Sekali lagi hati umat Islam dicuit sekali lagi atas berita serbuan pihak berkuasa agama Selangor(JAIS) terhadap majlis makan malam yang dihadiri oleh orang Islam di sebuah rumah ibadat bukan Islam Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.Sumber daripada Utusan Malaysia hari ini menyatakan bahawa BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah ibadat berkenaan di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.
Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai. -Utusan
Penulis tidak dapat komen lebih dalam isu ini, kerana penganjurnya sendiri dipercayai beragama Islam dan apa yang penting biarlah pihak yang berkuasa dan yang mempunyai kuasa mengkaji dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku disebalik isu ini. Dengan bersangka baik, mungkin penganjur majlis berkenaan sedang menjalankan dakwah Islamiah kepada rakan-rakan mereka di sana .
Apa yang penulis mampu seru disini agar rakan-rakan yang beragama Islam disini mematuhi perintah Allah dan Rasul serta menjauhi laranganNya terutama di bulan yang mulia ini.
Semoga kita semua sentiasa dinaungi rahmatNya.
goof entry.. singgah dan klik..
ReplyDeletemcm mana dgn perkembangan nffng... moga sukses..