Semua kejadian ini menuntut agar kekuatan anggota polis diperkuatkan bagi membenteras jenayah. Ini disebabkan cabaran dan desakan hidup yang semakin hebat , ianya telah menyebabkan lebih ramai pihak yang sanggup bertindak diluar batas kemanusiaan.Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, seharusnya masalah sebegini tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak polis semata-mata. Kita sebagai seorang rakyat biasa juga mempunyai peranan-peranan yang tertentu walaupun kecil. Antaranya :
1. Tidak memburukkan dan merosakkan imej anggota polis sewenang-wenangnya dengan menggelarkan mereka dengan gelaran tidak sewajarnya hanya disebabkan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.
2. Mendesak agar undang-undang anti pencegahan dihapuskan hanya disebabkan undang-undang tersebut menyukarkan kita mencapai objektif politik ahli politik yang kita sokong.
3. Cuba menyogokkan rasuah kepada anggota-anggota.
4. Menayangkan video yang tidak elok yang menyebabkan beban tugas polis bertambah untuk menyiasat.
5. Menyusahkan mereka dengan menyebabkan cuti mereka dibekukan(termasuk cuti raya nanti) disebabkan kita hendak berdemo yang kononnya hendak membersihkan negara dari anasir-anasir tertentu dan menuntut pembahruan.
6. Dan lain-lain lagi lah..
Dengan mengelakkan perkara di atas, sudah tentulah maka sepenuh tenaga dan buah fikiran anggota polis dapat dioptimakan dalam usaha membenteras jenayah di Negara ini . Ini berbanding dengan bebanan yang terpaksa mereka tanggung disebabkan rata-rata kita sering melakukan perkara yang tidak berfaedah.Wallahualam…
No comments:
Post a Comment