Jom Follow.....

Wednesday, December 21, 2011

Mahasiswa, Mahasiswi - Belajarlah Baik-baik dan Tekun, Jangan Angkuh

25 Muharram 1433

Hati penulis terasa terusik bila mendengar akan tindakan segelintir yang kononnya memperjuangkan sesuatu dengan melakukan tindakan yang agak biadap. Secara ironinya, jika kita mahu masuk rumah orang, perlulah secara beradap.Jika sekalipun kita berbeza pendapat dengan pemimpin, tak perlulah dengan menurunkan bendera atau gambar di halaman orang.

Bayangkan jika ada pihak yang datang bertandang kerumah kita, dengan tiba-tiba masuk ke rumah kita dengan memakai kasut dan tanpa memberi salam, apa perasaan kita? Apa perasaan jika pihak berkenaan dengan sesuka hati mengubah susun atur kerusi rumah kita mengikut selera mereka, apakah perasaan kita pula?

Apakah ini kualiti mahasiswa yang bakal dilahirkan oleh universiti berkenaan? Sebagai pemain industri, tindakan sebegini sedikit sebanyak akan memberikan persepsi negatif kepada penulis jika ada permohonan daripada graduan daripada universiti berkenaan untuk memohon kerja di pasaran pekerjaan. Reputasi institusi berkenaan selama ini amat berisiko diranapkan oleh segelintir pelajar berkenaan.Nasib baik penulis tidak belajar di universiti berkenaan, kalau tidak , dengan penulispun sekali akan menanggung malu.

Penulis juga ingin tahu, berapakah markah CGPA para pelajar berkenaan sekarang ini yang berlagak kononnya mereka lebih layak memberikan pendapat apa yang perlu dibuat oleh kerajaan dan apa yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan? Jika masih cukup-cukup makan sahaja , elok sahaja memberikan tumpuan memperbaiki markah CGPA mereka. Kalau elok atau cemerlang sekalipun, jika tiada sikap sopan santun dan menghormati juga akan tidak membawa mereka ke mana-mana.

Kepada pentadbir universiti berkenaan, sila beri perhatian sewajarnya dengan mendisiplinkan pelajar-pelajar berkenaan. Jika para pentadbirpun sama, salah kementerianlah yang memilih para pentadbir yang kurang cekap.Jika kementerianpun gagal dan uruskan hal ini, maka menteri berkenaan perlulah bertanggungjawab sepenuhnya. Macam mana nak bertanggungjawab.., tak perlulah penulis beri tunjuk ajar.

Wallahualam.

@MyBancik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...