Ketika penulis remaja, penulis juga seperti kanak-kanak lain juga teringin hendak bermain mercun. Namun atas kekangan bajet, penulis terpaksa beralih kepada alternatif lain. Pada masa berkenaan karbait , iaitu sejenis bahan bakar yang digunakan untuk nyalaan pelita dan memeram buah mempelam masih lagi murah dan senang diperolehi.
Maka dengan adanya bahan berkenaan, penulis beralih kepada permainan meriam. Namun dikawasan penulis, buloh besar susah didapati dan terpaksalah kami menggunakan gelong paip terbuang atau tin susu. Namun ketika berkenaan, sering tersiar di kaca TV tentang kemalangan akibat bermain meriam buloh. Yang menariknya ketika bermain , langkah keselamatan tetap diambil perhatian. Kayu penyucuh meriam dipastikan panjangnya sekurang-kurangnya 3 meter ke atas.
Selain itu, tin-tin susu yang disusun dipastikan agak dalam dibenam ke dalam tanah selut liat dan ditindih dengan batu diatasnya untuk mengelakkan susunan tin berkenaan terburai. Kami akan berbalas tembakan bunyi, yang mana yang paling kuat akan merasa berbangga dan puas.
Namun begitu, permainan meriam ini seolah telah pupus dan penulispun dah tak berminat nak hidupkan semula.Mungkin bahan karbait juga susah hendak diperolehi lagi dan mahal agaknya.Namun begitu, elok juga, kerana generasi sekarang mungkin tidak bersedia dengan itu semua, memandangkan bermain mercun kecilpun dah tercedera. Apatah lagi dengan meriam berkenaan.
bdk skrg da xmain benda2 tu..dorang ngadap PS, laptop n len2
ReplyDeletemain la bom pulak.hehe
ReplyDeletemain mercun pop-pop sudah ..hahaha
ReplyDelete