Kita di sini juga bakal menyambut Hari Raya Qurban selaras dengan ibadat yang dilakukan di Tanah suci dengan melakukan Ibadah Qurban.Maka beruntunglah sesiapa yang telah berjaya menjadi tetamu Allah pada tahun ini ,iaitu bertempat di mana asalnya usulnya Siti Hajar dan Puteranya Nabi Ismail telah ditinggalkan di padang pasir yang tandus oleh Nabi Ibrahim atas perintah Ilahi.Berkat kegigihan dan tawadduknya serta pengorbanan Siti Hajar mencari air, dengan hentakan anak kecil Nabi Ismail, maka terpancutlah sinar mata air zam zam dari muka bumi yang tandus itu.
Tempat di mana umat Islam meraikan cinta kepada pemilik segala kejadian. Renungilah rangkap lagu yang telah diciptakan oleh M Nasir yang membuatkan penulis selalu menghayati:
Mari mawarku raikan cinta,
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta Pemilik segala jadi
Mari mawarku raikan cinta,
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta Pemilik segala jadi
Kadangkala kita sering merasa tertekan dan berputus asa dalam menghadapi kehidupan. Tetapi sebenarnya, ianya tidaklah seberat pengorbanan yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu dari kita. Sesungguhnya kehidupan kita seharian sering menuntut pengorbanan yang perlu dilakukan.Pengorbanan untuk mendapatkan cinta Pemilik segala yang menjadikan seluruh alam. Penulis berharap, suatu hari nanti penulis akan berpeluang menjadi tetamu Ilahi dan meraikan cinta pemilik Segala Jadi di sana, di tanah suci Mekah. Insyaallah, Ameen....
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban @ Aidiladha.
Daripada Bancik dan keluarga.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment