Jom Follow.....

Sunday, March 31, 2013

Berpolitiklah Secara Sihat

20 Jamadilawal 1434

Bila sampai waktu PRU 13 nanti, Bancik berharap agar rakyat Malaysia dapat menjalankan kewajipan mengundi dengan sebaiknya. Kepada ahli-ahli politik pula, berpolitiklah secara sihat dan elakkan menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi yang tidak menyokong pihak mereka dan mencetuskan perbalahan atau kekacauan. Jika tak berpuas hati boleh jumpa di Mahkamah. Lagipun, bukankah ada hakim yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan pemimpin atasan pakatan pembangkang? Apa nak ditakutkan tentang keadilan dan sebagainya?

Ini adalah penting kerana, negara sekarang ini mula diancam oleh anasir luar. Jika rakyat tidak bersatu , maka siapa pula yang akan ambil tahu nasib negara pada masa yang akan datang.

Wallahualam

Agak-agak La Bila Berpolitik

20 Jamadilawal 1434

Kisah seorang pemimpin politik mengaitkan situasi politik Malaysia  dengan Insan yang paling mulia diutuskan kedunia adalah amat tidak wajar. Kalau ye pun nak sokong seseorang ataupun rakan kesepakatan, janganlah sampai melampaui batas dengan membuat perumpamaan sedemikian.

Benarlah, agaknya mungkin kita boleh buat kesimpulan bahawa rata-rata rakyat Malaysia amat gemar berpolitik daripada bekerja.Harap-harap tanggapan sedemikian adalah salah.

Wallahualam

Saturday, March 30, 2013

Operasi Daulat Tidak Terhad Kepada Tempoh Tertentu

19 Jamadilawal 1434

Operasi Daulat hanya akan ditamatkan selepas pasukan keselamatan yakin kawasan yang bergolak benar-benar selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankan pasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu.

"Ia (tutup atau tidak) bergantung kepada keadaan sasaran keselamatan yang ditetapkan dan operasi yang dijalankan.

"Kita mesti ingat, Operasi Daulat bukan sahaja melibatkan kawasan Lahad Datu tetapi ianya lebih luas merangkumi daerah Semporna dan Sandakan," katanya pada sidang media di Markas Operasi di Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Sejak dilancarkan 26 hari lalu, Operasi Daulat membawa kepada penangkapan 443 individu atas pelbagai kesalahan, 121 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), manakala 68 militan ditembak mati.

Beliau berkata satu mayat pengganas yang terbunuh pada 6 Mac lepas dibawa keluar dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan 46 orang.

 Sumber- BERNAMA

Kekecohan Semasa PRU-13 Tidak Untungkan Negara

19 Jamadilawal 1434

Sebarang usaha untuk menimbulkan kekecohan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti tidak berbaloi dan tidak menguntungkan rakyat, demikian pendapat beberapa ahli akademik.

Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling berkata taktik seumpama itu semata-mata untuk meraih kuasa tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak.

"Sebarang cetusan idea untuk menghuru-harakan perjalanan PRU-13 boleh menjurus kepada budaya politik tidak sihat, sekali gus menggugat kestabilan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau memberikan contoh ketidakstabilan yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah akibat kekecohan berpanjangan.

Beliau mengulas tentang apa yang didakwa sebagai manual sebuah parti politik yang tersiar dalam sebuah laman blog, dilihat seolah-olah sebagai strategi untuk mewujudkan suasana huru-hara pada pilihan raya umum nanti.

Di peringkat pertama, manual itu merujuk kepada usaha mewujudkan kekecohan di pusat mengundi.

Ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:

* membuat pengundi berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan pusat mengundi

* pengundi bertindak melakukan kekecohan

* mewujudkan perasaan benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

* protes oleh ejen di tempat mengundi

* mewujudkan keadaan pengundi beratur panjang sehingga keadaan tidak dapat dikawal

* memberi tekanan berterusan kepada kakitangan di pusat mengundi.

Bagi 'manual' peringkat kedua, parti berkenaan dikatakan menggunakan media sosial seperti Twitter untuk membangkitkan kemarahan pengundi dengan penggunaan hashtag tertentu.

Selain itu, parti politik itu dikatakan merancang mewujudkan 'nukleus kekecohan' di beberapa kawasan Parlimen.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Orang Melayu Tidak Lagi Liat Bayar Hutang

19 Jamadilawal 1434

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Ibrahim Ahmad berkata tanggapan bahawa orang Melayu liat membayar hutang sudah tidak lagi relevan.

Beliau berkata ini dapat dilihat apabila MARA berjaya mengutip bayaran balik pinjaman berjumlah RM692 juta tahun lalu, melebihi sasaran RM500 juta sementara tahun 2011, bayaran balik mencecah RM494 juta melebihi sasaran RM400 juta.

Untuk tahun ini, disasarkan RM600 juta dapat dipungut balik, katanya.

 "Hakikatnya orang Melayu kini berpegang pada janji dengan membayar pinjaman yang diperoleh mereka," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Minum Teh Boleh Elak Kanser?

19 Jamadilawal 1434

Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu.
"
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.

Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.

Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.

Maklumat lanjut: BH Online

Berusaha Elak Laku Dosa Besar Mengumpat

19 Jamadilawal 1434


Rasulullah larang intip keaiban, kekurangan orang lain

Banyak orang secara terang-terang melakukan perbuatan mengumpat. Perbuatan itu dianggap seperti perkara biasa yang tidak menimbulkan kesan buruk akibatnya. Sebab itu, sekarang sukar untuk mencari contoh orang yang tidak mengumpat.
Seorang Islam yang beriman tidak akan berusaha atau sengaja mencari kelemahan saudara Muslim lain. Rasulullah SAW bersabda: “Orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam daripada (bahaya ancaman) lidah dan tangannya.” (Riwayat Bukhari)
"
“Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Riwayat Abu Daud)

Usaha dan niat menjauhkan sikap mengumpat perlu ditanam dalam diri. Kesedaran itu diharapkan dapat menghalang perbuatan mengumpat berlaku dengan sewenang-wenang atau dianggap satu kebanggaan melakukannya.

Sifat manusia jadi bahan lawak

Satu kategori mengumpat yang banyak tidak disedari ialah berkaitan bahan lawak. Gurauan menggunakan perkataan atau perbuatan yang melambangkan keburukan seseorang juga dikira mengumpat.

Rasulullah SAW pernah menegur Aisyah kerana berkata, “Alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa baginda. Kata-kata sedemikian turut dianggap mengumpat kerana menyebut satu kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilnya.
Masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak seperti gelaran botak, buncit dan hitam. Ada juga menyebut perkataan itu dengan alasan panggilan ‘mesra’.

Gelaran singgung perasaan

Memang kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah. Tetapi fikirkan, elokkah kita memanggil seseorang dengan gelaran melambangkan kekurangannya, walaupun dia tidak marah dengan panggilan itu?

Cuba andaikan kita dipanggil dengan gelaran itu. Tentulah kita tidak suka. Jadi, kenapa mesti berlawak dengan menyebabkan orang lain menanggung malu.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudaranya) pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim)

Perbuatan mengumpat memang sukar untuk dihindarkan sepenuhnya. Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila bercakap. Sebenarnya, banyak orang tidak sedar perbuatannya dikira mengumpat apabila terlepas cakap atau terlalu ghairah memperkatakan sesuatu mengenai orang lain.

Malah ada mengatakan apa yang diceritakan bukan hendak mengumpat, sedangkan itu sebenarnya mengumpat. Disebabkan mengumpat sudah terlalu biasa dilakukan, maka tidak dirasakan lagi dirasakan sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan secara mendalam. Jangan pandang mudah perkara ini. Berusahalah mengelak dosa mengumpat seperti mana kita mengelak daripada melakukan dosa besar lain.

Perbanyakkan berzikir

Mengumpat boleh diumpamakan seperti penyakit dan setiap penyakit ada ubatnya. Ubat bagi mengumpat ialah zikir. Perbanyakkan zikir dapat menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat kerana hati yang bersih akan terhindar melakukan perkara buruk.

Perbuatan mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya menjadi bahan umpatan. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud)

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mana mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Tentulah tiada siapa yang mahu muflis di akhirat nanti. Kebaikan yang dilakukan di dunia diharapkan dapat menjadi bekalan di akhirat. Malang sekali akibat perbuatan mengumpat, amalan kebajikan itu menjadi rosak kerana pahalanya diserahkan kepada orang yang diumpat.

Ditulis oleh :   Lokman Ismail (BH Online) 

Sosma Terbukti Berjaya Tangani Ancaman Keselamatan Negara

19 Jamadilawal 1434

Sekalipun tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1970, Malaysia berjaya menangani ancaman keselamatan negara dengan undang-undang keselamatan baharunya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kejayaan itu terbukti apabila pasukan keselamatan mampu membendung insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna di Sabah.

"Di bawah akta baharu ini, bukan sahaja mengimbangi hak asasi di peringkat antarabangsa tetapi mengimbangi kepentingan nasional dan keselamatan nasional. Dalam kes ini keselamatan dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah," katanya ketika melakukan lawatan kerja di Tawau, hari Sabtu.

ISA dimansuhkan 31 Julai 2012 dan diganti dengan Sosma yang berkuat kuasa pada tahun yang sama.

Dalam krisis pencerobohan di Sabah, 121 individu yang dipercayai terlibat dengan pengganas dari selatan Filipina ditahan di bawah Sosma.

Lapan warga Filipina yang ditahan dibawah Sosma, didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas mengikut Kanun Keseksaan, 21 Mac lalu.

Pada masa sama, Hishammuddin mengumumkan pewujudan talian terus 088-488850 ke bilik gerakan Bahagian Keselamatan Dalam Negeri di Kota Kinabalu untuk rakyat membantu menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan dalam membanteras penceroboh dari selatan Filipina di negeri itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tamak, Terlalu Selesa Faktor Mahasiswa Tidak Berterima Kasih

19 Jamadilawal 1434

Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bimbang dengan perkara itu kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan.

"Kerajaan sejak dahulu sediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa, mahasiswa terdahulu yang baru dapat kemudahan memang rasa terima kasih sangat tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa malah lihat benda ini perkara biasa yang kerajaan buat untuk mereka. Ini timbul rasa tamak nak lebih lagi.

"Selesa dan tamak ini kaburkan mata mereka untuk berfikir negara ini punya had tertentu dalam beri kemudahan bagi pastikan kewangan negara diurus dengan baik. Ini makin teruk apabila 'dibaja' dengan fitnah 'orang itu' seperti nak beri pendidikan percuma dan pelbagai lagi," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Operasi Daulat, Musuh Kini Kurang 10 Orang

19 Jamadilawal 1434

Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bila Nak PRU 13?

19 Jamadilawal 1433

Kita mungkin makin tertanya-tanya bila agaknya dak diadakan PRU 13. Kalau diikutkan perang poster dah semakin hebat. Namun dalam keadaan tertanya-tanya , makin ramai ahli politik makin cakap melalut-lalut. Asyik nak salahkan orang aje pulak tu.

Elok aje Dato' Sri Najib bubarkan cepat-cepat sebelum makin ramai ahli-ahli dan penyokong fanatik gila meroyan tak tentu arah.

Wallahualam

Wednesday, March 27, 2013

Pemergian Dr Uthman El-Muhammady Kehilangan Besar Buat Negara

15 Jamadilawal 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuan Islam, Dr Uthman El-Muhammady semalam sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat Islam.

Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.

"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan.

"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Jatuhnya Air Mata Perajurit

16 Jamadilawal 1434

Akhir-akhir ini seolah-olah jejari ini kaku untuk melakarkan coretan di blog. Ini kerana emosi agak terganggu dengan isu-isu keselamatan negara. Yang lebih menikam kalbu ialah tragedi di Lahat Datu. Emosi terganggu bilamana melihat, kanak-kanak kecil kehilangan ayah kerana mempertahankan negara. Bancik amat faham kesedihan mereka kerana Bancik juga pernah menjadi anak yatim.

Lebih mencengkam jiwa bila mana ada pihak yang seolah-olah memperlekehkan usaha perajurit berkenaan. Kalau nak berpolitik tu , agak-agaklah sikit. Jangan main ikut sedap mulut aje. Kalau tak dapat membantu atau memuji , janganlah pula menghina. Ini soal keselamatan negara. Walaupun Sabah jauh di sana, namun bagi Bancik, Sabah ialah Malaysia dan Malaysia itu adalah Sabah. Sungguh amat pilu bila melihat gambar beberapa anggota perajurit menitiskan air mata pada beberapa hari lepas di akhbar-akhbar.Mungkin mengenangkan rakan-rakan mereka yang telah terkorban dan mungkin juga atas penghinaan yang mereka terima.

Kepada rakyat Malaysia semua, marilah kita bersatu dalam hal melibatkan kedaulatan. Kalau tak mahu juga, maka Bancik rasa mereka yang berkenaan mungkin tidak sesuai jadi rakyat Malaysia. Janganlah kita menyesal akan kehilangan maruah pada suatu hari nanti. Samalah kita lahirkan kesedaran agar dapat kita mempertahankan sebelum kita kehilangannya..

Wallahualam



Monday, March 25, 2013

Mati Didera Ibu Tiri

14 Jamadilawal 1434

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati, disyaki didera ibu tirinya, di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan kanak-kanak malang itu, yang dihantar bapanya ke Hospital Tumpat untuk rawatan awal.

Mangsa, Ummi Amilia Azman, kemudiannya dipindah ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Isnin.

Mazlan berkata mangsa, anak seorang peniaga sate ikan yang berusia 32 tahun dan tinggal bersama ibu tirinya di kampung itu.

Beliau berkata pihak hospital membuat laporan polis pada hari sama berikutan terdapat kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu, dipercayai akibat didera.

Mazlan berkata polis kemudian menahan bapa mangsa dan ibu tirinya pada 6 petang bagi membantu siasatan polis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Aset Pertahanan Baru Untuk Sabah

14 Jamadilawal 1434

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akan ada pembelian aset pertahanan baru untuk memperkuatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Katanya, pembelian aset baru itu ada hubungan dengan penghantaran empat batalion tentera darat ke Sabah untuk memperkasa ESSZONE.

Pembelian itu akan diumumkan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-13 pada Khamis ini, katanya.

"Saya akan umumkan pembelian baru aset, pada 28 Mac dan ketika itu ada senarai yang akan saya umumkan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis makan tengah hari bersama media dan pegawai tentera laut di atas kapal perang KD Kelantan yang berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan aset yang akan dibeli itu.

Zahid memberi jaminan bahawa Langkawi yang menjadi pusat tumpuan masyarakat tempatan dan antarabangsa sempena LIMA adalah selamat walaupun negara masih berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Dun N.Sembilan Bubar Automatik Pada Khamis, Bukan Esok

14 Jamadilawal 1434

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan terbubar automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya pada esok seperti dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, sebelum ini terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan DUN yang menurut Fasal 56 (3) Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, menyatakan Dewan Undangan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

"Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat. Jadi dalam hal ini kita guna Akta Interpretasi 1948 dan 1967 (Akta 388)".

Beliau berkata pengiraan waktu itu dibuat mengikut Seksyen 54 (1) akta itu.

"Ini bermakna bila kita mengira waktu atau tarikh bermulanya bila, dalam akta ini hari kejadian itu tidak dikira sebagai hari bermula sebaliknya hari esoknya," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Katanya, jadi dalam hal pembubaran DUN secara automatik ini, hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama DUN berjalan sebaliknya keesokan harinya iaitu pada 28 Mac 2008.

"Jadi dengan itu umur DUN kita akan sampai pada 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya, genaplah lima tahun dan akan terbubar pada Khamis iaitu 28 Mac 2013 dan kerajaan sementara akan tertubuh.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, March 19, 2013

Sabah Selama-lamanya Sebahagian Daripada Persekutuan Malaysia

8 Jamadilawal 1434

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Untuk itu, beliau berkata rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.

"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, Selasa.

Beliau berkata insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.

"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.

"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," katanya.

Perdana menteri berkata pengorbanan pahlawan-pahlawan negara itu bukan kecil dan bukan untuk diperlekeh, sebaliknya hasil pengorbanan mereka sepertimana pada era darurat dan insurgensi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemajuan dan kemakmuran sehingga hari ini.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan agar belajar mengenang budi dan berterima kasih atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta.

"Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, March 16, 2013

Ketua Penceroboh Cabut Lari Dulu

5 Jamadilawal 1434

Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat malam.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Maklumat lanjut: BERNAMA

DNA Babi Ditemui Dalam Sosej Halal

5 Jamadilawal 1434

Pihak berkuasa Britain di London mengesan DNA babi dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah.

Dalam ujian lain, produk daging kisar yang dibekalkan kepada Majlis Westminster di sini menunjukkan adanya DNA kambing dan babi.

Sosej itu adalah pilihan utama bagi 15 sekolah rendah, dua tadika dan sebuah sekolah khas serta sebuah unit rujukan pelajar yang menggunakan daging halal saja. DNA babi itu dikesan selepas diuji di St Mary’s Bryanston Square, sebuah sekolah Kristian di barat London.

Pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan ke atas pencemaran itu.

Maklumat lanjut: BH Online

Friday, March 15, 2013

Tiada Pihak Boleh Pertikai Tindakan Pasukan Keselamatan Tangani Penceroboh Di Sabah

4 Jamadilawal 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.

Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.

"Kerajaan memang amat prihatin dalam hal ini dan apa yang kita lakukan, pertamanya memberi peluang kepada pihak penceroboh untuk berundur diri, adalah bersesuaian dengan kaedah dalam Islam.

"Bukanlah kita nak melihat pertumpahan darah, bukan kita ingin melihat nyawa terkorban, tetapi apabila kita diperangi oleh mereka, maka mengikut ayat yang dibaca dalam khutbah tadi, kita wajib mempertahankan (diri) sekiranya kita dianiaya, kita diperangi....

"Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak kita, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama," katanya pada majlis jamuan rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Mukim Batu 11, di sini Jumaat.

Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, oleh itu, jangan ada sesiapa yang menidakkan usaha yang dilakukan itu, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun oleh pasukan keselamatan.

"Bukanlah ini masanya, malah ini kewajipan di sisi agama untuk kita berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada pasukan keselamatan, kerana merekalah kita dapat mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk memberi apa juga pertimbangan yang boleh untuk menjaga kebajikan tentera dan polis dan pihak keselamatan kita," katanya.


Najib berkata perwira negara yang gugur di medan perjuangan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini ditakrif mati syahid akhirat berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, beliau berkata keputusan beliau lima tahun lepas untuk menaik taraf pasukan Askar Wataniah kepada Rejimen Sempadan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan anggota tentera di negara ini.

Beliau berkata langkah itu membolehkan anggota tentera terbabit menikmati kemudahan sebagaimana anggota tentera tetap yang lain, seperti layak menerima pencen selepas berkhidmat 21 tahun dan pinjaman perumahan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Wednesday, March 13, 2013

Sudah Masanya Malaysia Mempunyai Kapal Pengangkut




2 Jamadilawal 1434

Dari zaman kanak-kanak lagi Bancik berangan dan berharap agar Malaysia mempunyai kapal pengangkut sebagai salah satu aset pertahanan negara. Mungkin Bancik terpengaruh dengan cerita-cerita perang ketika itu, antaranya "Ba Ba Black Ship", "Tora Tora Tora" dan sebagainya yang berkisarkan Perang dunia kedua.

Krisis pencerobohan di Lahat Datu , mula memberi suatu idea supaya Malaysia perlu diperlengkapkan dengan aset tersebut selain daripada Kapal Selam.Menerusi kapal pengangkut ini, sistem pertahanan negara dapat dipertingkatkan sekiranya berlaku sebarang pencerobohan di tanah air ini. Ianya bakal membolehkan jet pejuang mendarat dan merangka serangan terhadap sasaran dengan lebih pantas.


Namun , ini hanyalah pandangan Bancik sahaja. Pihak yang bertanggungjawab sudah semestinya lebih arif dalam hal ini. Namun bagi rakyat Malaysia , tidak salah kita berangan pada suatu hari nanti kita mempunyai keupayaan memiliki kapal pengangkut seperti ini.

Wallahualam





Malaysia Tolak Dakwaan Tindakan Kejam Terhadap Warga Filipina Di Sabah

2 Jamadilawal 1434

Kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya menolak dakwaan media Filipina kononnya berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan Rabu malam, berkata dakwaan yang disiarkan oleh akhbar 'Inquirer' pada 9 dan 10 Mac lepas, didapati tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Kenyataan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, yang terbabit dalam operasi itu, telah menafikan dakwaan itu dan perkara itu turut disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kementerian itu berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang dalam negara dan antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Tidak perlu diingatkan bahawa kumpulan pengganas itu telah melakukan tindakan keganasan dengan pembunuhan kejam dan kekejaman di Lahad Datu dan Semporna," katanya.

Kenyataan itu menyebut langkah perlu akan diambil bagi memastikan keperluan kemanusiaan semua orang awam di kawasan berkenaan akan ditangani sepenuhnya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, March 12, 2013

Seorang Tentera Gugur, Tiga Pengganas Terbunuh Dalam Pertempuran Di Sg Nyamuk

29 Rabiulakhir 1434

Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini Selasa.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Monday, March 11, 2013

Penceroboh Tidak Kebal

29 Rabiulakhir 1434

Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Perwira Terkorban Dalam Peperangan Dianggap Mati Syahid

29 Rabiulakhir 1434

Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid.

Beliau berkata tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu.

"Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang antara orang Islam dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air dari pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.

"Mengikut sabda Nabi S.A.W sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan," katanya.

Beliau juga berkata tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia ke atas bumi Sabah sebagaimana termeterai dalam perjanjian.

"Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan," katanya.

"Cuma, kalau adapun sesiapa yang ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, March 10, 2013

Op Daulat-Pasukan Keselamatan Terus Gempur

28 Rabiulakhir 1434

Op Daulat yang memasuki hari keenam Ahad menyaksikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina terus digempur kerana tiada tanda mereka mahu menyerah diri sejak menceroboh Sabah 26 hari lepas.

Kumpulan penceroboh sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu Sabtu malam.

Tindakan itu mendapat reaksi segera Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang menyifatkan kumpulan pengganas itu tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.

Ketika pasukan keselamatan agresif menjejaki musuh, seorang remaja lelaki berusia antara 12 dan 15 tahun maut terkena tembakan pasukan keselamatan pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian secara tiba-tiba itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa dua lelaki dan tiga wanita di Kampung Sungai Bilis sebelum terdengar bunyi pergerakan dari belukar berhampiran.

"Berikutan itu, pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut," katanya pada sidang media pada 4.40 petang.

Ismail berkata operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas.

Turut ditahan adalah 66 yang lain kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat yang dilancarkan pada Selasa.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, March 9, 2013

Berhati-hatilah Dalam Menyampaikan Maklumat

27 Rabiulakhir 1434

Dalam kita menulis dalam blog, tweet dan sebagainya, apa yang sering kita lupakan ialah dari segi konsep penyampaian maklumat. Kadangkala maklumat yang disampaikan boleh mengaibkan seseorang dan mendatangkan fitnah. Walaupun benar sekalipun, pilihan tidak menyampaikan adalah lebih baik.

Ini kerana dosa kita kepada Allah boleh kita minta ampun, tetapi mampukah kita hendak berjumpa dengan orang yang menjadi mangsa ke atas berita yang kita sebarkan dan kita malukan di dunia ini untuk meminta kemaafan? Sama-samalah kita renungkan terutama dah dekat musim pilihanraya .

Wallahualam

Lagu Angkatan Tentera Laut Malaysia: Jom Nyanyi

27 Rabiulakhir 1434

Rentetan daripada serangan penceroboh di Sabah, maka negara memerlukan sokongan dari segenap masyarakat untuk menentang pencerobohan tersebut. Dalam hal sebegini rakyat yang setia perlu mengenepikan fahaman politik bagi mempertahankan kedaulatan negara. Sudah sampai masanya RTM dan stesen TV mencari semula lagu-lagu patriotik untuk dimainkan di TV.

Antaranya yang masih Bancik ingat ialah lagu angkatan tentera laut yang sering dimainkan di TV semasa Bancik berada di alam kanak-kanak.Agak susah nak cari semula lirik lagu yang sebenar. Berdasarkan ingatan yang tak seberapa ini, Bancik tulis semula lirik berkenaan bagi menaikkan semangat anggota tentera kita yang sedang berjuang dan menaikkan semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia. Kalau ada pembaca yang masih ingat lirik berkenaan, sila beri komen , jika ada kesilapan.

Wallahualam

Semboyan angkatan laut kita di samudra raya
Menjaga Pantai Ibu Pertiwi Dari Angkara Murka
Dari Barat Sampai Ke Timur
Itulah Pantai Malaysia
Tiap Saat Berjaga Di Tengah Samudra Raya
Bersiap Dan Bersedia
Angkatan Laut Diraja


Operasi Gempur Penceroboh Militan Diperhebat, Musuh Kini Terperangkap

27 Rabiulakhir 1434

Pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan, sekali gus menamatkan konflik pencerobohan di daerah itu.

Kor bantuan tempur dari Kuching berlepas ke Lahad Datu Sabtu, hari kelima Operasi Daulat dilancar, bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan hari ini kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Kawasan Felda Sahabat 16 turut digegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegaran di ruang udara kawasan ground zero itu.

"Seorang penceroboh bersenjata ditembak mati dalam kejadian di Tanjung Batu pada pukul 8 pagi ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh setakat ini ialah 53 orang," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Di sebalik langkah ofensif pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira pukul 10 pagi ini polis mengesan beberapa orang yang mencurigakan di kawasan pantai Tanjung Batu.

Seramai 27 orang yang menaiki tiga bot ditahan berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dan kesemua mereka diserah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Tiada senjata ditemui pada mereka," kata Ismail.

Jumlah mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan sehingga 5 petang ini ialah 106 orang.

Mengenai dakwaan bahawa pihak musuh menawan beberapa individu, Ismail menegaskan: "Tiada orang awam atau polis yang menjadi tawanan musuh".

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata penceroboh militan dari selatan Filipina itu kini terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu memaksa mereka bergerak dalam kumpulan kecil.

Kawalan ketat yang dilakukan di lokasi itu sejak Operasi Daulat dilancarkan tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri, katanya.

"Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut...jadi, kami akan perketat kepungan di kawasan itu," katanya.

Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Antara Diplomasi Dan Kepimpinan Tegas

27 Rabiulakhir 1434

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mendarat dengan helikopter Nuri di Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, Sabah, hari Khamis, wajah beliau serius ketika disambut dua pegawai tertinggi keselamatan negara - Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.

Pada sidang media kemudian, Perdana Menteri memberi amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di bumi Sabah bahawa tiada pilihan lain bagi mereka selain meletak senjata dan menyerah diri.

Najib menyampaikan mesej dengan jelas kepada waris Kesultanan Sulu di selatan Filipina bahawa 'Sabah adalah hak Malaysia buat selama-lamanya' dan 'jangan pandang ringan iltizam' kerajaan dan rakyat Sabah dalam mempertahankannya.

Kenyataan Najib itu menyerlah ketegasan kepimpinannya meskipun pada peringkat awal Kuala Lumpur kelihatan bersedia menyelesaikan krisis pencerobohan kira-kira 200 pengganas dari selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai timur Sabah pada 12 Feb lepas.

Krisis di Lahad Datu mungkin membuatkan Najib menjadi perdana menteri Malaysia paling hebat diuji walaupun belum empat tahun mengambil alih kepimpinan negara.

Ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, pernah berdepan krisis keselamatan dalam negeri semasa menangani peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan peristiwa darurat membanteras pengganas komunis sehingga Allahyarham melancarkan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Kini Najib pula menggalas tanggungjawab seperti Allahyarham ayahandanya.

Seperti ayahandanya, sedikit sebanyak pengalaman semasa menjadi Menteri Pertahanan, dua kali, iaitu pada 1990-95 dan 1999-2008 membuatkan Najib memahami aspek keselamatan dan ketenteraan.

Di bawah pimpinan Najib semasa itu, Malaysia menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam peperangan di Bosnia pada 1993 sebelum disusuli dengan misi pasukan pengaman di pelbagai negara.

Najib juga mencetuskan idea penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Disember 2003 yang masih diteruskan sehingga kini.

Apabila Najib mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas membabitkan enam daerah di Sabah, ia menimbulkan perasaan lega dan selamat di kalangan pelbagai kaum rakyat Sabah.

Pengumuman Najib bermakna sebuah benteng pertahanan diwujudkan di sepanjang perairan pantai Timur Sabah sepanjang lebih 1,000 kilometer bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan di sempadan negara.

Perdana Menteri mengarahkan tambahan lima batalion tentera dan polis di kawasan strategik dengan pangkalan utama di Lahad Datu.

Strategi itu diyakini mampu mengurangkan risiko keselamatan seperti penubuhan RASCOM (Komander Keselamatan Rajang) di Sarawak pada tahun 1972 bagi mengekang keganasan komunis.

Ketegasan Najib sebenarnya dituntut rakyat, lebih-lebih lagi setelah pihak penceroboh tidak mempedulikan rayuan kerajaan supaya mereka berundur dan kembali ke tempat asal mereka.

Pihak berkuasa bersabar dalam memberi peluang masa walaupun tempoh akhir yang diberi telah tamat, malah berusaha mengedar risalah supaya mereka menyerah diri secara baik.

Tetapi, apabila anggota keselamatan mati ditembak setelah dilaporkan terpedaya dengan taktik bendera putih musuh, disusuli beberapa anggota lagi dibunuh dengan kejam di Semporna, maka gerakan ofensif dilancarkan melalui udara dengan jet pejuang F-18 dan Hawk serta darat pada pagi 5 Mac, dan bermulalah Op Daulat.

Kerana itu jugalah Najib dengan tegas menolak tawaran gesaan gencatan senjata.

Setakat ini, 53 orang penceroboh disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan.

Najib tidak mengetepikan diplomasi dan mengutamakan semangat kejiranan apabila beliau saling berhubung dengan Presiden Filipina Benigno Aquino III ke arah mencari penyelesaian terbaik terhadap kemelut itu.

Perdana Menteri pastinya berharap krisis di Sabah segera dapat ditangani dengan baik, sebelum berhadapan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, March 8, 2013

Berhati-hati Buat Kenyataan Atau Laporan Pencerobohan Lahad Datu

25 Rabiulakhir 1434

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Beliau berkata sebaiknya perkara itu diserahkan kepada jurucakap kerajaan yang berada di lapangan yang lebih mengetahui dan mempunyai sumber maklumat tepat mengenai kejadian itu.

"Sepatutnya hal sebegitu tidak boleh dipandang mudah kerana ini soal keselamatan negara. Kita tahu hal yang berlaku di Lahad Datu dan juga kawasan di Sabah itu sesuatu yang amat serius dan mengkibatkan banyak nyawa terkorban.

"Di peringkat di mana pasukan keselamatan sedang berhadapan hal sebegini, kita harap tidak ada pihak yang secara sewenang-wenangnya sama ada dalam bentuk media sosial atau cara bagaimana mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia lebih berautoritatif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Literasi peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai 'lambakan' laporan dalam media sosial dan blog mengenai pencerobohan di Lahad Datu yang mungkin mengandungi maklumat tidak benar yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat dan boleh memberikan kesan terhadap operasi pasukan keselamatan di sana.

Katanya, sebarang kenyataan atau laporan yang hendak dikeluarkan mengenai kejadian itu tidak boleh dibuat secara rambang apatah lagi ia menyentuh soal keselamatan dan kedaulatan negara.

Katanya, seharusnya pengamal-pengamal media baharu dan blogger menunggu atau merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan memastikan kesahihan sesuatu laporan itu sebelum mengeluarkannya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Keputusan Tegas Kerajaan Tidak Terima Gencatan Senjata Pengganas Sulu

25 Rabiulakhir 1434

Keputusan kerajaan Malaysia menolak tawaran gencatan senjata oleh kumpulan penceroboh militan Sulu di Sabah adalah satu tindakan tegas, bijak, wajar dan tepat demi mempertahankan kedaulatan negara.

Beberapa pihak hari ini menyokong penuh pendirian Malaysia supaya tidak menerima tawaran pemimpin kumpulan pengganas itu, Jamalul Kiram III, kecuali mereka menyerah diri tanpa syarat.

Malah bekas pemimpin tentera, bekas diplomat dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang mendarat di persisiran pantai timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada 9 Feb lepas segera diusir dari bumi Sabah.

Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata walaupun kumpulan bersenjata itu diberi masa yang cukup untuk berundur namun mereka enggan dan sebaliknya terus mencabar kedaulatan dan maruah negara.

"Sebarang gencatan senjata hendaklah tanpa syarat...mereka perlu meletak senjata dan menyerah diri," katanya ketika dihubung Bernama.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika meninjau Ops Daulat di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, mengumumkan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh itu tidak meletak senjata tanpa syarat.

Terdahulu, laporan media Filipina memetik Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian beberapa anggota pengikutnya dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia.

Selain menolak tawaran gencatan senjata, Najib mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu dengan penambahan lima batalion pasukan keselamatan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, March 1, 2013

Jenazah Dua Anggota Komando Diterbangkan Dari Lapangan Terbang Tawau

19 Rabiulakhir 1434

Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal Sabtu.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.

Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...