Perhimpunan "Himpun" bakal dianjurkan bagi menunjukkan sokongan agar gejala murtad diberi perhatian sewajarnya oleh umat Islam di negara ini. Manakala perhimpunan "Bersih" ialah suatu perhimpunan haram yang kononnya menuntut sistem pilihanraya yang adil.Jika berita ini benar,maka sahlah firasat penulis dari nukilan hati dan sanubari bahawa kita umat Islam di Malaysia masih tidak dapat bersatu dalam soal memartabatkan "Islam". Kita masih berdendam dan bersengketa disebabkan nafsu gila kuasa dan hendak menjaga hati pihak yang memusuhi Islam yang mana kita sekarang ini bekerjasama untuk berkuasa. Kita rela berhimpun pada perhimpunan yang diketuai oleh pemimpin yang terang-terang mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam, tetapi kita menikus bila umat Islam perlu disedarkan betapa pentingnya menyedarkan akan umat Islam terhadap bahayanya tergelincirnya akidah.
Kesimpulannya ialah undi dari umat Islam sekarang nampaknya tidak penting lagi di kaca mata mereka. Mereka mahu menjaga hati pihak yang tidak senang dengan Islam. Nampaknya, betapa hinanya dan rendahnya nilai undi umat Islam di kaca mata mereka sekarang. Suara akar umbi dan kebimbangan umat Islam tidak dipedulikan lagi. Tak apalah, umat Islam akan mencari dan terus mencari mereka yang mahu mendengar dan membela hak umat ini.Maklumlah, kami ini pihak yang minoritilah katakan... Umat Islam akan terus berusaha berjuang menyatukan mereka yang mahu bersatu pada jalan Allah. Usaha dan doa kami jangan diperkecilkan dan kami akan buktikan bila tiba masanya nanti.
No comments:
Post a Comment