini yang penuh pancaroba. Antara yang terbaru ialah, ada dikalangan individu di negara ini yang berasa amat marah apabila salah seorang warga asing yang terang-terang menghina Rasulullah S.A.W dihantar pulang bagi dibicarakan di negara beliau atas kesalahan berkenaan. Ini termasuklah hingga mendapatkan petisyen mahkamah yang dibuat bagi menghalang pesalah berkenaan dari dihantar ke negaranya semula untuk dibicarakan berdasarkan undang-undang negara berkenaan.

Ada juga dikalangan individu yang bukan Islam pula semakin sering berani mempertikaikan amalan orang-orang Islam, tetapi malangnya masih ada juga yang sanggup bekerjasama lebih erat dengan mereka. Lebih malang lagi jika benar adanya dakwaan bahawa ada suatu golongan yang telah berpegang kepada dasar hak asasi manusia dalam melakukan kemungkaran dan melanggar larangan hukum Islam.

Penulis tidak berniat menjatuhkan hukum kerana, penulis tidak layak berbuat demikian. Namun cukup bagi penulis memaparkan secebis kalam dari Allah S.W.T. sebagai renungan bersama.

Wallahualam

Ulama Dan Cendekiawan Islam Perlu Bantu Tangkis Fitnah Di Alam Siber

27 Rabiulawal 1433

Penulis tertarik dengan laporan Bernama pada , 19 Feb, 2012 yang melaporkan bahawa gesaan terhadap golongan ulama dan cendekiawan Islam agar perlu membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah tidak bertanggungjawab mengenai kerajaan dan Islam.Ini termasuklah segala bentuk berita yang bercorak fitnah di alam siber.

Laporan berkenaan memetik bahawa Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Datuk Dr Sidek Baba yang berkata berkatabahawa kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan."Sejak zaman kerajaan Islam Andalusia lagi, kita lihat hubungan antara ulama dan umara amat baik. Melalui hubungan ini juga, ulama perlu berikan pandangan dan nasihat supaya kerajaan dapat berjalan dengan baik.

 "Kini kita berdepan dengan dimensi maya di mana fitnah dilakukan dalam dimensi ini, terutama oleh generasi muda, jadi ulama perlu mendekati golongan ini dengan kasih sayang, tegur dengan bijaksana, dan kritik dengan adab," katanya kepada Bernama pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini.Beliau berkata ulama dan cendekiawan Islam juga perlu bersikap terbuka kepada penulis maya kerana mereka berpotensi sebagai pembina negara suatu hari nanti.

Selain daripada itu penulis juga berpendapat bahawa golongan berkenaan juga perlu terjun ke alam siber bagi lebih memahami cabaran yang ada di alam berkenaan. Zaman berceramah di masjid-masjid dan surau-surau semata-mata perlu diperkasakan dengan menggunakan alam siber sebagai platform baru menyampaikan seruan dakwah.

Wallahualam

Sumber- BERNAMA

Status Amalan Bergantung Pada Niat

26 Rabiulawal 1433

Daripada Amirul Mukminin Abu Hanifah, Umar bin Al-Khatab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatnya".

Riwayat al-Bukhari , Muslim, Abu Daud, Al Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad

Untuk Huraian bolehlah merujuk buku-buku tulisan Hadis 40 Imam Nawawi antaranya tulisan Ustaz Dr Zahazan Mohamed .

Wallahualam

Saturday, February 18, 2012

VAIOku Pulih Kembali

26 Rabiulawal 1433

Sudah lebih kurang seminggu penulis tidak dapat menulis dan melayari internet dengan sempurna disebabkan keadaan yang agak tidak stabil semasa melayari internet. Pada mulanya penulis menyangkakan masalah ini  disebabkan oleh applikasi atau maslah yang berlaku pada penyedia perkhidmatan internet. Sampai satu ketika hendak mengemaskinikan blogpun tidak dapat dilakukan disebabkan kadangkala susunan blog menjadi kucar kacir seperti diceroboh oleh pihak luar.

Namun, apabila melihat anak-anak berada dalam keadaan gembira sahaja melayari internet melalui Youtube, melihat kartun kegemaran mereka, upin dan ipin, maka penulis mencuba menggunakan "handphone" pula. Namun keadaan di "handphone" sebaliknya tidak menunjukkan sebarang masalah. Maka dalam hati, sahlah laptop VAIO yang wujud  sejak 2005 lagi sedang mengalami masalah. Memang model ini sudah tiada di pasaran dan penulis masih menggunakannya lagi kerana ianya masih "relevant" disebabkan penjagaan yang baik selama ini.

Maka terpaksalah diaktifkan kembali" recovery tool" dan ianya kemudian dapat diaktifkan kembali seperti mana ianya baru dibeli. namun yang menjadi masalah applikasi "internet explorer" terpaksa dikemaskini serta merta kerana sudah ketinggalan zaman. Namun begitu, alhamdulillah segalanya sudah berjaya dipulihkan, cuma beberapa applikasi yang telah di "download"kan sebelum ini terpaksi dicari semula.

Wallahualam

Ibubapa & Guru - Dulu dan Sekarang

24 Rabiulawal 1433

Penulis sempat menghadiri mesyuarat PIBG(Persatuan Ibubapa dan Guru-guru) di sebuah sekolah menengah di tempat tinggal penulis.Maklumlah umur semakin meningkat dan anak yang sulung telah menjejakkan ke tingkatan satu, maka perlulah penulis turut serta buat kali pertama dalam kehidupan ini .Namun penulis amat terkejut apabila melihat gelagat sebilangan ibu bapa yang seolah-olah menjadikan mesyuarat berkenaan seperti mesyuarat sebuah parti politik. Kadangkala isu-isu yang agak remeh juga boleh mewujudkan suasana tegang.

Ada yang mempertikaikan akan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk kebajikan guru berbanding pelajar seperti menyambut hari guru, meraikan persaraan dan sebagainya.. Bagi penulis dah namanya persatuan ibubapa dan guru-guru, maka tak salahlah kebajikan guru diutamakan. Lagipun para pelajar terlalu ramai, maka, jika nak jaga kepentingan pelajar, maka perlu adakan pula tabung pelajar di sekolah. Hal ini telah menunjukkan bahawa sudah adanya jurang yang semakin luas diantara ibu bapa dan guru-guru. Guru semakin tidak dihormati dan segelintir ibubapa dan ini telah memberikan contoh yang tidak baik kepada pelajar. Segala usaha dan jerit payah guru semakin dipandang sinis dan sering dicari salah.

Ini berbeza jika dibandingkan pada zaman dahulu di mana guru-guru amat disegani dan dihormati. Pantang ibubapa jika mendengar anak mereka dirotan guru, maka bukannya dibela anak-anak, sebaliknya ditambah lagi bilangan rotan kepada anak-anak mereka.Selain daripada itu, kalau dikampung-kampung guru-guru selalunya tidak putus-putus dihadiahkan dengan buah-buahan dan sayur sayuran. Ini berbeza dengan zaman sekarang, ibubapa menyerang guru dan guru pula kadangkala membelasah pelajar.

Bagi penulis, untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu, guru-guru perlu dihormati dan diberi keutamaan. Jika guru gembira, maka yang untungnya ialah anak-anak kita juga dimana insyaallah mereka juga akan menjaga kebajikan anak-anak kita sebagaimana kebajikan mereka dijaga. Sebenarnya tips untuk berjaya dalam pelajaran ialah, dengan menghormati guru. Jika anak-anak menghormati guru, mereka akan datang ke sekolah, memberi tumpuan dan menyelesaikan latihan-latihan yang telah diberikan. Ini sudah tentunya meningkatkan peluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang kepada pelajar.

Wallahualam

Penulisan Di Alam Siber Perlu Dibuat Secara Berhati-hati

26 Rabiulawal 1433

Penulis amat bersetuju atas seruan beberapa pihak agar sebarang penulisan di alam siber dapat dilakukan secara berhemah. Ini lebih-lebih lagi sebarang bentuk penulisan yang berkaitan hukum hakam terhadap pengetahuan dan amalan Islam. Namun begitu diharapkan agar saranan seperti ini tidak disalahtafsirkan bakal menghalang penyampaian ilmu-ilmu keislaman oleh penulis-penulis di alam siber dan ianya tidak seharusnya melemahkan semangat mereka yang berkenaan.

Ini penting kerana, kita boleh bilang berapa kerat sangat ahli-ahli alim ulama yang aktif dengan facebook, twitter , blog dan sebagainya bagi menyampaikan seruan dakwah kepada golongan sesaran terutama golongan remaja. Kalau adapun ianya melibatkan alim ulama yang aktif dengan parti politik, ataupun yang sudah menjadi personaliti di media arus perdana.

Tugas menyampaikan sebenarnya bukan tertakluk kepada alim ulama sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab ke atas semua yang mengaku sebagai orang yang beriman, walaupun hanya dengan sebaris ayat.Penulis-penulis seperti inilah yang bakal menjadi benteng utama di alam ini jika berlakunya dakyah-dakyah yang tidak diingini atau serangan ke atas agama Islam di alam ini. Sekurang-kurangnya golongan ini boleh bertindak sebagai mata dan telinga untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib jika berlakunya gejala yang tidak diigini seperti penghinaan ke atas Islam, gejala murtad dan  sebagainya. Namun setiap penulisan dalam bab keagamaan perlulah berdasarkan sumber yang jelas.

Bagi penulisan yang bercorak lain pula, segala maklumat yang disampaikan perlulah berpegang kepada kebenaran, mengelakkan fitnah, menyakitkan hati dan sebagainya.Jadikanlah penulisan di alam siber ini sebagai suatu pengalaman yang sering mengujakan.

Wallahualam

Friday, February 17, 2012

Gara-gara Bersikap Jujur ?

24 Rabiulawal 1433

Seorang pelangan sedang beratur di sebuah restoran makanan segera bersama pasangannya untuk membeli ayam goreng kegemarannya. Disebabkan suasana ramai pelanggan di kaunter bayaran, setelah menerima bungkusan makanan, maka pasangan kekasih tadi terkejut bahawa tiada ayam goreng dalam bungkusan berkenaan dan sebaliknya jenis makanan lain yang terdapat dalam bungkusan yang diterima.Mereka juga menerima baki amaun yang jumlahnya agak besar disebabkan kesalahan jurujual berkenaandi kaunter pembayaran.

Maka pasangan lelaki berpatah balik dengan pasangannya untuk memulangkan baki wang yang tersalah beri.Maka terkejutlah pemilik berkenaan akan masih ada orang yang berhati bersih pada zaman ini. Disebabkan rasa gembira, pemilik restoran berkenaan hendak memberikan suatu paparan khas di akhbar tentang kisah berkenaan di akhbar sempena majlis penghargaan oleh kerana kebetulan pada masa yang sama beliau sedang bersama wartawan untuk mempromosikan restoran beliau. Ini termasuklah paparan bergambar pasangan berkenaan dengan pemilik restoran tersebut.Namun begitu, pelawaan berkenaan ditolak oleh pasangan berkenaan walaupun dipujuk berkali-kali oleh pemilik restoran berkenaan, sebaliknya meminta ayam goreng yang dipesannya itu.

Akhir sekali pemilik restoran berkenaan bertanya kepada pasangan lelaki sebab utama mereka enggan kisah mereka menjadi paparan sedangkan peluang berkenaan amat sukar diperolehi. Akhirnya pasangan lelaki berkata, " Kalau kisah kami masuk akhbar, nanti isteri dan anak-anak saya tahulah saya makan ayam goreng dengan kekasih saya di restoran awak!".


Wallahualam

Wednesday, February 15, 2012

Tindakan PM Tak Menyalahi Hukum Syarak- Harussani

23 Rabiulawal 1433

BANGI 15 Feb. 2012 - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar
Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.
Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.
"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur.

Sumber - Utusan Malaysia & BERNAMA

Tuesday, February 14, 2012

Setahun Sudah Berlalu

22 Rabiulawal 1433

Hari ini telah genap setahun blog ini telah ditubuhkan walaupun terasa agak baru semalam ianya berlalu. Ini menunjukkan begitu cepat masa berlalu yang telah meninggalkan kita. Namun penulis berharap agar setiap penulisan yang dipaparkan di blog ini akan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para pembaca dan pengunjungnya.Teruskan mengunjung.

Wallahualam

Sunday, February 12, 2012

142 Lagi Kes Jangkitan AGE Dikesan Di Perak

20 Rabiulawal 1433


IPOH, 12 Feb , 2012 - Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi.

Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.

Sementara itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil apa sahaja tindakan perlu bagi memastikan kes tersebut tidak berulang.

 "Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.

Sumber- BERNAMA

Penceramah Bebas Kesal Difitnah

20 Rabiulawal 1433

IPOH 11 Feb. - Penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias, melahirkan kekesalannya apabila difitnah sebagai ahli UMNO dan akan bertanding sebagai calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau juga melahirkan kebimbangan beliau mengenai senario semasa yang menunjukkan pemahaman umat Islam tentang agama telah disalah ertikan oleh pemimpin parti politik.

Bercakap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada ceramah Selamatkan Akidah Umat Islam di Padang Kampung Pengkalan Pegoh di sini malam tadi, Muhammad Kazim berkata, parti politik adalah manusia dan pemimpin parti juga bukan rasul atau nabi yang tidak boleh dipertikaikan.

"Tak masuk parti bukan Islam, keluar parti bukan Islam dan kalau tak sokong parti tidak Islam. Apabila ditegur, kena pecat.

"Pemimpin parti bukan rasul. Ketaatan mutlak hanya untuk Allah dan Rasul," katanya pada ceramah yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Penceramah bebas yang popular itu juga menegur pemimpin tertentu yang menghina Nabi Muhammad dalam beberapa perkara termasuk menyamakan baginda dengan kanak-kanak biasa lain semasa belum dilantik menjadi Rasulullah.

Beliau juga kecewa apabila pemimpin tertentu yang menggelarkan diri sebagai ulama mempertikaikan perarakan pada hari Maulidur Rasul kerana ia tidak diamalkan oleh Rasulullah tetapi menggalakkan pengikut mereka pergi ke Perhimpunan Bersih.

Menurut Muhammad Kazim, apa salahnya umat Islam berselawat dan menuju ke masjid dan mereka semuanya menutup aurat semasa perarakan Maulidur Rasul.

Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, February 11, 2012

Teguran Mufti Perak Terhadap PM -Datuk Dr Ismail Ibrahim Meminta Majlis Fatwa Kebangsaan Nyatakan Pendirian

19 Rabiulawal 1433

Sinar Harian hari ini juga melaporkan di SHAH ALAM  bahawa Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.

"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Menurut laporan media semalam, Harussani melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir samputan Thaipusam sebelum ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya.

Lanjut  lagi :

http://www.sinarharian.com.my/nasional/majlis-fatwa-diminta-respons-fatwa-harussani-1.23266


Komen Penulis:

Teguran ini perlulah diterima secara berlapang dada di samping kita sentiasa perlu berazam untuk memperbaiki diri. Ini membuktikan Tan Sri Harussani tidak memilih bulu dalam memberi teguran dan bukan ejen UMNO semata-mata seperti mana yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini. Isu ini janganlah pula dipolitikkan pula.

Wallahualam

Isu Pergaduhan di Restoran KFC - Kenapa Perlu Adu Kepada Parti Politik

19 Rabiulawal 1433

Isu di atas agak panas dilaporkan di laman blog dan website dan kurang dikeluarkan di media arus perdana kecuali di Sinar Harian.Sejak awal lagi penulis berpendapat ianya tidak perlu dipolitikkan. Persoalannya sekarang mengapa pelanggan berkenaan membuat aduan kepada sebuah parti yang bercap Roket yang dikenali dengan sikap perkauman yang kuat?Kenapa tak diadukan kepada FOMCA ke, persatuanpengguna ke? Sedangkan yang pekerja berbangsa Melayu pula tidak mengadu kepada mana-mana parti politikpun untuk mendapatkan pembelaan.

Sinar Harian hari ini pula melaporkan pihak PR di selangor membuat kenyataan dari ahli Parlimen Shah Alam


"Menurut Khalid, beliau mendapati pergaduhan di restoran makanan segera itu berlaku hanya kerana salah faham dan kesilapan kedua-dua pihak.“Pergaduhan ini terjadi kerana kesilapan kedua-dua pihak dan tidak membabitkan isu perkauman langsung.

“Ini tidak wajar berlaku kerana saya pasti kedua-dua belah pihak boleh memahami situasi dan tekanan dialami kedua-dua belah pihak,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Tambahnya, perkara itu boleh dielakkan jika pihak pengurusan lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan manakala para pelanggan pula bersabar dan cuba memahami tekanan dihadapi para pekerja restoran.

“Jika tidak puas hati, kedua-dua pihak boleh membuat laporan. Pihak pengurusan boleh buat aduan mengenai sikap pelanggan dan pelanggan juga boleh buat aduan mengenai servis dan layanan pekerja... salah faham seperti ini bukan boleh diselesaikan dengan pergaduhan dan tindakan kasar," katanya lagi.

Menurut Lip Eng, beliau difahamkan pihak polis akan memanggil pelanggan terbabit, Danny Ng, 26, untuk proses pengecaman di ibu pejabat polis Shah Alam dalam waktu terdekat.

Beliau berjanji untuk memulihkan keadaan dan meyakinkan mangsa untuk berdamai jika pekerja KFC itu tampil meminta maaf.

 “Ia hanya soal nak beli ayam goreng, jangan tarik isu ini kepada isu perkauman, tidak ada justifikasi untuk memprovokasi atau bertindak kasar terhadap masalah seperti ini,” katanya."



Sila rujuk :http://www.sinarharian.com.my/nasional/pr-jangan-jadikan-gaduh-di-kfc-i-city-isu-kaum-1.23256


Namun persoalannya kenapa pekerja itu sahaja yang perlu meminta maaf? Apakah beliau seorang Melayu dan akan nampak salah semata-mata ?Kenapa tidak dicari penyelesaian menang menang?Kenapa kedua-dua tak di leku sorang-sorang? Menyusahkan orang aje...


Wallahualam



Mufti Perak: Hari Suami Isteri tak sesuai 14 Februari

19 Rabiulawal 1433

Sinar Harian Online hari ini telah melaporkan di SHAH ALAM bahawa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.


Jelasnya, jika ada pihak mahukan sambutan Hari Suami Isteri tetap pada tarikh 14 Februari, maka ia boleh jatuh hukum haram kerana ramai memaklumi mengenai sejarah perayaan pada tarikh berkenaan.

“Walaupun ada niat baik, tetapi pelaksanaannya tidak tepat. Banyak lagi tarikh lain. Jika tidak mahu dilaksanakan pada hari Maulidur Rasul, boleh pilih tarikh lain.

“Jangan menggantikan nama hari sahaja sedangkan tarikh itu telah dikenali sebagai hari kekasih oleh kaum lain. Tiada bezanya menukar nama tetapi tetap ada sambutan,” katanya.

Kelmarin, Kelantan mengumukan ia bercadang menggantikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri. Hari Suami Isteri itu adalah untuk memberi semangat kepada Umat Islam untuk mengikuti acuan hidup sebagai Islam dan melahirkan keluarga bahagia.

Komen Penulis- Penulis amat bersetuju dengan pendapat mufti berkenaan kerana hari suami sebenarnya perlu disambut Hari-Hari. Hari- hari mau... Mau sambutlah..he..he..

Katakan Tidak Kepada "Valentine Day" dan yang sama dengannya.

Wallahualam

Sumber : Sinar Harian Online

Friday, February 10, 2012

Lintah oh Lintah

18 Rabiulawal 1433


KUALA LUMPUR 10 Feb, 2012  Berita Harian Online telah melaporkan semalam bahawa belum ada lagi kajian dilakukan menunjukkan lintah boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui rawatan bekam termasuk penyakit batuk kering (tibi).

Menurut Doktor dan Koordinator Makmal, Unit Kesihatan Haiwan Akuatik, Fakulti Perubatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hassan Mohd Daud berkata, kajian klinikal di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) lintah boleh merawat penyakit seperti migrain serta resdung selain tidak memberi kesan sampingan melalui gigitannya.

“Kajian klinikal mengenai lintah belum dijalankan di negara ini, namun ia giat dilakukan di luar negara dan tiada kajian menunjukkan lintah mendatangkan mudarat kepada manusia, ” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan lintah boleh menyebarkan penyakit melalui rawatan bekam lintah berikutan kenyataan pakar dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman yang didatangi dua pesakit dijangkiti batuk kering ganjil selepas mendapatkan rawatan bekam lintah.

Katanya, tidak mungkin lintah mampu menyebarkan penyakit tibi kerana ia hanya boleh berjangkit melalui udara dan kemungkinan lintah menyebarkan bakteria yang ada padanya amat rendah.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha bekam lintah perlu memastikan lintah dikuarantin dan dibersihkan mengikut prosedur yang betul terlebih dulu sebelum digunakan terhadap pesakit.

Katanya, hasil analisis dijalankan terhadap lintah dikuarantin sehingga tiga minggu dengan kawalan suhu dan pH air yang betul menunjukkan hanya bakteria biasa ditemui pada usus dan mulut lintah turut ditemui di tanah dan air.“Dengan penggunaan bahan tertentu seperti kunyit dan halia, semua bakteria berbahaya terbunuh kerana dua bahan berkenaan mempunyai bahan antiseptik yang mampu membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan bekam lintah supaya memeriksa terlebih dulu prosedur kebersihan yang diambil pengusaha rawatan berkenaan.


Komen Penulis  : Balik kampung dan redah belukar, sah kita akan digigit pacat secara semulajadi.Itu yang lebih praktikal dan selamat.

Sumber : Berita Harian Online

Dua Bayi Maut Diserang Rotavirus

18 Rabiulawal 1433

TAPAH, 10 Feb, 2012- Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini Jumaat.

Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.

Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.

Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.

"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.

Sumber - BERNAMA

Lima Sekeluarga Islam Diami Rumah Kebajikan Gereja

18 Rabiulawal 1433

Utusan Malaysia telah melaporkan di  BATU PAHAT 9 Feb, 2012 bahawa  Seorang ibu tunggal dan empat anaknya terpaksa sanggup tinggal di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh sebuah gereja di ibu kota akibat desakan hidup selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam dan dikhuatiri akidah mereka boleh terpesong jika terus dibiarkan tinggal di situ.

Menurutnya, wanita yang berasal dari Rengit dekat sini itu, bukan sahaja menderita ditinggalkan oleh suami, malah tidak diendahkan oleh keluarganya.

Ekoran itu, dia akan empat anaknya meninggalkan kampung dan berpindah ke ibu kota untuk memulakan hidup baharu.

“Bagaimanapun, cabaran hidup di ibu kota ‘mengasak’ wanita itu hingga dia menerima tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan kendalian sebuah gereja yang menjanjikan kehidupan lebih sempurna,” .eliau memberitahu, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tahun lalu dan bertindak daripada maklumat itu, beliau bersama NGO tersebut berusaha membawa keluar wanita berkenaan bersama anak-anaknya dari rumah kendalian gereja berkenaan.

“Kami memindahkan wanita itu tinggal di rumah lain dan sewa selama setahun saya tanggung bagi meringankan bebannya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Mohd. Puad berkata, situasi malang itu tidak akan berlaku jika transformasi berlaku dalam institusi masyarakat seperti masjid dan surau supaya lebih prihatin terhadap penduduk di kariah masing-masing, terutama dalam menjaga kebajikan, mengesan dan membantu golongan yang susah di kawasan mereka.

“Jangan hanya salahkan pihak lain yang cuba memesongkan akidah umat Islam, tetapi renung kelemahan kita kerana institusi masyarakat termasuk masjid dan surau tidak mengalami transformasi, sebaliknya hanya terlalu menumpukan kepada aktiviti ibadat rutin sehingga seolah-olah mengabaikan kebajikan masyarakat.

“Jika kita lebih prihatin, kejadian seperti ini tidak terjadi dan ia perlu menjadi renungan bersama terutama dalam menjayakan transformasi masjid dan surau sebagai institusi ummah, sekali gus menyelamatkan akidah saudara kita,” katanya.

Mohd. Puad berkata, masjid dan surau juga perlu melakukan inisiatif seperti memberi makanan dan bantuan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bagi membolehkan mereka mempunyai tempat untuk mengadu dan tidak terpengaruh dengan golongan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, February 9, 2012

Butakah Cinta? Katakan Tidak Kepada Sambutan Hari Kekasih

17 Rabiulawal 1433

Penulis hanya hendak menyebarkan mesej khutbah Jumaat pada minggu ini. Ianya bertajuk "Butakah Cinta". Ini kerana rata-rata muda mudi di kalangan umat Islam sering didapati mengidolakan pihak yang mempromosikan atau memplopori hari yang diisytiharkan oleh seorang tokoh bukan di kalangan umat Islam terhadap suatu hari yang dinamakan Hari Kekasih atau "Valentine Day".

Hari ini berasal daripada suatu peristiwa yang meraikan kejatuhan kerajaan Islam di Kordova. Ianya dimeriahkan dengan pemberian hadiah dan bunga ros yang berwarna merah. Selalunya sambutan ini diakhiri dengan kegiatan-kegiatan maksiat sehingga menyebabkan aktiviti penzinaan dikalangan pasangan yang sedang bercinta. Maka jika ini tidak dapat dielakkan maka tunggulah sembilan bulan nanti, maka akan lahirlah insan-insan yang tidak berdosa yang tidak mempunyai sah taraf hubungan ibu bapanya.

Majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa sambutan hari berkenaan adalah diharamkan bagi umat Islam. Adalah penting bagi kita untuk mengelakkan meraikan hari berkenaan. Apa yang sebenarnya yang perlu kita buat ialah dengan mencintai Allah dan rasulNya Muhammad s.a.w. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sehingga akhir hayat baginda, di kala nyawa di hujung jasad tetap memanggil kita dengan perkataan "Umatku!Umatku. Umatku!. Sebenarnya cinta tidak buta, tetapi rata-rata kita yang buta yang tidak tahu membalas cinta sebenarnya dari baginda Muhammad s.a.w.

Wallahualam

‘Tiada Rotan Akar Pun Berguna’- Persatuan Bola Sepak Perak

17 Rabiulawal 1433

Penulis tertarik dengan strategi Persatuan bola sepak Perak (PAFA)sebaik menerajui takhta Liga Malaysia pada masa kini. Menggunakan pepatah Melayu,  ‘tiada rotan akar pun berguna’ telah melonjakkan pasukan berkenaan ke puncak liga buat masa ini.

PAFA mengekalkan khidmat Lazar Popovic sekurang-kurangnya sehingga tingkap perpindahan April nanti biarpun penyerang Serbia itu masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas perlawanan keenam, kelmarin.

 Sumber berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat pengurusan pasukan yang diadakan Selasa lalu.

 “Selepas meneliti laporan dari jurulatih pasukan jawatankuasa berpuas hati dengan sumbangan Popovic biarpun masih kebuntuan jaringan. Hakikatnya ialah sukar mencari pengganti berwibawa dalam tempoh singkat ini justeru dalam ketiadaan rotan ini kita gunalah akar,”menurut sumber.

PENGURUSAN Perak meminta pemain kekal berpijak di bumi nyata di sebalik kejayaan merampas takhta daripada Kelantan selaku pendahulu baru Liga Super.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), berkata ranjau bagi skuad Seladang masih berliku tetapi menghambur pujian ke atas anak didik Norizan Bakar yang mengatasi Sarawak 2-1 di Ipoh, kelmarin.

Penulis sebagai anak kelahiran dan dibesarkan di Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bolasepak negeri Perak. Diharapkan tahun 2012 bakal memberikan kejayaan yang cemerlang buat kita semua.

Wallahualam

Sumber : Berita Harian Online

Aku Dan Arak ?

17 Rabiulawal 1433

Akhir-akhir ini banyak dipaparkan di media masa akan masalah sosial yang sedang melanda muda mudi dikalangan umat Islam di Malaysia berkaitan pengambilan arak. Sudah jelas bahawa arak telah diharamkan dan ianya telah termaktub di dalam Al Quran.

Antara punca-punca gejala ini ialah disebabkan oleh lemahnya iman dikalangan umat Islam. Selain daripada itu tumbuhnya pusat-pusat hiburan telah menyebabkan gejala ini bertambah parah. Lebih malang lagi terdapat juga perselisihan dikalangan orang-orang politik di Malaysia terhadap penguatkuasaan pengharaman arak dikalangan umat Islam. Ini menyebabkan krisis sosial bertambah kritikal. Semuanya kalau boleh hendak dipolitikkan demi kepentingan undi. Keadaan sekarang, kalau boleh semuanya nak dipolitikkan, bak kata kiasan yang tak pataya nak dipatayakan, yang tak tomyam nak ditomyamkan  atau yang tak dalca nak di dalcakan semua(meminjam nama blog salah seoarang rakan ).

Ramai juga yang tidak sedar, ada juga yang terpengaruh mengambil minuman berkenaan apabila menghadiri rumah terbuka perayaan. Penulis semasa remaja pernah dijemput ke majlis rumah terbuka sebuah perayaan orang bukan Islam, iaitu majikan penulis sendiri ketika bekerja sebagai nelayan sewaktu zaman remaja dahulu.

Mula-mula kita disajikan dengan air kotak serta kacang tanah. Namun lama-kelamaan bila dah syok bersembang, mulalah ditawarkan untuk dijamu dengan minuman keras. Yang menyedihkan ada rakan-rakan yang sempat berkata " Ini kalau minum, alamat 44 hari ibadat kita tak diterima..! "kata salah seorang rakan. Namun pengetahuan berkenaan tidak mampu membendung hasutan syaitan, dan akhirnya ramai rakan-rakan yang tewas. Tegurpun tak guna dan tak makan saman.

Alhamdulillah, iman penulis masih ada dan penulis mengambil keputusan terus meninggalkan majlis berkenaan ketika beberapa rakan mula meneguk air syaitan berkenaan. Bagi penulis, itu adalah cabaran remaja pada lebih kurang 15 hingga 20 tahun yang lalu. Sesungguhnya penulis percaya, cabaran yang ada pada masa sekarang sudah semestinya lebih hebat lagi. Bersamalah kita berdoa agar dijauhi diri kita dan keturunan, saudara-saudara serta sahabat-sahabat kita daripada gejala berkenaan.

Wallahualam

Doa Mohon Keampunan,Rahmat Dan Kemenangan Terhadap Golongan Kafir

17 Rabiulawal 1433

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Al Quran / Surah Al Baqarah ; Ayat 286

Wallhualam

Monday, February 6, 2012

Gara-gara Panas Baran: Suami Disahkan Mengandung?

14 Rabiulawal 1433

Panas baran adalah merupakan salah satu penyakit hati yang mungkin ada pada mana-mana individu. Antaranya ialah apabila kita marah dan terasa panas hati, kita digalakkan agar bertenang, dan jikalau kita tengah berdiri, kita dinasihatkan untuk duduk terlebih dahulu. Selain itu, seandainya kita melihat rakan kita tengah marah, mungkin kita boleh sajikan dia dengan seteguk air terlebih dahulu agar berkurangan rasa marahnya.

Namun dalam Islam, terdapat  cara bagi mengubati sifat marah antaranya seperti dengan mengambil wudhuk. Namun jika belum berhasil juga kita digalakkan mengerjakan sembahyang sunat. Jika masih belum berhasil juga, itu tandanya kita bukan manusia pada ketika itu.He.he..

Terdapat satu cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut, ceramah demi ceramah, motivasi ke motivasi,blog ke blog, face to face, tweet to tweet dan sebagainya tentang bab marah ini. Kisahnya, ada seorang suami yang mempunyai sifat panas baran. Tiap kali ada yang tidak kena, maka melentinglah dia tidak mengira masa. Pada suatu hari, disebabkan badannya tidak sihat, beliau pergilah ke klinik di kala waktu hampir tengah malam. Malangnya disebabkan doktor yang bertugas sudah pulang, maka si suami tadi tidak berkesempatan mandapatkan rawatan pada masa tersebut dan dinasihatkan oleh pembantu klinik agar datang semula keesokan harinya.

Oleh kerana si suami tadi mula menunjukkan sikap barannya, maka pembantu klinik tadi berjaya memujuknya dengan memberikan sebuah botol ujian air kencing unuk dibawa keesokan hari untuk diuji di samping menasihatkan agar si suami tadi  agar berpuasa keesokan hari untuk dilakukan ujian darah. Apabila melihat keseriusan cara pembantu klinik cuba membantunya, maka si suami tadi bersetuju untuk datang semula pada awal-awal pagi sebaik sahaja klinik dibuka pada hari esok.

Apabila tibanya waktu pagi , si suami tadi selepas mandi di bilik air awal-awal lagi menyediakan sampel air kencingnya. Namun beliau terlupa menangambilnya di bilik air sebaik sahaja selesai mandi, lalu bilik air berkenan diambil alih sesinya oleh si isteri pula. Dengan tidak disengajakan sampel air kencing si suami tadi terjatuh dan tertumpah sampai habis. Lalu mengeluhlah si isteri, "Habislah! kalau aku beritahu suami, boleh jadi perang dunia ketiga dibuatnya. Baik aku gantikan aje dengan aku punya. Lagipun demam atau sakit macam tu, takkan sampai nak ambil ujian air kencing"? kata sang isteri di dalam hati. Maka sang suami tadipun meminta si isteri tadi menghulurkan dengan segera sampel berkenaan kerana beliau mahu segera ke klinik.

Apabila di klinik, maka pembantu klinik awal-awal lagi menerangkan kepada Dr yang bertugas akan  sikap seorang pesakit ini. Lalu Dr yang bertugas setuju membuat ujuan seperti mana yang dijanjikan semalam. Pada masa yang sama ada seorang petugas klinik yang sedang melakukan ujian praktikal di klinik berkenaan.Apabila tiba bab ujian air kencing, pelatih ini melakukan semua ujian termasuklah dalam bab ujian kehamilan dan kebetulan pada awal pagi ramai pula golongan wanita yang datang mendapatkan rawatan. Maka sampel si suami tadi juga cuba-cuba diuji oleh pelatih tadi kerana menjangkakan keputusannya akan negatif

Apabila keputusan ujian dikeluarkan, maka Dr yang bertugas seolah kebingungan. Si suami tadi kehairanan melihat kelakuan Dr berkenaan lalu bertanya. "Kenapa Dr? Apa masalah saya ?".Awak tak sakit apa-apa, tetapi ujian air kencing encik menunjukkan , encik telah mengandung 2 bulan !"jawab Dr.Seluruh kakitangan klinik gempar seketika dibuatnya...

Pengajaran:

Sikap panas baran menyusahkan ramai orang.

Wallahualam

Sunday, February 5, 2012

Bagaimana Hendak Berhenti Merokok ?

13 Rabiulawal 1433

Alhamdulillah, penulis bukanlah seorang perokok. Namun semasa kecil iaitu ketika berumur 10 tahun penulis sedah mula belajar merokok. Iaitu di kala puntung rokok yang masih menyala dibuang oleh bapa penulis yang kemudiannya dikutip serta dihisap oleh penulis disudut belakang rumah yang tersorok. Baik punya "landing" ketika itu. Penulis juga menjadi budak suruhan membeli rokok. Masih ingat lagi pada ketika itu , rokok berjenama Dunhill berharga RM 1.40 untuk 14 batang manakala RM 2.40 untuk kotak yang berjumlah 20 batang.

Namun penulis berasa amat benci pada setiap kali disuruh oleh arwah bapa ke kedai hanya semata-mata untuk membeli sekotak rokok .Kedai pulak bukannya dekat, 1 km jugaklah jaraknya. Namun disebabkan taat pada bapa, penulis gagahi juga, dan kebetulan pada masa itu bapa penulis berada dalam keadaan lumpuh di kaki dan tidak boleh berjalan. Lagipun pada masa itu hukum merokok dijatuhi hukum sebagai makruh iaitu sama standart macam kita makan jeruk . Disebabkan rasa benci juga, maka penulis beriltizam tidak mahu merokok.

Alhamdulillah tak pula rasa ketagih ketika itu. Selain itu , atuk perempuan sebelah emak penulis juga merokok pada masa yang sama. Apa lagi, penulispun sama-sama layan dengan atuk laarokok daun nipah,. Cucu lah katakan, diapun tak pula larang . Cuma penulis tidak mahu mencuba meletakkan tembakau, kerana malas hendak menggulung disebabkan cara penggulungannya yang agak memerlukan seni yang tersendiri.

Sampailah sekarang ini, penulis berjaya untuk kekal tidak merokok tambahan lagi harga sekotak sudah teramat mahal di pasaran. Kebetulan semalam penulis dengan tidak sengaja menyertai sebuah majlis ilmu. Tiba-tiba timbul isu bab rokok. Ustaz yang berceramah cuba melontarkan cadangan.Katanya lebih kurang "Apa kata tuan-tuan atau puan-puan yang merokok membaca Bismillah ketika hendak merokok seperti mana tuan-tuan hendak makan? Dan selepas habis merokok atau ketika puas menyedut.., ucapkan dengan Alhamdulillah..."

Persoalan yang dilontarkan di sini, adakah kita sanggup berbuat demikian? Apakah kita gamak berbuat demikian, sekiranya kita tahu bahawa hukum merokok sekarang adalah haram. Sama juga jika ketika kita hendak berjimak dengan bukan isteri atau suami. Apakah kita sanggup melakukan zina dengan membaca Bismillah terlebih dahulu?

Maka petuanya disini, jika kita membaca Bismillih mendahului apa yang ingin kita lakukan setiap masa dan ketika, kita akan mengingati Allah S.W.T. Tetapi malangnya ramai dikalangan kita termasuk penulis agak leka dengan petua atau tips berkenaan. Selamat mencuba.

Wallahualam

Ketulusan Hati Baginda Rasulullah s.a.w.

12 Rabiulawal 1433

Sesungguhnya keadaan semasa di dunia pada masa kini begitu mencabar. Hari demi hari kita dapati bahawa pelbagai peristiwa yang menyayat hati berlaku di mana-mana di dunia ini. Kejadian pembunuhan kejam, rompakan, keganasan dan sebagainya seolah-olah berlaku tanpa henti henti. Kecanggihan sistem perhubungan telah mempercepatkan pelbagai peristiwa berkenaan disebarkan diseluruh dunia.

Di negara-negara Islam di Timur tengah pula sedang bergelut dengan perang saudara sesama Islam. Darah saudara seagama dihalalkan untuk dibunuh. Alangkah baiknya jika tenaga berkenaan dapat digunapakai untuk berjihat pada jalan Allah dan menakut-nakutkan musuhNya serta membebaskan saudara Islam kita yang lain yang sedang ditindas di seluruh dunia.

Penulis merujuk kepada khutbah jumaat yang lepas yang penulis dengar bahawa diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Malaikat Jibrail di kala Baginda sering menangis. Apabila ditanya Jibrail, Rasulullah memberitahu bahawa baginda amat bimbangkan akan keselamatan umatnya sama ada di dunia atau di padang Mahsyar pada hari pembalasan nanti. Maka diwahyukan agar baginda, Nabi Muhammad s.a.w. meminta apa sahaja untuk kesejahteraan umat baginda. Cuma yang tidak diperkenankan ialah kepastian bahawa umatnya tidak akan dijajahi oleh kuasa asing, kecuali mereka sendiri yang membuka ruang dengan tidak bersatu padu dan berpecah belah.

Kita lihat di sini amat jelas baginda adalah insan yang diturunkan sebagai rahmat sekalian alam. Cinta baginda terhadap umat baginda tidak terbatas. Malang sekali bagi kita rupanya cinta baginda, di mana rata-rata di kalangan kita tidak membalasnya. Kita sering gagal menilai yang mana intan dan yang mana permata. Kita sering mengidolakan ikon-ikon dan pemimpin yang tidak beriman atas nama kepentingan dunia. Rata-rata dari kita melupakan kasih suci baginda kepada kita yang memanggil nama kita(umatku! umatku! umatku!)hingga ke akhir hayat baginda.

Cukuplah. Janganlah kita umat Islam terus bersengketa sesama sendiri.Maka jadikanlah bulan Rabiulawal pada tahun ini sebagai anjakan perubahan di dalam diri bagi mengikuti sunnah dan mengamalkan ketulusan hati seperti baginda.Sekurang-kurangnya paling terukpun, sebagai permulaan, memadailah jika ada sekelumit dalam hati untuk berazam cuba mengenali baginda.Tak kenal maka tak cinta.

Wallahualam

Saturday, February 4, 2012

Astaghfirullah -Apabila Gejala Rasuah Juga Melanda Bab Ibadah

12 Rabiulawal 1433

Hati penulis berasa amat kecewa apabila membaca artikel di salah sebuah akhbar utama pada hari ini. Ianya berkaitan gejala rasuah yang mula melanda dalam bab menguruskan ibadat haji. Gejala ini menyebabkan ada golongan yang telah lebih daripada sepuluh kali mengerjakan ibadat berkenaan dapat lagi mengerjakan ibadat berkenaan berulangkali tanpa mengikut giliran.

Jika bab bola sepak negara, penulis mungkin tak berapa hairan sangat. Apa yang menyedihkan jika urusan agama juga dilanda gejala rasuah berkenaan sehingga memaksa SPRM masuk campur.Jika ada yang terdesak unuk menunaikan ibadat berkenaan buat kali pertama, mungkin penulis boleh memahami, tetapi jika sudah berulang-ulang kali mengerjakan haji, itu seolah-olah tak haloba nampak gayanya. Jika terdesak bagi kali pertama sekalipun, penulis yakin masih ada jalannya jika berbincang secara baik dengan Tabung Haji atau menggunakan  kaedah pakej khas yang disediakan dengan membayar lebih dan bukan menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara serta masih mengharapkan pada kadar harga subsidi Tabung Haji.

Maka tak hairanlah jika anda mendaftar hari ini untuk menunaikan ibadat berkenaan, anda mungkin terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk sampai giliran disebabkan oleh sikap golongan yang tamak ini sama ada pemberi atau pelangan khidmat berkenaan.Apapun, penulis merasa amat kecewa dengan isu berkenaan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka berkenaan dan kita semua.

Wallahualam

Pisang

12 Rabiul awal 1433

Salah satu daripada hobi penulis ialah menanam pokok. Maklumlah asal usul daripada kampung. Namun baru-baru ini dengan tidak disedari pokok pisang jenis lemak manis yang ditanam di dalam pasu telah mengeluarkan bunga dan putik. Ianya mampu memberi keceriaan di hati penulis kerana sudah sekian lama menunggu akhirnya ianya mula berbuah.


Pisang Lemak Manis@MyBancik 2012


Walaupun jumlah sikat yang dikeluarkan nampaknya tidak seberapa, namun cukuplah bagi pokok yang hanya ditanam di dalam pasu . Namun harap-harap rasanya juga enak juga bila masak nanti.

Wallahualam

Andai Rasulullah Bersama Kita :Salam Maulidurrasul 1433

11 Rabiulawal 1433

Beberapa detik sahaja lagi kita akan menempuhi hari yang telah menjadi suatu rahmat bagi sekalian manusia. Hari di mana kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. Agak ramai di kalangan kita yang tidak mencintai baginda sedangkan sehingga di akhir hayat baginda , baginda sering mengucapkan umatku!, umatku!, umatku!

Dikala langit mendung, beliau diriwayatkan sering mundar mandir berasa gelisah kiranya diturunkan bala ke atas umatnya. Tapi sayang, ada di kalangan kita sering menganjurkan sembahyang hajat atau berdoa secara berjemaah bagi menghancurkan saudara seagama kita disebabkan perbezaan fahaman politik

Di kala rasul -rasul a. s . lain menggunakan kemustajaban doa mereka untuk menghancurkan kaum mereka yang ingkar, namun baginda Rasulullah s.a.w. menyimpan doa tersebut demi kepentingan umatnya di akhirat nanti bagi melepaskan kesengsaraan umatnya.

Subhanallah!!!, Sungguh mulia insan yang diutuskan ke atas kami Ya Allah!.Sesungguhnya aku berharap agar diriku, isteri, keturunanku, ibu bapaku sahabat-sahabatku akan diletakkan bersama dikalangan yang mendapat syafaatmu Ya Rasulullah. Kadangkala di hati kecil  ini berkata.. Andaikata Rasulullah bersama kita.....

Wallahualam

Wednesday, February 1, 2012

Bihun Sup 1RM, 1 Malaysia

8 Rabiulawal 1433

Satu lagi menu makanan yang berharga RM 1 yang penulis ingin kongsikan di sini. Ianya berkenaan dengan bihun sup berharga RM 1 yang terdapat di Kemunting , Taiping Perak. Kedudukan lokasi gerainya ialah bersebelahan dengan stesen Petronas di Kemunting Taiping.

Bihun sup RM 1@MyBancik 2012
Walaupun jumlahnya tidak terlalu banyak, namun bagi penulis ianya agak berpatutan dengan harga berkenaan. Ketika berkunjung ke gerai tersebut baru-baru ini, sepinggan bihun sup , sepinggan nasi ayam, segelas milo ais dan ais kosong serta air suam, harga yang dikenakan hanya RM 5 sahaja, untuk dua orang iaitu penulis dan anak penulis.

Anak penulis agak tidak percaya dengan harga berkenaan, manakala penulis hanya mampu tersenyum melihatkan gelagat anak penulis yang agak tercengang disebabkan kurang percaya dengan fakta harga berkenaan.

Sesungguhnya, harga sebegini telah menewaskan menu rakyat 1Malaysia yang ada sekarang yang menggunakan jenama berkenaan. Jika para pembaca bekesempatan ke sana, bolehlah mencuba menu yang dinyatakan di sini. Selamat mencuba.

Wallahualam




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...