Jom Follow.....

Thursday, October 23, 2014

Lesen Perniagaan Naik 733 % di Kuala Selangor- BN Masih Tidur Nyenyak?

29 Zulhijjah 1435

Baru-baru ini penulis mengikut isteri penulis yang berniaga secara kecil kecilan di Majlis Daerah Kuala Selangor untuk memperbaharui lesen perniagaan. Namun kami agak terkejut apabila ditunjukkan kadar baharu sebanyak RM 1000 jika dibandingkan dengan RM120 tahun sebelumnya. Pihak kami juga diberikan borang rayuan di mana apa jua keputusan nanti adalah muktamat. Namun kerana terpaksa, pihak kami terpaksa juga menyelesaikan pembayaran juga.

Namun pihak kami terdetik, jika kenaikan harga minyak 20 sen menyebabkan pihak pembangkang cuba menganjurkan bantahan secara besar besaran atas alasan kenaikan 20 sen (lebih kurang 9.5 peratus) tersebut menyebabkan harga barangan meningkat, apa kejadah(pinjam bahasa edisi siasat) pula kenaikan kos 733 peratus dikalangan peniaga dianggap tidak menyumbang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di selangor atau Kuala Selangor amnya?

Mana pembangkang bernama Barisan Nasional di Selangor? Tak nak buat bantahan besar besaran ke di Selangor? Kalau kerajaan anda di pusat kena serang dek kerana 20 sen harga minyak naik, kenapa diam aja bila RM 880 kenaikan lesen dilakukan di kalangan peniaga? Bila melibatkan peniaga , sah-sah harga barang akan naik.Masih tidur lagi ke? Mana semangat perjuangan membela rakyat? Masih tak sedar diri lagi, parti dah jadi pembangkang ke? Kenaikan sebanyak 733%  jika dibandingkan 9.5 peratus amat besar bezanya. Kepada penyokong pembangkang pula tak tahu mengira ke?  Bagi penulis, penulis tak kira, sama ada kerajaan belah sana atau sini, kita perlu bersuara menegakkan ketidakadilan. Tak heranlah negeri ini mempunyai rizab RM 3 billion, tetapi ianya diperah daripada keringat rakyat. Kapada rakyat Selangor juga, anda juga tertidur juga ke?

Wallahualam





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...