Jom Follow.....

Monday, December 22, 2014

PT3: Menteri Pendidikan Perlu Lepaskan Jawatan

29 Safar 1436

Tidak banyak berita yang melaporkan tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 yang diumumban pada hari ini terutama media arus perdana seperti kebiasaan sebelum ini. Hakikatnya ramai yang agak kecewa dengan keputusan PT3 yang dikeluarkan hari ini yang telah menggantikan PMR sebelum ini.

Selain daripada keputusan"flip flop" kementerian terhadap status PT3, ianya diteruskan juga walaupun banyak perkara yang belum diselesaikan. Guru guru dilihat belum bersedia apabila rata-rata guru menjawab tidak tahu apabila ibubapa bertanyakan format PT3 kepada mereka.

PT3 juga menimbulkan isu berat sebelah apabila ada dikalangan guru atau pemeriksa mempunyai calon dikalangan anak mereka sendiri. Ye lah, sekolah mentaksirkan sendiri.., ini menimbulkan persepsi yang buruk terhadap sekolah dan kementerian pendidikan sendiri.

Calon calon pada tahun ini juga merupakan calon ujikaji sistem Pendidikan Bahasa Inggeris dan matapelajaran Matematik dan Sains sebelum ini.Dan ianya juga diubah apabila mendapat tentangan daripada pihak pembangkang walaupun sistem itu lebih teratur dan tersusun daripada PT3 yang dilaksanakan secara tergesa.

Kementerian juga masih terkial-kial menyelesaikan isu nisbah pelajar dengan guru di sekolah kebangsaan sedangkan di sekolah bukan kebangsaan para pelajar belajar dengan lebih selesa. Ironinya, golongan minoriti di negara ini menikmati kemudahan yang lebih baik daripada golongan majoriti yang memenangkan Barisan Nasional selama ini dan masih setia setakat ini.

Isu akses jalur lebar juga masih belum selesai di sekolah kebangsaan sedangkan kontrak telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat konglomerat bukan bumiputra yang kaya.Persoalannya, kenapa tidak diberikan kepada GLC yang lebih layak?

Kemelut soalan bocor juga masih belum reda pedihnya.Prestasi pelajar pada PT3 pertama kali ini sedikit sebanyak merentap semangat dan masa depan mereka disebabkan dijadikan bahan ujikaji oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal seperti ini siapa yang perlu bertanggungjawab? Melepaskan jawatan adalah salah satu cara bagi meredakan ketidakpuasan hati rakyat.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...