Jom Follow.....

Friday, August 8, 2014

Boikot Bagus.. Namun Pastikan Tiada Pihak Teraniaya

13 Syawal 1435

Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan tertentu terhadap pihak tertentu sememangnya ada kewajaran. Namun begitu, kebanyakan para alim ulama di Malaysia menyatakan bahawa akal perlulah mengatasi emosi dalam usaha memboikot ini.

Secara tidak sedar, banyak barangan dan perkhidmatan yang kita guna juga sepatutnya diboikot termasuklah laman blog platform yang kita guna ini dan sebagainya. Ada yang kata, kita tak bayar apa-apapun, namun, kegiatan kita share, like dan sebagainya telah meningkatkan peluang pengiklanan syarikat berkenaan dan meningkatkan nilai syarikat berkenaan berbilion dollar dengan lebih cepat daripada syarikat makanan yang kita sedang boikot. PC dan telefon bimbit juga perlu dihumbankan jika kita betul-betul hendak memboikot.

Namun kejadian menghina para pekerja syarikat berkenaan di Malaysia adalah sudah memasuki episod yang melampau. Betul, rezeki boleh dicari tempat lain. Tetapi lebih baik pihak yang berkata berkenaan mencari kerja lain dan diberikan surat tawaran kepada pekerja berkenaan, iaitu menolong membantu pekerja berkenaan mendapat kerja baru. Jangan asyik sedap mulut bercakap sahaja.

Apa yang penting, jangan sampai ada pihak yang teraniaya. Niat baik untuk membantu pihak lain teraniaya sebenarnya menyebabkan satu lagi penganiayaan kepada pihak lain.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...