Jom Follow.....

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

28 Rejab 1435

28 Mei , 2014- Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pukul 1.30 tengah hari Rabu, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi Khamis manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari Rabu, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM, Rabu.

Zambry juga mengisytiharkan KHamis cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan pemakaman Almarhum Sultan.

Sumber: BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...