Jom Follow.....

Friday, April 13, 2012

Kenapa Perlu Menghina?

21 Jamadilawal 1433

Berita berkenaan beberapa pemimpin politik yang mengejek-ngejek semasa istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong amat mendukacitakan. Ini kerana, sebagai rakyat Malaysia yang berpaksikan perlembagaan sedia ada, perkara sebegini tidak perlu berlaku. Sebaiknya kita perlu berpegang, "di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung". Jika merasakan negara ini tidak sesuai dengan jiwa, mereka boleh menyerahkan kerakyatan dan mencari negara-negara lain yang lebih aman dan secocok dengan citarasa mereka.

Dalam laporan sebuah akhbar perdana di Malaysia hari ini, seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara semalam menzahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin politik yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Maka apakah, ini semakin jelas bahawa sudah ada usaha-usaha pihak yang tertentu yang cuba mengadu domba , menghina dan cabar mencabar antara satu sama lain. Apakah keharmonian negara selama ini perlu dibiarkan untuk dirosakkan oleh mereka-mereka ini? Tepuk dada, tanya iman.

Wallahualam

1 comment:

  1. Baru sebentar tengahari tadi kuthbah jumaat berkaitan tentang pertabalan seorang agong dan pentingnya seorang pemimpin kepada sebuah negara.

    Justeru, jika ketua negara sendiri diherdik dan dicerca,tiada rasa hormat kepada pemimpin...sudah ada tanda sebuah negara sukar untuk lebih maju kehadapan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...